akad jual beli | perjanjian jual beli | Kamus Dewan Edisi Keempat |
akad | Ar janji, perjanjian; ~ jual beli perjanjian jual beli; berakad mengikat perjanjian. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tiaga | Mn 1. dagang, dagangan; 2. urusan berjual beli, perdagangan; meniaga berjual beli, berdagang; ® niaga. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
transaksi | IB 1. penyelesaian pembayaran dlm perniagaan (perdagangan); 2. persetujuan jual beli, urusan jual beli (perdagangan), urus niaga: bahasa Inggeris digunakan utk membuat ~ perdagangan dgn semua provinsi India. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
urus niaga | urusan perniagaan, kegiatan jual beli; berurus niaga berurusan jual beli: kecemer-langan ~; peniaga Jerman dikehendaki mendapatkan lesen utk ~ dgn firma asing; mengurusniagakan menjalankan kegiatan jual beli (perniagaan dsb): sejumlah 9000 unit saham Metrojaya diurusniagakan sebaik sahaja pasaran dibuka. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
beli | ; berbeli perlu atau dpt dibeli: Makan dan pakainya tidak pernah ~, semuanya disedekahkan orang. membeli mengambil barang dgn membayar harganya: Ia ke kedai hendak ~ buku. ~-belah membeli beberapa banyak jenis barang keperluan sehari-hari. membelikan membeli sesuatu utk: Ia ~ adiknya sepasang kasut kulit sbg hadiah. belian barang yg dibeli: harga ~ harga yg dibayar ketika membeli. pembelian perbuatan atau hal membeli: Pengusaha asing telah mengurus ~ getah di Malaysia. pembeli 1 orang yg membeli: Sungguhpun banyak ~ yg membayar tunai, tidak kurang pula yg berhutang. 2 sesuatu (spt wang) yg digunakan utk membeli: wang ~ buku. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
beli | berbeli perlu atau dpt dibeli: Makan dan pakainya tidak pernah ~, semuanya disedekahkan orang. membeli mengambil barang dgn membayar harganya: Ia ke kedai hendak ~ buku. ~-belah membeli beberapa banyak jenis barang keperluan sehari-hari. membelikan membeli sesuatu utk: Ia ~ adiknya sepasang kasut kulit sbg hadiah. belian barang yg dibeli: harga ~ harga yg dibayar ketika membeli. pembelian perbuatan atau hal membeli: Pengusaha asing telah mengurus ~ getah di Malaysia. pembeli 1. orang yg membeli: Sungguhpun banyak ~ yg membayar tunai, tidak kurang pula yg berhutang. 2. sesuatu (spt wang dsb) yg digunakan utk membeli: wang ~ buku. | Kamus Pelajar |
mending | 1. = mendingan lebih baik (perniagaan, penghasilan negeri, dll), lumayan, agak baik (penyakit), mulai sembuh: kalau jadi ~ juga itu, setengah juta bersih buat kita; 2. mujur, nasib baik, untung: ~ dia tidak tergelincir; 3. lebih elok kalau: mengapa beli rokok, ~ beli gado-gado? | Kamus Dewan Edisi Keempat |
beli-belian | bp membeli-beli, berbelanja; harga ~ bayaran barang pd masa membeli; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
niaga | dagang, jual beli; kapal ~ kapal yg membawa dagangan; berniaga, meniaga ark menjual barang sbg satu pekerjaan, berjual beli, berdagang: aku dan Hassan Putih telah mulai ~ kecil-kecilan; memperniagakan menjual dan membeli sesuatu (utk mencari keuntungan), memperdagangkan: antara barang yg diperniagakan orang pd masa itu ialah kain, kulit binatang, dan barang-barang permata; perniagaan perihal berniaga, perdagangan: penjaga kedai itu menceritakan sambil mengeluh akan kemunduran ~ kedainya; peniaga 1. orang yg berniaga, pedagang; 2. (Eko) ejen firma broker yg mempunyai lesen utk berjual beli saham, komoditi atau opsyen yg mewakili pelanggannya dgn menerima gaji tetap. | Kamus Dewan Edisi Keempat |