Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bangsanya

Puisi
 

Jangan diharap padi di paya,
     Dimakan beruk dengan siamang;
Jangan diharap kepadanya saya,
     Rupa buruk bangsanya kurang.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Condong puar ke uratnya,
     condong manusia kepada bangsanya.

Bermaksud :

Tiap-tiap orang lebih suka kepada keluarganya sendiri daripada kepada orang lain. puar = tumbuhan-tumbuhan hutan.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
nasionalisorang yg mencintai negara dan bangsanya; pencinta bangsa.Kamus Pelajar Edisi Kedua
nasionalisorang yg mencintai negara dan bangsanya; pencinta bangsa.Kamus Pelajar
gila kebangsaanselalu bersemangat (berusaha) utk memperjuangkan (memajukan) bangsanya;Kamus Dewan Edisi Keempat
jenis1 golongan benda (spt binatang, tumbuh-tumbuhan) yg sama sifatnya atau bangsanya: Pinang dan kelapa termasuk dlm ~ palma. 2 = ~ kelamin sifat kelamin (sama ada lelaki atau perempuan): Apa ~ anak kamu yg baru itu? 3 bagai; macam; kualiti: pelbagai ~ bermacam-macam. berjenis-jenis bermacam-macam; berbagai-bagai. menjeniskan membahagi-bahagikan menurut golongan atau jenisnya. penjenisan perbuatan atau hal menjeniskan. sejenis semacam; sebangsa.Kamus Pelajar Edisi Kedua
rasialisme1. layanan berat sebelah atau sikap bermusuhan terhadap seseorang berasaskan keturunan bangsanya, mis satu kaum men­dapat layanan yg lebih istimewa drpd kaum yg lain; 2. fahaman yg menekankan bahawa suku kaum sendiri sahaja yg paling ungguKamus Dewan Edisi Keempat
kad pengenalankad yg mengandungi keterangan tertentu mengenai diri seseorang (namanya, alamatnya, bangsanya, dll);Kamus Dewan Edisi Keempat
seboleh-bolehnyasedapat mungkin, sekuasanya: dia sudah bercita-cita utk mendapatkan isteri seorang lagi, ~ drpd bangsanya sendiri;Kamus Dewan Edisi Keempat
jenis1. golongan benda-benda (spt binatang, tumbuh-tumbuhan dll) yg sama sifatnya atau bangsanya: Pinang dan kelapa termasuk dlm ~ palma. 2. = ~ kelamin sifat kelamin (sama ada lelaki atau perempuan): Apa ~ anak kamu yg baru itu? 3. bagai; macam; kualiti: pelbagai ~ bermacam-macam. berjenis-jenis bermacam-macam; berbagai-bagai. menjeniskan membahagi-bahagikan menurut golongan atau jenisnya. penjenisan perbuatan atau hal menjeniskan. sejenis semacam; sebangsa.Kamus Pelajar
mendidihkan1. memasak (memanaskan) air dll hingga mendidih; 2. menjadikan berkobar-kobar (semangat): keberaniannya menentang kezaliman itu ~ darah ke­perwiraan dlm jasad bangsanya;Kamus Dewan Edisi Keempat
cambuk1. tali yg bertangkai utk menyebat, menggertak binatang, dsb, cemeti, sambuk; 2. ki penggalak, perangsang: penghinaan yg biasa didengarnya dr mulut orang di Ambon telah menjadi ~ baginya akan menyelidiki suku bangsanya yg asli itu sedalam-dalamnya; mencambuk 1. menyebat dgn cambuk; 2. ki mengerah agar menurut (bekerja dll); pencambukan perihal (perbuatan, tindakan dsb) mencambuk.Kamus Dewan Edisi Keempat
12

Kembali ke atas