Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bahagian yg keras pd hidung, lembaga hidung; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : a. bahagian yg keras pd hidung. b. ki diri sendiri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hidung
Kata Terbitan : menghidung,

Peribahasa

Kuman di seberang lautan tampak,
     gajah di pelupuk mata tiada tampak.

Bermaksud :

Kesalahan orang lain, biar pun kecil, tampak; tetapi kesalahan sendiri tidak disedari. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Langit dapat dilukis, sudut kambut diserayakan, b. Seekor kuman di negeri China dapat dilihat, tetapi gajah bertenggek di batang hidung tiada sedar).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kena batang hidungki (bkn kecaman, sindiran, dsb) tepat mengenai sese­orang;Kamus Dewan Edisi Keempat
tidak nampak batang hidung= tidak nampak muka ~ ki tidak kelihatan langsung rupa seseorang kerana tidak hadir, tidak pernah muncul (di kalangan orang, kawan, dsb);Kamus Dewan Edisi Keempat
batang hidungbahagian yg keras pd hidung, lembaga hidung;Kamus Dewan Edisi Keempat
batang hidunga. bahagian yg keras pd hidung. b. ki diri sendiri.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pangkal hidungbahagian sebelah atas batang hidung di antara mata;Kamus Dewan Edisi Keempat
pangkal1. bahagian permulaan (pokok, tongkat, dll), lwn hujung: buah kelapa keluar bertandan-tandan di ~ pelepahnya; Haji Maun menggigit-gigit ~ cerut; 2. permulaan, awal: pergerakan kebangsaan itu telah bermula pd ~ abad kedua puluh; 3. asal, mula, sebab: Ramli menjadi ~ sebab drpd perbuatan-perbuatan wanita itu; hujung ~ sebab-musababnya (permulaan dan keputusannya dll); 4. modal; wang ~ a) wang modal; b) yuran masuk menjadi ahli (persatuan dll); ~ bahu bahagian bahu dekat leher; ~ bedil tangkai atau gagang bedil; ~ cerita pokok (dasar) cerita; ~ hidung bahagian sebelah atas batang hidung di antara mata; ~ jalan a) permulaan jalan; b) ki keadaan (kelakuan dll) yg mula-mula; ~ kata a) kata pokok, kata dasar; b) permulaan percakapan; ~ kaki bahagian di atas kaki (kuda); ~ leher leher di sebelah bawah; ~ lengan lengan sebelah atas di bawah bahu; ~ mata bahagian mata ber­hampiran hidung; ~ nama Id nama benar (bukan nama keluarga dll); ~ paha paha se­belah atas; ~ pedang hulu (tangkai) pedang; ~ pokok = pokok ~ sesuatu yg menjadi sebab (pokok, punca) percakapan (perbuatan dll); ~ rumah bahagian rumah di sebelah atas tangga; ~ tangan bahagian tangan di bawah siku; ~ telinga bahagian di antara telinga dan kepala; si ~ = si ~ helat Mn tuan rumah (pene­rima tetamu); berpangkal bermula, berasal, berpunca: sering terjadi ketegangan di rumah itu ~ drpd adanya perbezaan pendirian antara keluarga; tidak berhujung, tidak ~ tidak tentu atau tidak keruan sebab-musababnya (permulaan dan kesudahannya dll); berpangkalkan mempunyai atau mengguna­kan sesuatu sebagai pangkal: nama sesuatu yg khusus yg ejaannya ~ huruf besar; memangkal, mangkal Jk berhenti di se­suatu tempat yg tertentu (teksi dll); memangkalkan 1. menyimpan perahu dll di darat; 2. menempatkan tentera (kapal ter­bang dll) di pangkalan; 3. mengumpulkan (menaruh) barang-barang di suatu tempat (utk diangkat dll); terpangkal pokoknya, modalnya; menjual ~ menjual dgn tidak ada laba; pangkalan 1. tempat perahu dll berhenti (berlabuh); 2. tempat barang-barang dagangan dll dikumpul (utk diangkut dll); 3. pelabuhan (lapangan terbang dll) yg menjadi tempat utk mengadakan latihan, melancarkan serangan dsb: dua ribu kapal terbang menyerbu ~ roket ini dan meranapkan landasannya; ~ ar-mada pangkalan kapal-kapal perang; 4. Jk tempat tertentu utk berkedai, perhentian teksi, dsb; ~ data simpanan sejumlah besar data dlm bentuk yg dapat dikendalikan oleh komputer; ~ tentera udara (laut) pangkalan tempat operasi tentera udara (laut); si ~ Mn tuan rumah (penerima tetamu); sepangkalan Mn tuan rumah (pd sesuatu jamuan dll); berpangkalan mempunyai pangkalan (di): penempatan tentera Amerika Syarikat yg ~ di Teluk Subic telah pun berakhir pd 24 November 1992.Kamus Dewan Edisi Keempat
hidung1. bahagian badan utk mencium atau menyedut udara (terdapat pd bahagian muka atas sedikit drpd mulut): kita bernafas melalui ~ siang dan malam; batang ~ a) tulang yg membina hidung; b) ki kelibat (imbasan) sese­orang atau sesuatu; kena batang ~ ki (bkn kecaman, sindiran, dsb) tepat mengenai sese­orang; lubang ~ bahagian yg berlubang pd hidung utk membolehkan kita mencium, menyedut udara, dsb; sekat ~ bahagian antara kedua-dua lubang hidung; tidak nampak batang ~ = tidak nampak muka ~ ki tidak kelihatan langsung rupa seseorang kerana tidak hadir, tidak pernah muncul (di kalangan orang, kawan, dsb); 2. ki bahagian depan sesuatu benda, muncung: ~ kapal terbang; ~ belang (putih) ki (bkn lelaki) yg sangat suka mengganggu orang perempuan; ~ tinggi ki sombong dan megah; ~ dicium, pipi digigit prb kasih sayang yg pura-pura sahaja; ~ sudah rampung diatur prb orang bodoh yg sombong tidak sedar dirinya dibodohkan orang; ~ tak mancung pipi tersorong-sorong prb orang yg tidak turut campur yg menjadi susah, yg patut bersusahan berdiam diri; beroleh (mendapat) ~ panjang prb mendapat malu; menguak-nguak bagai ~ gajah prb bernafas terngah-ngah; potong ~ rosak muka prb orang yg berlaku kurang baik terhadap keluarganya sendiri akan mendapat malu juga; rasa tak mengapa ~ dikeluani prb orang yg membiar­kan dirinya dibodohkan orang; spt beranak besar ~ prb orang yg gemar memperlihatkan barangnya yg baru; spt kerbau dicucuk (diatur) ~nya prb orang bodoh yg menurut perintah orang; berhidung mempunyai hidung; ~ belang mempunyai sifat suka mengganggu orang perempuan; ~ tinggi a) mempunyai hidung yg tinggi (mancung); b) mempunyai sifat sombong dan megah; menghidung 1. = kehidung-hidungan me­ng­ucapkan sesuatu dgn sengau; 2. selalu menurut saja (kemahuan orang dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
liang Ilubang yg kecil atau halus. ~ hidung lubang hidung. ~ kubur lubang yg digali tempat menanam orang mati. ~ lahad ruang tempat meletakkan mayat dlm kubur (dikeruk pd bahagian sisi sebelah kiblat liang kubur dan sama paras dgn dasar kubur). ~ roma lubang yg kecil-kecil pd kulit tempat peluh keluar. ~ stoma ist liang yg seni pd daun atau pd batang tumbuh-tumbuhan utk laluan udara.Kamus Pelajar Edisi Kedua
batang I1. bahagian pokok yg tumbuh drpd akar: tebu menyimpan gula dlm ~; 2. tangkai (cangkul, dayung, dll): ~ joran; 3. benda yg panjang: besi ~; 4. benda yg panjang dan bulat: ~ kaki; 5. penjodoh bilangan bagi benda yg panjang-panjang: se~ jalan; 6. ark bangkai, mayat; sudah menjadi ~ sudah mati; ~ air sungai; ~ bersih (Hut) batang pokok yg lurus dan tidak bercabang; ~ dacing lengan dacing (kayu panjang pd dacing yg memakai mata); ~ dayung tangkai dayung; ~ hari a) tengah hari; b) pokok aliran sungai; ~ hidung bahagian yg keras pd hidung, lembaga hidung; ~ kalam tangkai pena; ~ leher leher antara kuduk dan kepala; ~ lengan lengan bahagian atas; ~ palsu batang yg terbentuk drpd kelopak (pisang); ~ tenggorok merih; ~ tubuh a) tubuh tanpa anggota; b) diri, peribadi; se~ kara (karah, karang, kacang) tidak bersanak saudara; ada ~, cendawan tumbuh prb di mana juga kita duduk ada rezeki kita; angkat ~, keluar cacing gelang-gelang prb mengerjakan pekerjaan orang yg terbengkalai, satu faedah pun tidak diperoleh; di mana ~ terguling, di situ cendawan tumbuh prb di mana perkara berlaku, di situ pula diselesaikan; kena ~ hidung prb berasa terkena (tersindir, terhina, dll); sepuluh ~ bertindih, satu dua petalasannya prb bagaimana sekalipun perkataan yg benar itulah pangkalnya; sungguhpun ~ merdeka, ingat pucuk akan terhempas prb pekerjaan itu jangan sebahagian sahaja yg diingat, tetapi dr awal sampai ke akhirnya; terkena pd ikan bersorak, terkena pd ~ masam prb hal orang berkawan yg mahu beruntung sahaja dan tidak mahu berugi;berbatangkan mempunyai batang yg dibuat drpd unsur lain: pokok itu berbuahkan emas, ~ suasa dan berdaunkan perak;membatang menjadi batang, menyerupai batang: gedung-gedung pencakar langit ~ ke udara;batangan alangan kayu dll di muara sungai (tempat masuk ke pelabuhan dll): ada pun ~ Pahang pd masa itu dua lapis.Kamus Dewan Edisi Keempat
berkeras1. tidak berganjak drpd pendirian (kemahuan dsb), tidak mahu mengalah (bertolak ansur), mengotot: kalau ia ~ tidak mahu menjual tanahnya kita tidak boleh buat apa-apa; ia ~ tidak mahu mengikut suaminya berpindah; 2. bertindak (bersikap) keras: kalau awak hendak berkasar dan ~ kelak keselamatan awak akan binasa; ~ batang leher keras batang leher; ~ hati keras hati; ~ hidung keras hidung; ~ kepala keras kepala;Kamus Dewan Edisi Keempat
12

Kembali ke atas