bercermin | 1 melihat bayang diri sendiri dlm cermin. 2 memakai cermin; ada cermin pdnya; mempunyai cermin: Almari itu ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bercermin bangkai | mendapat (menanggung) malu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bercermin mata | memakai cermin mata; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bercermin | 1. melihat muka sendiri dlm cermin (air jernih dll): ia memakai pakaian sambil ~; 2. memakai cermin, ada cerminnya, berkaca: almari pakaian biasanya ~; ~ mata memakai cermin mata; 3. ki mengambil teladan (contoh, pelajaran): kenapa kita mesti ~ kpd orang jahat; 4. ki meneliti, memeriksa; ~ bangkai mendapat (menanggung) malu; jangan ~ di air keruh prb jangan diturut teladan yg buruk; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bercermin | 1. melihat bayang diri sendiri dlm cermin. 2. memakai cermin; ada cermin pdnya; mempunyai cermin: Almari itu ~. ~ bangkai ki mendapat malu. | Kamus Pelajar |
almari hias | almari bercermin tempat menyimpan barang-barang perhiasan dll; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hias | ; almari ~ almari bercermin tempat menyimpan barang-barang perhiasan dll; tukang ~ orang yg kerjanya menghias, juruhias; berhias 1. = ~ diri berdandan diri dgn pakaian (barang kemas dsb) yg cantik, berkemas diri dgn barang yg indah-indah: Bendahara Seri Maharaja pun terlalu baik rupanya lagi sangat ~; janda ~ janda yg belum beranak (dibenarkan berpakaian pengantin apabila berkahwin lagi); mandi ~ upacara mandi sebelum pengantin perempuan dinikahkan; 2. = berhiaskan diperindah (diperelok) dgn: tangga rumahnya ~ pasu-pasu bunga; menghias menjadikan sesuatu lebih cantik atau elok (dgn barang yg indah-indah, gambar, solekan, dll): orang perempuan spt Cik Mahaya ini, memang pintar ~ kamar; menghiasi menyebabkan kelihatan lebih cantik atau elok: nasi adap-adapan yg dihiasi emas pun diangkat oranglah ke hadapan baginda; lampu berwarna-warni ~ rumahnya; senyuman yg manis ~ wajahnya; menghiaskan mencantikkan (mengindahkan) dgn sesuatu: dia ~ sebutir kerosang pd bajunya; terhias telah dihiasi dgn sesuatu: pandangannya kadang-kadang beralih kpd jambangan bunga yg ~ indah di atas meja; hiasan segala yg digunakan utk menghiasi sesuatu: sekeping gambar wanita telah dijadikan ~ kulit majalah itu; ~ dalaman seni menghias dan melengkapi perabot sesebuah rumah, pejabat, dll; perhiasan sesuatu yg digunakan utk berhias atau menghias: Raja Ahmad pun diarak oranglah bergajah dgn selengkap ~ pakaian segala raja-raja; penghiasan perihal (perbuatan, proses dsb) menghias, menghiasi atau menghiaskan: beliau merancangkan ~ semula rumahnya; penghias 1. tukang hias, juruhias; 2. yg menghiasi sesuatu: ukiran-ukiran tradisional ~ ruang tamunya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bantal seraga | bantal besar (utk perhiasan) yg bersulam-sulam dan bercermin pd hujung dan pd pangkalnya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
seraga | ; bantal ~ bantal besar (utk perhiasan) yg bersulam-sulam dan bercermin pd hujung dan pd pangkalnya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
seraga; bantal ~ | bantal besar (utk perhiasan) yg bersulam-sulam dan bercermin pd hujung dan pd pangkalnya. | Kamus Pelajar |