bertentangan | 1 saling berhadap; berhadap-hadapan: Mereka duduk ~ dgn kami. 2 tidak sama (arah, pendapat dll); berlawanan: arah yg ~. Pendapatnya ~ dgn pendapat saya. 3 ki tidak berbaik antara satu dgn yg lain; bermusuhan; berlawanan: Kami jarang-jarang bergaduh atau ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tikam I | ; bertikam berkelahi dsb dgn menusukkan senjata. ~ lidah bertengkar; berbalah; berdebat. bertikam-tikaman saling menusuk dgn senjata tajam, spt keris, pisau: Maka maralah segala Bugis dan Melayu Riau lalu beramuk ~ lembing kerisnya. menikam mencucuk atau melukai dgn senjata tajam spt keris, pisau; menusuk: Dia telah ~ pencuri itu dgn kerisnya. menikamkan membenamkan sesuatu spt keris ke dlm tubuh dll; menusukkan. tertikam telah ditikam; ditikam dgn tidak sengaja: Kakinya luka ~ duri. tikaman hasil menikam; tusukan: Dgn pantas, dia melompat mengelakkan ~ musuhnya. pertikaman perbuatan atau hal bertikam(-tikaman). penikaman perbuatan (hal dsb) menikam atau menikamkan. penikam 1 orang yg menikam. 2 senjata utk menikam. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
samping I | bahagian sebelah kiri atau kanan sesuatu; rusuk; sisi. bersampingan bersama-sama; berdampingan; berdekatan: berjalan ~. menyamping berjalan dll di tepi sesuatu; menyusur (di tepi jalan dsb). menyampingi (duduk, berjalan dll) berdampingan dgn; mendampingi. menyampingkan meletakkan di samping. tersamping terletak atau diletakkan di samping; disisikan; disampingkan. sampingan sesuatu yg dilakukan (dihasilkan dsb) secara tidak langsung: hasil ~ hasil yg diperoleh di samping hasil yg utama. di samping 1 di bahagian sebelah; di sisi: Ketika menyaksikan pertandingan itu, Kadir duduk ~ saya. 2 bersama-sama; berserta: Kami sanggup berjuang ~ saudara. 3 selain; lain drpd: ~ belajar mengaji Quran, mereka belajar bahasa Arab juga. ke samping ke sebelah (kiri atau kanan); ke sisi. mengesampingkan 1 membawa ke sisi; menyisikan. 2 ki menganggap kurang penting; tidak mengendahkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
memperturutkan | 1 menjadikan berturut-turut; melakukan sesuatu berkali-kali: Kerana terlalu marah, dia ~ pukulannya terhadap orang itu. 2 membiarkan atau membuat supaya bersama-sama melakukan sesuatu; membiarkan turut: Ketua Pengarah ~ lima orang pegawainya dlm seminar itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
si III | 1. kata yg bergabung dgn imbuhan ber- utk menyatakan diri membuat sesuatu; bersibisu berbuat spt orang bisu (berbuat-buat bisu); bersitidak tahu berpura-pura tidak tahu; 2. kata yg bergabung dgn imbuhan ber- dan -an utk menyatakan saling berbuat sesuatu; bersipandangan berpandang-pandangan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bertunas | 1 mempunyai tunas; baru tumbuh tunasnya. 2 ki mempunyai keturunan; menurunkan baka. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bertumbuk | 1 berkelahi dsb dgn meninju; bertinju: Budak dua beradik itu selalu ~. 2 dikupas atau dihancurkan dgn tumbuk; ditumbuk (tidak dikisar atau tidak digiling): Padi itu sudah ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bersetubuh | bersatu tubuh dgn; melakukan hubungan jenis; berjimak; berseketiduran | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bertuah | 1 mempunyai tuah; beruntung: Ia berasa ~ kerana mempunyai anak yg pandai. 2 mendatangkan untung atau tuah; berhikmat: cincin ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bertolong-tolongan | saling membantu; bantu-membantu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |