atase | /atasé/ ahli atau pegawai dlm sesuatu bidang yg diperbantukan kpd kedutaan utk mengurus atau utk mewakili sesuatu: ~ kebudayaan; ~ tentera. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
atase | (atasé) pegawai yg diperbantukan pd kedutaan utk menguruskan tugas-tugas khas: ~ militer; ~ kebudayaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
atase | /atasé/ ahli atau pegawai dlm sesuatu bidang yg diperbantukan kpd kedutaan utk mengurus atau utk mewakili sesuatu: ~ kebudayaan; ~ tentera. | Kamus Pelajar |
diplomat | 1 orang yg dilantik utk mewakili negaranya dlm perhubungan rasmi dgn negara lain (spt duta, atase): Malaysia telah menghantar dua orang ~nya ke Manila. 2 orang yg berdiplomasi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
diplomat | 1. orang yg dilantik utk mewakili negaranya dlm perhubungan rasmi dgn negara lain (spt duta, atase dll): Malaysia telah menghantar dua orang ~nya ke Manila. 2. orang yg berdiplomasi. | Kamus Pelajar |