bundar | 1 bentuk atau ruang yg sempadannya berupa garis lengkung yg sama jaraknya dr pusat. 2 berbentuk spt bentuk roda; berbentuk bundar 1: meja ~ meja yg bundar bentuknya. membundar menjadi bundar (bkn sesuatu). membundarkan menjadikan sesuatu berbentuk bundar. bundaran sesuatu yg bundar bentuknya; lingkaran. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
omboh | sesuatu yg berbentuk bulat torak atau berbentuk spt silinder dan dpt digerakkan turun naik atau keluar masuk dlm sesuatu silinder lain (spt yg terdapat pd pam); pelantak. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
omboh | sesuatu yg berbentuk bulat torak atau berbentuk spt silinder dan dpt digerakkan turun naik atau keluar masuk dlm sesuatu silinder lain (spt yg terdapat pd pam dll); pelantak. | Kamus Pelajar |
piramid | 1 binaan atau tugu peringatan (khususnya di Mesir) yg bertapak empat segi dan permukaan sisinya berbentuk tiga segi yg menirus tajam ke puncaknya. 2 bongkah yg permukaan dasarnya berbentuk poligon, permukaan sisinya berbentuk tiga segi dan bertemu di bucu yg satu di bahagian atas. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bundar | 1. bentuk atau ruang yg sempadannya berupa garis lengkung yg sama jaraknya dr pusat. 2. berbentuk spt bentuk roda; berbentuk bundar 1: meja ~ meja yg bundar bentuknya. membundar menjadi bundar (bkn sesuatu). membundarkan menjadikan sesuatu berbentuk bundar. bundaran sesuatu yg bundar bentuknya; lingkaran | Kamus Pelajar |
ganti | 1 sesuatu yg digunakan sbg penukar benda yg hilang atau yg tidak ada: Gunakan magnet berbentuk U atau berbentuk ladam sbg ~ magnet batang dan kemudian lukis medan magnetnya. 2 = pengganti orang yg mengambil alih pekerjaan, tugas dll drpd orang lain: Jika engkau tidak mahu pergi, aku boleh jadi ~mu. (kata) ~ nama kata yg digunakan utk membahasakan diri seseorang (spt aku, engkau dan ia). ~ rugi wang, barang dll yg diberikan utk menyilih kerugian orang lain. berganti 1 berubah menjadi lain; bertukar kpd yg lain: Cuaca yg terang ~ kelam. 2 bertukar dgn yg lain: Bajunya yg bertampal-tampal itu tidak pernah ~. ~ nama berubah namanya. ~ tikar berkahwin dgn kakak atau dgn adik isteri yg telah meninggal. berganti-ganti bertukar berturut-turut satu per satu; selalu berganti; bergilir-gilir: Anak dan isteri mereka ~ pergi ke ladang menolong menghalau burung. mengganti 1 menukar dgn yg lain; membuat berganti: Ahmad telah ~ atap rumah yg bocor itu dgn yg baru. 2 memberikan wang, barang dll sbg ganti rugi; memberikan ganti rugi: Saya sanggup ~ segala perbelanjaan utk membaiki kereta ini. 3 mengambil alih pekerjaan, tugas dll drpd orang lain: Apabila dia bersara nanti, siapakah yg akan ~nya? menggantikan membenarkan orang lain melakukan sesuatu sbg ganti orang yg mula-mula; menjadikan sbg ganti: Akhirnya Tun Perak dilantik oleh Raja ~ ayahnya menjadi Bendahara. pergantian keadaan atau hal berganti (bertukar); pertukaran; perubahan: Di kawasan khatulistiwa, ~ malam dan siang ialah satu kejadian yg berlaku pd setiap hari. penggantian perbuatan mengganti atau menggantikan: Dlm abad ke-19, ~ utk menaiki takhta sentiasa berjalan dgn tidak aman. pengganti 1 apa-apa yg dijadikan ganti: Oleh sebab kad undangan sudah habis, kita gunakan surat biasa sbg ~nya. 2 orang yg mengganti atau menggantikan: Kalau dia berhalangan nanti, siapakah pula ~nya? | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tampang II | 1. bongkah timah yg berbentuk spt bata; 2. wang timah yg berharga ringgit; ~ jongkong wang timah yg berbentuk spt perahu; ~ roman wang timah yg berbentuk spt bata dan padu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ganti | 1. sesuatu yg digunakan sbg penukar benda yg hilang atau yg tidak ada: Gunakan magnet berbentuk U atau berbentuk ladam sbg ~ magnet batang dan kemudian lukis medan magnetnya. 2. = pengganti orang yg mengambil alih pekerjaan, tugas dll drpd orang lain: Jika engkau tidak mahu pergi, aku boleh jadi ~mu. ~ nama kata yg digunakan utk membahasakan diri seseorang (spt aku, engkau, ia dll). ~ rugi wang, barang dll yg diberikan utk menyilih kerugian orang lain. berganti 1. berubah menjadi lain; bertukar kpd yg lain: Cuaca yg terang ~ kelam. 2. bertukar dgn yg lain: Bajunya yg bertampal-tampal itu tidak pernah ~. ~ nama berubah namanya. ~ tikar berkahwin dgn kakak atau dgn adik isteri yg telah meninggal. berganti-ganti bertukar berturut-turut satu per satu; selalu berganti; bergilir-gilir: Anak dan isteri mereka ~ pergi ke ladang menolong menghalau burung. mengganti 1. menukar dgn yg lain; membuat berganti: Ahmad telah ~ atap rumah yg bocor itu dgn yg baru. 2. memberikan wang, barang dll sbg ganti rugi; memberikan ganti rugi: Saya sanggup ~ segala perbelanjaan utk membaiki kereta ini. 3. mengambil alih pekerjaan, tugas dll drpd orang lain: Apabila dia bersara nanti, siapakah yg akan ~nya? menggantikan membenarkan orang lain melakukan sesuatu sbg ganti orang yg mula-mula; menjadikan sbg ganti: Akhirnya Tun Perak dilantik oleh Raja ~ ayahnya menjadi Bendahara. pergantian keadaan atau hal berganti (bertukar); pertukaran; perubahan: Di kawasan khatulistiwa, ~ malam dan siang adalah satu kejadian yg berlaku pd setiap hari. penggantian perbuatan mengganti atau menggantikan: Dlm abad ke-19, ~ utk menaiki takhta sentiasa berjalan dgn tidak aman. pengganti 1. apa-apa yg dijadikan ganti: Oleh sebab kad undangan sudah habis, kita gunakan surat biasa sbg ~nya. 2. orang yg mengganti atau menggantikan: Kalau dia berhalangan nanti, siapakah pula ~nya? | Kamus Pelajar |
kiub | benda yg mempunyai enam permukaan yg semuanya berbentuk empat persegi dan sama besarnya (spt dadu), kubus; ~ berpusat jasad (Kim) unit struktur bagi hablur berbentuk kiub yg terdiri drpd satu atom di setiap penjuru dan satu atom di pusat kiub; ~ berpusat muka (Kim) unit struktur bagi hablur berbentuk kiub yg terdiri drpd satu atom di setiap penjuru dan pusat mukanya; ~ rebusan bahan drpd air rebusan daging, ikan atau sayur-sayuran yg dikeringkan dan berbentuk kiub, digunakan utk membuat sup, dlm masakan dsb. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berbentuk | mempunyai rupa atau bentuk; berupa: Mereka suka tinggal di rumah pangsa yg ~ spt rumah burung merpati. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |