boneka | (bonéka)1. anak patung, anak-anakan; 2. patung (mis orang atau binatang) yg boleh digerakkan dgn menarik tali yg dilekatkan padanya, atau dgn memasukkan tangan ke dlm badannya dan menggerakkannya; 3. ki orang atau negeri yg tindaktanduknya dikawal oleh kuasa atau pengaruh luar: mereka semua ~ penjajah; pemerintah ~ pemerintah yg dibentuk dan dikuasai oleh negara lain; membonekakan, memperboneka, memperbonekakan mempermainkan (memperlakukan, menganggap, dll) spt boneka: kerajaan itu dibonekakan oleh negara-negara asing. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
anak patung | barang permainan kanak-kanak yg berupa orang; boneka. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
anak patung | patung kecil (permainan kanak-kanak), anak-anakan, boneka; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
anak-anak | 1 orang yg masih kecil; anak kecil; kanak-kanak: Dia belum mengerti, masih ~ lagi. 2 = anak-anakan barang permainan kanak-kanak yg berupa orang; anak patung; boneka. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
anak-anak | 1. orang yg masih kecil; anak kecil; kanak-kanak: Dia belum mengerti, masih ~ lagi. 2 = anak-anakan barang permainan kanak-kanak yg berupa orang; anak patung; boneka. | Kamus Pelajar |
anak patung | barang permainan kanak-kanak yg berupa orang; anak-anakan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
patung I | 1. sesuatu bentuk manusia (binatang dll) yg dibuat drpd batu (logam, kayu, dll), arca: di atas tugu itu ~-~ polis khas akan didirikan; duduk spt ~ duduk tidak bergerak; 2. = anak ~ patung kecil (permainan kanak-kanak), anak-anakan, boneka; 3. ki orang dll yg menjadi lambang sahaja (menjadi permainan orang lain dll): maharaja itu menjadi ~, dimainkan oleh maharaja yg sudah bersara; mematung (diam, tiada bergerak-gerak) spt patung: gadis itu tetap ~; dia ~ di tepi kereta; mematungkan 1. menyebabkan jadi patung, menjadikan patung; 2. memandang (menganggap) sbg patung. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
model | (modél) 1. ragam (pakaian dll), cara, fesyen, jenis, dan reka bentuk tertentu sesuatu barang yg dikeluarkan: motokar kerani ~ lama sahaja; 2. barang tiruan yg sama bentuk dan rupanya spt yg asal tetapi lebih kecil: kanak-kanak lelaki lebih suka membuat ~ kapal terbang drpd membuat pakaian anak patung; 3. peragawan atau peragawati; 4. seseorang atau sesuatu yg dapat dijadikan contoh (utk ditiru atau diteladani): kanak-kanak memerlukan ~ yg baik, yg boleh ditiru dlm perkembangan bahasa lisan yg baku. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
anak-anak | 1. banyak budak: ~ sudah ramai berkumpul di depan sekolah; 2. budak kecil, kanak-kanak: dia masih ~ lagi; 3. boneka, patung; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
patung | 1 bentuk orang atau binatang yg diukir drpd batu dll; arca. 2 = anak ~ barang permainan kanak-kanak yg berupa orang; anak-anakan. mematung diam dan tidak bergerak-gerak (spt patung): Dia ~ saja ketika disoal oleh pihak polis. mematungkan menjadikan patung; menganggap sbg patung. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |