pagu | Mn 1. para dapur; arang ~ arang para, jelaga; 2. loteng, loteng tempat menyimpan barang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
karbon | (Kim) sj unsur bukan logam yg wujud semula jadi dlm bentuk intan, grafit, arang, arang batu, jelaga, dll; ~ dioksida sj gas yg tidak berwarna, tidak berbau, dan digunakan dlm alat pemadam api, minuman bergas, aerosol, dll (terdapat sebanyak 0.03% dlm atmosfera); ~ monoksida sj gas yg tidak berwarna dan sangat beracun; ~ teraktif bentuk karbon yg berupaya menyerap gas, wap, atau pepejal koloid dgn banyaknya kerana struktur dalamannya mempunyai banyak liang; ~ tetraklorida cecair yg tidak berwarna, beracun, dan digunakan sbg pelarut dll; kertas ~ kertas berlapis bahan karbon utk membuat salinan surat (biasanya salinan surat bertaip); mengkarbonkan 1. menukarkan sesuatu menjadi karbon dgn cara pembakaran, proses kimia dsb; 2. menyalut sesuatu dgn karbon; pengkarbonan proses mengkarbonkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
batu arang | arang yg diambil dr dlm tanah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jelaga | debu hitam dlm asap atau yg ditinggalkan asap pd permukaan sesuatu, sulang asap, arang lampu, arang para; berjelaga diselaputi jelaga; menjelagakan menjadikan (menyebabkan) berjelaga. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
arang pagu | arang para, jelaga; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
arang batu muda | arang batu yg belum cukup matang dan belum boleh dilombong; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
arang batu | = batu ~ arang keras yg digali dr dlm tanah, batu bara; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
arang I | 1. benda hitam yg rapuh, sisa kayu yg terbakar; 2. = ~ kayu sj bahan api yg dibuat dgn membakar kayu (biasanya kayu bakau) tanpa udara atau dlm udara yg terhad; ~ batu = batu ~ arang keras yg digali dr dlm tanah, batu bara; ~ batu lembut sj arang batu yg mengandungi hidrokarbon dan jirim yg menyerupai tar (terbakar dgn mengeluarkan nyalaan yg berwarna kuning dan berasap); ~ batu muda arang batu yg belum cukup matang dan belum boleh dilombong; ~ besi batu bara yg telah atau setengah terbakar; ~ para-para jelaga, sulang asap; ~ periuk jelaga pd periuk; ~ di kening = ~ di muka prb mendapat malu; ~ habis besi binasa prb pekerjaan yg tidak membawa hasil sedikit pun; ~ itu jikalau dibasuh dgn air mawar sekalipun tiada akan putih prb orang yg bertabiat jahat itu, walau bagaimanapun tidak akan hilang perangainya; berkerat rotan, berpatah ~ prb perselisihan yg tidak dapat diperbaiki lagi; bintang di langit dapat dibilang tetapi tak sedar di mukanya ~ prb orang yg suka menegur kesalahan orang, tetapi kesalahan sendiri yg lebih besar tidak disedari; jika tiada tersapu ~ di muka, drpd hidup baiklah mati prb lebih baik mati drpd hidup menanggung malu; kalah jadi abu, menang jadi ~ prb kalah atau menang sama akibatnya (akan menanggung rugi); membasuhkan ~ yg terconteng di muka prb menghilangkan malu; terpijak benang ~, hitam tapak prb perbuatan jahat, jahat akibatnya; mengarang menjadi arang, menjadi hitam spt arang; mengarangkan menjadikan arang; pengarangan 1. perihal menjadi arang; 2. tempat membuat arang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengarang | menjadi arang, menjadi hitam spt arang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pengarangan | 1. perihal menjadi arang; 2. tempat membuat arang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |