Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.na/] | انق

Definisi : 1 baka yg diturunkan oleh ibu dan bapa; keturunan yg kedua: ~nya belum bersekolah lagi. 2 manusia yg masih kecil. 3 binatang atau pokok yg masih kecil. 4 orang yg berasal dr sesebuah negeri atau daerah: ~ Pahang; ~ Perak. 5 sesuatu yg lebih kecil drpd yg lain: ~ bukit; ~ jari. ~ Adam manusia. ~ angkat anak yg diambil dan dianggap sbg anak sendiri. ~ ayat ayat kecil yg ada subjeknya serta predikatnya tetapi menjadi sebahagian drpd ayat yg lebih besar; klausa. ~ baju baju dalam. ~ bini (isteri) anak dan isteri. ~ buah a. orang-orang yg termasuk dlm sesuatu keluarga. b. pekerja dlm kapal dll. ~ dacing batu penimbang pd dacing. ~ damak peluru sumpitan. ~ dapat anak yg diambil atau dipungut dr tepi jalan dan dijaga spt anak sendiri. ~ dara (gadis) anak perempuan yg sudah akil baligh tetapi belum berkahwin; perawan. ~ didik seseorang yg dididik, dibimbing atau dilatih supaya cekap dlm mengendalikan sesuatu atau mahir dlm sesuatu bidang. ~ haram (gampang) anak yg dilahirkan luar nikah. ~ jati seseorang yg dilahirkan dan biasanya dibesarkan di sesuatu tempat, kampung, negeri dsb. ~ kandung anak sendiri. ~ kapal pekerja dlm kapal. ~ kunci alat utk membuka kunci. ~ lidah (tekak) daging yg terjuntai pd pangkal kerongkong. ~ luar nikah anak yg dilahirkan tanpa ikatan perkahwinan yg sah antara ibu dan bapanya; anak haram. ~ mata bahagian yg kecil dan bulat di tengah-tengah bola mata. ~ muda orang yg masih muda; pemuda atau pemudi. ~ murid orang yg masih belajar di sekolah dsb. ~ pagar tiang pagar. ~ panah peluru panah. ~ patung barang permainan kanak-kanak yg berupa orang; boneka. ~ saudara anak kpd saudara. ~ serigala pasukan pengakap bagi kanak-kanak yg berumur bawah 12 tahun. ~ sulung anak yg tertua. ~ sumbang anak hasil drpd perbuatan sumbang antara orang-orang yg haram berkahwin. ~ sungai sungai yg kecil. ~ tangga bahagian tangga yg dipijak. ~ telinga bahagian telinga luar yg terletak di hadapan daun telinga di sebelah pelipis. ~ teruna pemuda. ~ timbangan batu (besi) dgn berat tertentu sbg pengukur berat barang yg ditimbang. ~ tunggal satu-satunya anak kpd sepasang suami isteri. ~ yatim anak yg bapanya sudah meninggal. anak-anak 1 orang yg masih kecil; anak kecil; kanak-kanak: Dia belum mengerti, masih ~ lagi. 2 = anak-anakan barang permainan kanak-kanak yg berupa orang; anak patung; boneka. beranak 1 melahirkan anak: Isterinya baru saja ~ di hospital. 2 mempunyai anak: Ia sudah ~ empat, tetapi rupanya masih muda. 3 dgn anak: Dia tiga ~ tinggal di pondok itu. memperanakkan melahirkan (anak): Dia diperanakkan di negeri Kedah. keanak-anakan spt anak-anak (ttg kelakuan): Kelakuannya masih ~ walaupun usianya sudah lanjut. peranakan 1 pundi-pundi tempat anak dikandung dlm perut; rahim. 2 keturunan drpd anak negeri yg berkahwin dgn orang asing: ~ India; ~ Cina. 3 orang asing yg dilahirkan di negara kita: Cina ~ Cina yg dilahirkan di negara kita. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata anak

Puisi
 

Anak-anak di kayu tinggi,
     Tempat galah si daun pisang;
Anak dagang menumpang di sini,
     Bajulah basah kering di pinggang.


Lihat selanjutnya...(627)
Peribahasa

Anak harimau takkan menjadi anak kambing.

Bermaksud :

Orang yang berani takkan penakut. (Bandingkan dengan: a. Anak anjing takkan menjadi anak musang jebat, b. Anak kambing takkan menjadi anak harimau).

 

Lihat selanjutnya...(181)

6

The apple never falls far from the tree

Sifat atau perangai anak biasanya tidak jauh bezanya daripada sifat atau perangai orang tuanya.

Bagaimana acuan begitulah kuihnya

Although Tina seem very honest, remember that her mother is a scheming woman. People say that the apple never falls far from the tree. So, be careful.

Meskipun Tina nampak jujur benar orangnya tetapi kau harus ingat bahawa ibunya pandai memperdayakan orang. Kata orang, bagaimana acuan begitulah kuihnya. Jadi berhati-hatilah.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(7)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kecek/kécék/ percakapan yg tidak keruan; celoteh: ~ anak-anak celoteh anak-anak; banyak ~ suka berceloteh; banyak mulut. mengecek 1 bercakap-cakap; berbual-bual: Orang dewasa pun ada yg suka ~ spt anak-anak. 2 menuturkan kata-kata yg manis utk memujuk (memperdaya dll): Setiap hari, ibunya ~ dia supaya berkahwin. pengecek 1 orang yg suka bercakap-cakap (menceritakan hal orang dsb). 2 orang yg pandai memujuk atau pandai memperdaya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bedung1 = bedungan kain yg digunakan utk membalut tubuh anak-anak kecil supaya tidak kesejukan. 2 kain yg digunakan utk membarut perut atau dada anak-anak kecil. membedung membalut atau membarut anak-anak kecil dgn bedung: Emak ~ adik saya yg baru dilahirkan itu kemas-kemas.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kecek anak-anakceloteh anak-anak;Kamus Pelajar Edisi Kedua
bedungankain yg digunakan utk membalut tubuh anak-anak kecil supaya tidak kesejukan. 2 kain yg digunakan utk membarut perut atau dada anak-anak kecil.Kamus Pelajar Edisi Kedua
inang1 perempuan yg menjaga dan melayan anak-anak (biasanya anak raja-raja atau anak orang besar-besar): mak ~ panggilan yg hormat utk inang yg telah berumur. 2 = tarian ~ sj tarian tradisional Melayu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
anak-anak1 orang yg masih kecil; anak kecil; kanak-kanak: Dia belum mengerti, masih ~ lagi. 2 = anak-anakan barang permainan kanak-kanak yg berupa orang; anak patung; boneka.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bertembung1. berjumpa (dgn tidak sengaja), bersua, bertemu, terjerempak: mereka selalu ~ dgn bapanya yg pulang dr laut; 2. bertemu menjadi satu, bercantum (sungai, jalan, dll): anak-anak sungai itu ~ pula dgn anak-anak sungai yg lebih besar; 3. berlanggaran, bersentuhan: kereta yg di-pandunya ~ dgn lori balak; 4. ki saling berpandangan, bertemu (pandangan): apabila mata ~, pemuda yg berbaju bunga nekat melepaskan senyum;Kamus Dewan Edisi Keempat
zuriatAr keturunan, benih, baka, anak atau anak cucu; meninggalkan (menurunkan) ~ mempunyai atau menghasilkan keturunan, mempunyai anak (anak cucu), meninggalkan baka; sezuriat sama zuriat: antara definisi saudara yg dimaksudkan mengikut akta itu termasuk keturunan ~; berzuriat mempunyai zuriat: orang yg tidak ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
tembung IIbertembung 1. berjumpa (dgn tidak sengaja), bersua, bertemu, terjerempak: mereka selalu ~ dgn bapanya yg pulang dr laut; 2. bertemu menjadi satu, bercantum (sungai, jalan, dll): anak-anak sungai itu ~ pula dgn anak-anak sungai yg lebih besar; 3. berlanggaran, bersentuhan: kereta yg di-pandunya ~ dgn lori balak; 4. ki saling berpandangan, bertemu (pandangan): apabila mata ~, pemuda yg berbaju bunga nekat melepaskan senyum; kicang-kecoh ~ ciak prb tiap-tiap perkara yg hendak disiasat hen­daklah ada buktinya; menembungkan menemukan, menye­bab-kan bersua: kedatangan Islam ~ bahasa Melayu dgn bahasa Arab; mempertembungkan menjadikan (menyebab-kan) bertembung, memper­temukan, memper-suakan: di sinilah kelihatan unsur tradisional dan moden itu dipertem­bungkan melalui para doktor dan pawang bagi mengubatinya; perdagangan yg ~ mereka dgn banyak bangsa; pertembungan perihal bertembung, percan­tuman, perjumpaan, pertemuan: selagi ter­dapat ~ antara manusia, penyebaran cerita itu tetap terjamin; situasi spt ini timbul di mana-mana sahaja berlakunya ~ antara kebudayaan tradisional dan kebudayaan Barat.Kamus Dewan Edisi Keempat
timangan1 = anak ~ anak yg sangat dikasihi oleh ibu bapa; anak kesayangan. 2 = nama ~ nama selain nama yg sebenarnya: Nama sebenarnya Ahmad, ~nya Bujang.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas