engsot | (éngsot); berengsot, berengsot-engsot 1. bergerak (beralih) sedikit-sedikit (perlahan-lahan), berkesot; 2. memulakan satu barisan cetakan atau tulisan lebih jauh dr garis tepi, inden; tidak ~ drpd bibir prb selalu disebut-sebut; mengengsot 1. berengsot: ia ~ menuju ke meja itu; 2. = mengengsotkan menggeserkan, mengesotkan perlahan-lahan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berengsot | bergerak sedikit tanpa mengangkat punggung atau benda yg ditolak: Amilah ~ ke tepi dinding apabila kedua-dua mempelai itu lalu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berengsot-engsot | 1. bergerak (beralih) sedikit-sedikit (perlahan-lahan), berkesot; 2. memulakan satu barisan cetakan atau tulisan lebih jauh dr garis tepi, inden; tidak ~ drpd bibir prb selalu disebut-sebut; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berengsot | 1. bergerak (beralih) sedikit-sedikit (perlahan-lahan), berkesot; 2. memulakan satu barisan cetakan atau tulisan lebih jauh dr garis tepi, inden; tidak ~ drpd bibir prb selalu disebut-sebut; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
engsot | /éngsot/; berengsot bergerak sedikit tanpa mengangkat punggung atau benda yg ditolak: Amilah ~ ke tepi dinding apabila kedua-dua mempelai itu lalu. mengengsotkan menggerakkan sesuatu sedikit demi sedikit tanpa mengangkatnya: Pak Ali ~ almari besar itu ke sudut rumah. engsotan gerakan berengsot. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
geser | (gésér); bergeser 1. = bergeseran bergeselan, bergosokan, bersentuhan: derauan hujan berselang-selang dgn bunyi desiran daun-daun kayu ~; 2. berengsot, beralih tempat: dia tidak ~ dr tempatnya; menggeser menggesel, menggosok: lututnya luka kerana ~ simen; menggeserkan mengalih, menolak (menarik) supaya berengsot: ~ kerusi sedikit ke belakang; tergeser tergesel; ~ kena miangnya, terlanggar kena rebasnya prb sifat orang berkuasa (orang kecil itu tidak boleh sedikit pun bersalah kepadanya); geseran 1. geselan, gesekan; 2. (Lin) bunyi desis yg dihasilkan apabila udara melalui ruang yg sempit (spt [s]); pergeseran 1. pergesekan; 2. perselisihan, pertelingkahan: sebarang ~ dlm parti tidak boleh dianggap sbg jalan ke arah keretakan; di sini terjadi pula ~ makna sesuatu kata; 3. pertukaran tempat, peralihan tempat; penggeseran perihal (perbuatan dsb) menggeserkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menjolor | berengsot (mengesot) dgn menghela perut (spt kanak-kanak), menjalar (spt ular). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
engsotan | gerakan berengsot. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mengesak | beralih (berengsot) sedikit-sedikit atau perlahan-lahan, mengesot: ~ dr duduknya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengengsot | 1. berengsot: ia ~ menuju ke meja itu; 2. = mengengsotkan menggeserkan, mengesotkan perlahan-lahan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |