Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ca.gar] | برچاݢر

Definisi : bersandar pd atau disokong oleh sesuatu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bercagar


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
bercagarbersandar pd atau disokong oleh sesuatu;Kamus Dewan Edisi Keempat
pinjaman bercagar(Eko) pinjaman yg bercagarkan sesuatu aset (mis rumah dan tanah) sbg jaminan terhadap pelunasan pinjaman berkenaan;Kamus Dewan Edisi Keempat
hutang bercagarhutang yg diberikan dgn si berhutang mencagarkan sesuatu (spt barang-barang kemas, rumah, tanah, dsb);Kamus Dewan Edisi Keempat
pinjaman1. barang dll yg dipinjam (dipin­jamkan); 2. wang yg diberikan kpd seseorang dll utk sementara dan perlu dikembalikan kemudian, hutang; ~ bercagar (Eko) pinjaman yg bercagarkan sesuatu aset (mis rumah dan tanah) sbg jaminan terhadap pelunasan pinjaman berkenaan; ~ kenderaan pinjaman wang dgn kadar faedah tertentu yg diberikan oleh insti­tusi kewangan atau majikan utk memboleh­kan seseorang (pekerja dsb) membeli kenderaan sendiri, mis kereta dan motosikal; ~ peribadi = ~ persendirian pinjaman wang tunai dgn kadar faedah tertentu yg diberikan oleh institusi kewangan dsb kpd individu yg memo­hon, dgn syarat tertentu; ~ perumahan pin­jaman wang dgn kadar faedah tertentu yg diberikan oleh majikan atau institusi kewang­an kpd seseorang (pekerja dsb) utk membeli rumah; kata ~ (Lin) perkataan yg diambil drpd bahasa asing;Kamus Dewan Edisi Keempat
cagar1. barang yg dijadikan sbg taruhan apabila berhutang, barang yg digadai­kan, rungguh(an); 2. cengkeram, bayaran pen­dahuluan, wang muka; ~ alam kawasan sim­panan (bagi mergastua); bercagar, bercagaran bersandar pd atau disokong oleh sesuatu; bercagarkan mempunyai sesuatu taruhan sbg jaminan berhutang, bersandarkan: pinjamannya ~ sekeping tanah pusaka; mencagarkan memberikan sesuatu sbg ca­garan hutang, menggadaikan, merungguhkan: ia ~ tanah dan bangunan kedainya; pencagaran perbuatan mencagarkan: ~ tanah.Kamus Dewan Edisi Keempat
hutang1. wang dll yg dipinjam drpd orang lain: jangan-jangan ~ itu tak terbayar lagi; belian (jualan) ~ belian (jualan) yg bayar­annya ditangguhkan; membayar ~ me­ngembalikan wang dll yg dipinjam dr orang lain; memberi ~ memberi pinjaman wang; menagih ~ memungut (menuntut kembali) wang yg dipinjamkan; mendapat ~ mendapat pinjaman wang; 2. kewajiban (perasaan ber­kewajiban) membayar balik sesuatu yg dite­rima; ~ bercagar hutang yg diberikan dgn si berhutang mencagarkan sesuatu (spt barang-barang kemas, rumah, tanah, dsb); ~ budi kebaikan yg diperoleh dan yg harus dibalas; ~ darah tuntutan bela (atau bayaran) terhadap seseorang (pihak dll) yg telah melakukan kekejaman dll; ~ lapuk hutang yg tidak berbayar; ~ piutang (wang) yg dipinjam dr dan yg dipinjamkan kpd orang lain, berbagai-bagai hutang; ~ (di) sekeliling pinggang terlalu banyak hutang; surat ~ surat peng­akuan hutang; ~ biduk belum langsai, ~ pengayuh tiba pula = ~ samir belum langsai, ~ kajang datang pula = ~ tembilang belum langsai, ~ tajak tiba pula prb hutang yg lama masih belum habis dibayar datang pula orang menagih hutang yg baru; ~ sebelit (selilit) pinggang = ~ tiap helai bulu = sebanyak ~ si Jibun prb seseorang yg sangat banyak hutangnya; berhutang mempunyai hutang (kpd), me­minjam wang dll drpd seseorang: ia pernah ~ pd ceti; si ~ orang yg berhutang; tempat ~ orang dll yg memberi hutang; ~ berbaris bp berhutang banyak-banyak (drpd berbagai-bagai punca); ~ budi menerima kebaikan orang lain (wajib membalas kebaikan orang); ~ nyawa terselamat hidupnya (ter­selamat oleh pertolongan orang); menghutangkan, memperhutangkan me­min­jamkan wang atau benda kpd seseorang; terhutang 1. sudah berhutang; 2. ~ budi sudah menerima kebaikan orang (tetapi belum berbalas); hutangan Id wang (benda) yg didapati kerana berhutang; orang ~ Id ark orang yg berhutang; perhutangan perihal hutang-berhutang; orang ~ Id ark orang yg memberi hutang (peminta, pemungut, atau penagih hutang); penghutang orang atau pihak yg berhutang, peminjam wang: cagaran merupakan jamin­an utk pemiutang jika ~ tidak memenuhi kewajiban atau gagal membayar kembali pinjamannya.Kamus Dewan Edisi Keempat
pinjam1. = memberi ~ memberi sesuatu utk digunakan buat sementara (dgn janji akan dikembalikan apabila sampai tempohnya): siapa boleh ~ saya pisau raut? 2. = minta ~ meminta menggunakan sesuatu buat semen­tara (dgn maksud mengembalikannya apabila sampai tempohnya): buku ini baru saya ~ dr perpustakaan; ~ sewa membeli dgn mem­bayar beransur-ansur (dan sebelum selesai bayarannya barang itu dianggap barang sewaan sahaja); syarikat ~-meminjam syarikat yg memberi pinjaman (wang dll); ~ kayu ara prb meminjam barang orang dgn tidak berniat utk memulangkannya; meminjam 1. menggunakan barang (buku, wang dll) orang lain utk sementara waktu, minta pinjam: kedatangannya pd saat itu adalah kerana hendak ~ sedikit wang; 2. mengambil dan menggunakan (perkataan, konsep dll) yg dipetik dsb drpd sesuatu sumber: penasihat UNESCO itu ~ konsep Majlis Penyeliaan ini dr agensi berita Perancis AFP; meminjami 1. memberi pinjam kpd: kami tidak perlu membeli semua jenis buku, perpustakaan dapat ~ kami; 2. meminjam barang dll pd; meminjamkan memberikan barang dll utk dipinjam: dia pula tidak sepi drpd ~ beras atau wang kpd tetangganya; pinjaman 1. barang dll yg dipinjam (dipin­jamkan); 2. wang yg diberikan kpd seseorang dll utk sementara dan perlu dikembalikan kemudian, hutang; ~ bercagar (Eko) pinjaman yg bercagarkan sesuatu aset (mis rumah dan tanah) sbg jaminan terhadap pelunasan pinjaman berkenaan; ~ kenderaan pinjaman wang dgn kadar faedah tertentu yg diberikan oleh insti­tusi kewangan atau majikan utk memboleh­kan seseorang (pekerja dsb) membeli kenderaan sendiri, mis kereta dan motosikal; ~ peribadi = ~ persendirian pinjaman wang tunai dgn kadar faedah tertentu yg diberikan oleh institusi kewangan dsb kpd individu yg memo­hon, dgn syarat tertentu; ~ perumahan pin­jaman wang dgn kadar faedah tertentu yg diberikan oleh majikan atau institusi kewang­an kpd seseorang (pekerja dsb) utk membeli rumah; kata ~ (Lin) perkataan yg diambil drpd bahasa asing; peminjaman perihal (perbuatan dsb) memin­jam atau meminjamkan; peminjam 1. orang yg meminjam: ~ wang dr bank harus membayar bunga; 2. orang yg memberi pinjam: seorang ~ wang mengenakan bunga atas pinjamannya.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas