Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kalau (kata tugas)
Bersinonim dengan jika, jikalau, seandainya, sekiranya, misalnya, bila, senyampang.,

Peribahasa

Asyik memangku tangan,
     mati dalam angan-angan.

Bermaksud :

Tak akan tercapai maksudnya, kalau tak mahu berusaha. (Peribahasa lain yang sama makna: Jika tidak dipecah ruyung, di mana boleh mendapat sagu).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
belah I1. retak, celah: di antara bangsa-bangsa itu ada pangsa dan ~ bagi; 2. pecah dua (tiga dll): bagai pinang ~ dua; 3. bahagian, sisi, pihak: dia membeliakkan kedua-dua ~ matanya; ~ bagi cerai-berai, tidak bersatu; ~ batang sj jerat babi; ~ betung belah yg panjang di tengah-tengah; ~ buluh garis-garis lebar memanjang (pd kain); (baju) ~ dada baju yg terbuka di bahagian depan; ~ kangkung sj jahitan; ~ ketupat potongan wajik; retak menanti ~ prb retak perselisihan yg akan menjadi besar; sebelah 1. setengah, separuh, seperdua, sebahagian (drpd sepasang, dua benda): beri aku nyiur ~; cinta itu tidak datang dr ~ sahaja; 2. bahagian, jurusan, arah: pd ~ petang; orang tuanya tinggal di ~ hilir; 3. dekat, samping: orang ~ (rumah); sebelah-menyebelah pd kedua-dua belah (sisi, pinggir): keriuhan di rumah itu mengganggu orang ~; gambar kedua-dua orang anaknya digantung ~ kalendar; bersebelah, bersebelah-sebelahan bersampingan, berdekatan: ia tidur ~ bilik dgn kakaknya; menyebelah berpihak kpd: kalau ia tidak setuju dgn aku itu tidak mengapa, tetapi janganlah ia ~ kpd lawanku; menyebelahi menyebelah kpd: dia sentiasa ~ pihak yg benar; menyebelahkan 1. memisahkan, mengesampingkan: tiap bulan ia ~ sebahagian drpd pendapatannya utk membayar hutang; kerajaan Afrika Selatan bertujuan ~ orang Eropah dgn orang-orang yg berwarna; 2. menempatkan diri (pergi, duduk) di sebelah: ia duduk ~ emaknya; berbelah; ~ hati tidak tetap pendirian, tidak dapat memutuskan sesuatu; hatinya berbelah-belah = hatinya ~ balik tidak tetap pendiriannya; membelah 1. memecahkan (membahagikan) menjadi dua atau banyak bahagian: ~ kayu api; serambut dibelah tujuh kecil sekali, sedikit sekali; 2. menukarkan keadaan, memecahkan: satu letupan ~ kesunyian malam; halilintar ~ bumi (udara) sangat kuat bunyinya; 3. bp membedah; terbelah terbahagi, terpecah: Laut Merah yg ~ menjadi jalan yg terbentang; belahan 1. celah (retak) panjang: ~ di tembok; 2. bahagian (kepingan) sesudah dibelah: ~ terbesar drpd nyiur itu, disimpannya utk esok; hatinya balik ~ hatinya berbalikbalik; 3. = ~ diri = ~ hati = ~ jiwa kekasih, isteri; 4. perihal mengerjakan sawah (tanah) orang lain dgn syarat hasilnya dibahagi dua: ia tidak menyewa tanah itu, tetapi mengambil ~; 5. Mn keluarga, sanak: bapanya bergelar Datuk Lela Panjang, suku Jelutung, ~ Raja Pagar Ruyung; ~ (sel) perihal memperbanyak sel; pembelahan 1. perihal membelah: permusuhan antara kedua-dua golongan akan mengakibatkan ~ Pulau Cyprus; 2. bp pembedahan; pembelah alat utk membelah.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas