pengalamatan(addressing) | 1. Tindakan membezakan kedudukan ingatan, daftar, atau liang keluar masuk bagi sesuatu sistem dengan menggunakan kod alamat. 2. Tindakan yang membolehkan setiap peranti, persisian atau nod dalam rangkaian komputer dikenal pasti. | Kamus Komputer |
pengalamatan tentu(specific addressing) | Pengalamatan yang bahagian alamat suruhannya ialah alamat sebenar yang dikehendaki. | Kamus Komputer |
pengalamatan segera(immediate addressing) | Pengalamatan yang kedudukan kendaliannya terletak selepas kod suruhan di kawasan kedudukan ingatan yang sama. Ini berbeza daripada kaedah biasa yang kod suruhannya disimpan pada kedudukan yang juga mengandungi alamat kedudukan lain. | Kamus Komputer |
pengalamatan relatif(relative addressing) | Pengalamatan yang alamat mutlaknya didapati melalui pengubahsuaian alamat asal suruhan dengan menambah suatu nombor padanya. | Kamus Komputer |
pengalamatan rata(flat addressing) | Pengalamatan yang memberi alamat kepada komponen sistem tanpa sebarang kaitan antara alamat tersebut dan tanpa struktur tertentu. | Kamus Komputer |
pengalamatan maya(virtual addressing) | Pengalamatan ingatan yang membolehkan ingatan simpanan sokongan yang besar digunakan bersama ingatan utama yang kecil untuk menyelakukan ingatan utama yang besar. Dengan itu, pengguna sistem mendapat gambaran seolah-olah sistem telah memperuntukkan suatu saiz ingatan yang besar kepadanya sedangkan ingatan tersebut sebenarnya tidak wujud secara fizikal. | Kamus Komputer |
pengalamatan bersimbol(symbolic addressing) | 1. Penggunaan label untuk menyatakan alamat sesuatu kata, data, atau peranti tanpa menyatakan alamat mutlak kedudukan sebenar ingatan atau peranti. 2. Penggunaan huruf atau angka-abjad sebagai alamat untuk menyatakan kedudukan simpanan di dalam atur cara. Alamat bersimbol ini akan ditukarkan kepada alamat mutlak semasa penghimpunan. | Kamus Komputer |
pengalamatan masa nyata(real-time addressing) | Lihat pengalamatan segera. | Kamus Komputer |
pengalamatan halaman sifar(zero-page addressing) | Pengalamatan ingatan beberapa jenis mikropemproses yang hanya memerlukan satu bait alamat. Ini disebabkan oleh bait alamat kedua dianggap sebagai sifar dan dengan itu merujuk bahagian halaman sifar peta ingatan. Pengalamatan cara ini membolehkan penggunaan kod suruhan yang lebih pendek dan masa pelaksanaan yang lebih pantas. | Kamus Komputer |