peruk | ; memeruk memasukkan dgn sembarangan sahaja ke dlm beg dll (tidak menyusun baik-baik), membenamkan: pakaian tidur dan tuala mandi diperuknya saja dlm beg; terperuk 1. tersimpan (terbenam dll) dlm beg (di ceruk, di pelosok rumah, dll): di dlm peti itulah ~ sebuah novelnya; 2. ki tinggal dlm rumah sahaja dll (tidak keluar-keluar), terkurung (dlm rumah dll): ia ~ sahaja di rumah hingga tidak mengetahui perkara-perkara yg berlaku di kampung itu; 3. Jk terbenam (ke dlm lubang dll), terperosok. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terperuk | 1. tersimpan (terbenam dll) dlm beg (di ceruk, di pelosok rumah, dll): di dlm peti itulah ~ sebuah novelnya; 2. ki tinggal dlm rumah sahaja dll (tidak keluar-keluar), terkurung (dlm rumah dll): ia ~ sahaja di rumah hingga tidak mengetahui perkara-perkara yg berlaku di kampung itu; 3. Jk terbenam (ke dlm lubang dll), terperosok. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terkeluar | 1. (kelihatan atau terdapat) berada di sebelah luar sesuatu: beg duitnya ~ sedikit dr saku belakang seluarnya; 2. dapat dikeluarkan (dicabut, dicungkil, dsb) drpd tempat sesuatu itu terbenam (tertanam dsb), tertanggal keluar dr lubang (celah dsb): akhirnya setelah dicungkil-cungkilnya ~ juga butir tulang itu dr celah giginya; 3. tersingkir (drpd kumpulan, pertubuhan, dsb), terasing atau terpisah (drpd sesuatu golongan, aliran, dsb): cara hidupnya yg sangat berlainan itu menyebabkan dia ~ drpd masyarakatnya sendiri; 4. tidak terlibat (terkait), tidak ada pertalian (dgn sesuatu), tidak kena-mengena dgn: hakim mahkamah harus ~ drpd pertelingkahan politik; 5. disebut atau diucapkan (dgn tidak berapa disedari ataupun dgn tidak difikir-fikirkan terlebih dahulu), terlafaz, terhambur: ketika ia marah itulah ~ kata-kata yg kurang manis didengar; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kunci I | 1. alat yg terdiri drpd mangga (ibu kunci) dan pembukanya (anak kunci) utk mengancing sesuatu (spt pintu, peti, beg, dll): pintu itu tidak memakai ~; 2. = anak ~ alat pembuka yg dimasukkan ke dlm lubang mangga dan dipulaskan (diputarkan) utk membuka atau mengancing mangga: terpaksa dipecahkannya mangga pintu kerana ~nya sudah hilang; 3. = ibu (induk) ~ mangga (pintu dll), alat yg dikancingkan atau dipasang pd pintu dll dan dapat dibuka dgn anak kunci; 4. sesuatu alat yg berupa atau yg digunakan sbg anak kunci atau mangga; ~ jam (arloji) alat utk memutar jam (supaya berjalan jarumnya); 5. ki a) sesuatu yg menjadi atau yg digunakan sbg alat (formula, petua) utk mencapai sesuatu tujuan dll atau utk menyelesaikan masalah dll: Yusuf sedang mengadakan imbangan dlm pucuk pimpinan dgn ~nya terletak pd dirinya; surat yg baru dijumpainya itulah yg akan menjadi ~ bagi membongkar segala rahsia; rajin, usaha, tekun dan jimat cermat ialah ~ kekayaan dan kesenangan; b) jawaban bagi soalansoalan atau ujian-ujian mengenai sesuatu pelajaran: berbagai-bagai buku yg mengandungi soalan-soalan dlm peperiksaan Sijil Persekolahan disertai dgn ~nya membantu murid dlm pelajaran; c) penutup (karangan, perdebatan, dll): kata-kata ini diucapkan sbg ~ ceramahnya itu; 6. ki kedudukan (jawatan dll) penting atau berpengaruh: ~-~ dlm kerajaan dipegang oleh parti yg berkuasa; 7. rentetan nada yg berhubungan antara satu sama lain dan berdasarkan sesuatu nada utama; 8. = kunci-kunci Mn sendi tulang, tempat bertemu (bersambung) dua kerat (bahagian) tulang; ~ paha tempat pertemuan antara paha dgn bahagian bawah perut; kunci-kunci lutut sendi pd lutut, tempurung lutut; 9. bp terkancing; ~ air sj sekat atau alat penahan air utk mengendalikan aliran air (dlm tali air dll); ~ gantung = ~ kura mangga (ibu kunci) yg tergantung; ~ kereta = ~ kontrak Id alat utk menghubungkan arus elektrik pd enjin (motor) supaya dapat dihidupkan (enjinnya); ~ kira-kira penutup kira-kira (perniagaan dll) yg menunjukkan nilai segala harta dan hutang piutang; ~ maling Id anak kunci palsu (boleh digunakan utk membuka berbagai-bagai mangga); ~ mati a) rahsia yg tersimpan baik; b) jalan buntu (kegagalan mencapai persetujuan dll dlm perundingan dll); ~ sekrup Id alat utk melonggarkan atau mengetatkan skru; ~ senapang (pistol) alat pengancing senapang (pistol); ~ wasiat a) rahsia; b) sesuatu yg dipakai utk mencapai sesuatu tujuan (membongkar rahsia dll); anak ~ jahat, peti derhaka prb suami yg jahat akhirnya akan ditentang oleh isterinya; mengeluarkan ~ hati prb mengucapkan kata atau pendirian yg muktamad; berkunci 1. memakai kunci; 2. ditutup dgn kunci, (sudah) dikunci: semua rumah di situ kosong dan sesetengahnya ~ pintu dan tingkapnya; mengunci 1. menutup (pintu dll) dgn kunci, mengancing atau menyelak (pintu dll): masing-masing ~ pintu dan tingkap dan tidak ada yg berani keluar rumah; 2. mengakhiri (ucapan dll), menyudahi: ia ~ ceramahnya dgn kata-kata nasihat; 3. mengetapkan (mengatupkan); ~ bibir mengatupkan bibir; ~ mulut ki menutup mulut (tidak atau tidak mahu berkata apa-apa), mendiamkan diri; terkunci 1. tertutup dgn kunci (bkn pintu dll), terkancing: pintu yg tidak ~ itu dibuka dgn penuh hati-hati; mulutnya ~ ki kaku rahangnya (tidak dapat berkata-kata kerana terkejut, kebingungan, dll); 2. telah diakhiri atau disudahi; pengunci 1. alat utk mengunci (pintu dll), pengancing (pintu dll): berdentum pintu itu ditarik kuat oleh Normah, tetapi tidak juga lekat ~nya; 2. penutup (perbincangan dll), kata pemutus: akan ~ rundingan itu, Ramli terpaksa menegaskan keazamannya hendak berkahwin dgn perempuan yg dicintainya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ragut | ; meragut 1. menarik (menyentak, merabut, mencabut) dgn paksa atau dgn kekuatan: tas tangannya diragut perompak; 2. memakan rumput hidup dsb (bkn lembu, kambing, dll): yg meragut-ragut rumput, itulah kerbau; 3. ki mencabut, merampas, menyebabkan kehilangan (sesuatu) secara paksa (tiba-tiba dsb): dia berasa dirinya diperlakukan secara tidak adil apabila ke-bahagiaannya yg tinggal secebis itu diragut dgn tiba-tiba; ~ nyawa menyebabkan mati dgn tiba-tiba: kemalangan itu telah ~ nyawa pemandu tersebut; ragutan hasil meragut; peragut orang (penjahat) yg meragut dan melarikan sesuatu barang yg sedang dipakai atau dibawa oleh seseorang: pelancong asing juga sering menjadi sasaran ~ bermotosikal; dlm kejadian itu, ~ melarikan beg tangan seorang wanita yg sedang membeli-belah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keluar | 1. bergerak (beralih dll) dr sebelah dlm sesuatu (bangunan, bilik, kawasan, dll) ke sebelah luarnya: pegawai-pegawai itu belum lagi ~ dr bilik mesyuarat; 2. muncul, menampakkan diri (dr berkurung dll): sejak kematian isterinya, ia tidak pernah ~; 3. meninggalkan rumah utk pergi ke sesuatu tempat atau utk bersiar-siar: dia ~ selepas makan tadi dan mungkin akan pulang sejam lagi; 4. timbul (muncul, mengalir, dll) dr bawah permukaan (air, tanah, dll) atau dr dlm daging (tubuh dll): cacing itu ~ perlahan-perlahan dr dlm tanah dan menguit-nguit; serpih halus kaca yg terbenam di tapak kakinya dapat juga dicungkilnya ~; cederanya parah dan darah ~ mencurah-curah; 5. diumumkan (melalui siaran akhbar, radio, dsb), diterbitkan utk pengedaran (kpd orang ramai dsb): bukunya yg terbaru akan ~ awal bulan depan; laporan lanjut jawatankuasa tersebut akan ~ tidak lama lagi; 6. dilafazkan, diucapkan (kata-kata), dilahirkan (perasaan, isi hati, dsb): kata-kata yg sayu itu ~ dgn suara yg putus-putus; 7. berhenti drpd menjadi anggota (persatuan dsb), berhenti drpd berkhidmat atau bersekutu (dgn sesebuah syarikat, jabatan, dll), meninggalkan (pekerjaan, persatuan, dll): ia ~ dr syarikat itu utk membuka perniagaan sendiri; pengerusi kesatuan itu telah meletakkan jawatan dan terus ~ dr kesatuan; 8. ark muncul (sbg pemenang dlm pertandingan); 9. sl di luar; ~ batas menyeleweng atau menyimpang (drpd tajuk atau perkara yg diperbincangkan dll); ~ hutan keluar dr hutan; mengeluari keluar utk mendapatkan (menentang) musuh: setelah orang Portugis itu mendarat, maka dikeluari oleh barisan orang Melaka; mengeluarkan 1. membawa atau menyebabkan keluar dr sebelah dlm sesuatu (mis bangunan, bilik, bekas, tubuh, dll) ke sebelah luarnya: ~ alat perkakas dr dlm bilik itu dan meletakkannya ke ruang tengah rumah itu; dia ~ kotak rokok dr dlm saku baju; ~ sedikit darah dr tubuh pesakit; ~ air mata menangis; 2. menyebabkan keluar (tercabut, muncul, terurai) sesuatu yg tertanam atau terbenam: dicungkil-cungkilnya dgn hujung pisau utk ~ duri itu dr ibu jarinya; doktor akan berusaha utk ~ peluru itu dr dadanya; 3. menyingkirkan, memisahkan (dr kumpulan dll): Parti Komunis Indonesia mengalu-alukan dan menyokong penuh keputusan Presiden Sukarno hendak ~ Indonesia dr PBB; dia mesti dikeluarkan dr kampung ini; 4. memecat (ahli, pegawai, dll), memberhentikan dr jawatan (kedudukan dll): pegawai itu telah dikeluarkan kerana curang; 5. mengumumkan (biasanya melalui siaran radio, akhbar, surat pekeliling, dll): ~ arahan dan peraturan baru kpd kakitangan kerajaan; kerajaan telah ~ perintah berkurung di kawasan itu; 6. melahirkan atau menyatakan (perasaan, pendapat, dll), mengucapkan (kata-kata): ia pun menaruh dendam dlm hatinya, tiada dikeluarkannya pd seorang jua pun; ia sendiri tidak mahu ~ kata-kata yg menambahkan kerisauan hati anaknya; 7. membelanjakan: mereka terpaksa ~ wang yg banyak utk pelajaran anak-anak mereka; 8. mengadakan, menyediakan (wang dll); ~ modal mengadakan modal; 9. menerbitkan (buku, majalah, dll): Dewan Bahasa dan Pustaka telah ~ banyak buku pelajaran utk sekolah-sekolah; 10. menghasilkan (galian, barang-barang mentah, dll): Malaysia ialah negara yg paling banyak ~ bijih timah dan getah asli; ladang pun belum pula ~ apa-apa yg boleh dijadikan wang; 11. Id mengeksport, menghantar (barang dagangan) ke luar negeri; terkeluar 1. (kelihatan atau terdapat) berada di sebelah luar sesuatu: beg duitnya ~ sedikit dr saku belakang seluarnya; 2. dapat dikeluarkan (dicabut, dicungkil, dsb) drpd tempat sesuatu itu terbenam (tertanam dsb), tertanggal keluar dr lubang (celah dsb): akhirnya setelah dicungkil-cungkilnya ~ juga butir tulang itu dr celah giginya; 3. tersingkir (drpd kumpulan, pertubuhan, dsb), terasing atau terpisah (drpd sesuatu golongan, aliran, dsb): cara hidupnya yg sangat berlainan itu menyebabkan dia ~ drpd masyarakatnya sendiri; 4. tidak terlibat (terkait), tidak ada pertalian (dgn sesuatu), tidak kena-mengena dgn: hakim mahkamah harus ~ drpd pertelingkahan politik; 5. disebut atau diucapkan (dgn tidak berapa disedari ataupun dgn tidak difikir-fikirkan terlebih dahulu), terlafaz, terhambur: ketika ia marah itulah ~ kata-kata yg kurang manis didengar; keluaran 1. yg dikeluarkan (dihasilkan): beliau menyeru rakyat supaya lebih banyak membeli barang-barang ~ dlm negeri; 2. yg diterbitkan (bkn buku, majalah, dsb): majalah ~ bulan lepas; 3. yg telah lulus dr (maktab dsb), yg terdidik atau terlatih di, lepasan: guru-guru ~ maktab latihan dan universiti; orang ~ a) orang yg tidak ada sangkut paut, orang yg tidak termasuk dlm atau berkaitan dgn sesuatu (perkara, kumpulan, dll), orang luar; b) sl orang yg di luar golongan (lingkungan) istana: akan anakanda ini terlalulah sekali baik parasnya pd hati beta tiada patut ia bersuami orang ~; ~ negara (Eko) jumlah nilai barang dan perkhidmatan yg dikeluarkan oleh unit ekonomi dlm sesebuah negara dlm satu tempoh tertentu, biasanya setahun; ~ negara bersih (Eko) nilai semua barang dan perkhidmatan akhir pd kos faktor dlm satu tempoh tertentu setelah ditolak susut nilai; ~ negara kasar (Eko) nilai semua barang dan perkhidmatan akhir pd harga pasaran dlm satu tempoh tertentu sebelum ditolak susut nilai; pengeluaran perihal mengeluarkan, usaha (proses) menghasilkan, penghasilan: ekonomi negeri kita bergantung pd ~ barangan utama spt getah, minyak dan bijih timah; ~ barang-barang itu terganggu kerana pemogokan; pengeluar 1. usahawan (syarikat, negara, dsb) yg mengeluarkan (menghasilkan) sesuatu: ~-~ bahan mentah sering kali menghadapi masalah akibat kemerosotan harga; 2. yg mengeluarkan (menghasilkan): negara-negara ~ kelapa yg penting ialah Filipina dan Indonesia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |