Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata affandi


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
berat1. tekanan benda (apabila ditimbang), ukuran timbangan (sesuatu): cuba timbang supaya diketahui ~ barang itu; 2. tidak ringan, mempunyai tekanan yg kuat (kalau ditimbang): tidak terpikul olehku benda yg ~ itu; 3. sukar (dilakukan, diselesaikan, dsb), sulit, susah: kira-kira serupa itu terlampau ~ bagi murid-murid sekolah rendah; kerja dan tanggungjawab yg ~; 4. amat sangat, kuat: dia sakit ~; 5. menyebelah, memihak; ~ pd (kpd) memihak kpd; ~ sebelah menyebelah kpd satu pihak (tidak adil); 6. bkn novel, drama, dll yg mengisahkan perkara yg serius (spt pergolakan rumah tangga, perjuangan politik, dsb): novel ‘Salina’ karya A. Samad Said ialah sebuah novel yg ~; 7. bkn kesalahan dll yg tidak boleh dianggap ringan atau kecil, serius: membunuh ialah satu kesalahan yg ~; azab seksa yg ~; 8. bkn sikap (pendirian dsb) yg sungguh-sungguh: Mohd Affandi memberi perhatian yg ~ kpd masyarakat dlm tulisannya ini; 9. bkn makanan yg (sangat) mengenyangkan: makanan ~ biasanya membuat kita mengantuk; ~ atom berat sesuatu atom berbanding dgn berat satu atom hidrogen; ~ hati a) enggan, tidak sampai hati: ~ hati ibunya hendak melepaskan Maimunah; b) cenderung (memikirkan, menyangka, dll): ~ hati Ina menyangka bahawa suaminya dlm kemalangan; ~ kepala a) sukar mengerti, sukar belajar; b) susah hati; c) sakit kepala; ~ lidah = ~ mulut pendiam, kurang ramah; ~ mata (lekas) mengantuk; ~ otak susah hati; ~ siku = ~ tangan enggan bekerja (menolong), malas; ~ telinga pekak, kurang jelas pendengaran; ~ tulang malas; ~ sama dipikul, ringan sama dijinjing prb baik buruk sama-sama dipikul (semuafakat); berapa ~ mata memandang, ~ lagi bahu memikul prb betapa juga susah orang yg melihat sesuatu kesusahan orang lain, terlebih susah lagi orang yg menanggungnya; nan ~ tidak terpikul, nan ringan tidak terjinjing prb orang yg sangat tua dan lemah;berberat mempunyai berat: nanas sarawak ~ sehingga 12 kilogram; memberat 1. menjadi berat: dia berasa sesuatu yg ~ di dlm dadanya; 2. tampak berat, seakan-akan berat: susu kambing itu tergayut-gayut dan ~; ~ isi Kl telah penuh berisi tetapi belum masak (padi, rambutan, dll);memberati 1. memberi beban (kpd), membebani: baiklah aku pergi, mudah-mudahan aku tidak lagi akan ~ keluarga di rumah ini; 2. menambah beban, menyusahkan: hal rumah tangga ~ fikirannya;memberatkan 1. menjadikan berat (beban, kesalahan, tuduhan, dll): urusan yg semacam ini ~ beban saya; keterangan saksi itu ~ kesalahannya; 2. membebankan (menyerahkan kpd): pekerjaan itu tidak boleh diberatkan kpd seseorang sahaja; 3. menganggap penting (tinggi, mulia, dll), mengutamakan, mementingkan: soal taraf lebih diberatkan drpd kepentingan negara; tulisan kritikan sastera Melayu yg ~ aspek agama; memperberat menambah berat, memberatkan lagi; terberat sl dipandang (dianggap) berat (tinggi, mulia, dll): pd bicara patik, baik juga duli paduka Betara menyambut paduka anakanda itu supaya ~ pd mata orang sekalian;keberatan 1. beratnya (benda, perkara, dll): kalau engkau sendiri berada di sini, tentu engkau akan insaf betapa ~ tanggungan kami; 2. kesukaran, kesulitan: tak ada ~ bagi kerajaan menjalankan rancangan itu; 3. Jk terlampau berat, melebihi (muatan): tak terangkat olehnya kerana ~; 4. mengandung sarat; 5. tidak rela (kerana susah dll), tidak suka, enggan: ia agak ~ menemani saya;berkeberatan keberatan;pemberatan perihal memberati atau memberatkan;pemberat benda (spt batu, timah, dsb) utk memberatkan sesuatu.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas