berjaga-jaga | 1 berhati-hati; berwaspada: Ia ~ kalau-kalau pencuri itu datang lagi ke rumahnya. 2 tidak tidur sepanjang malam; merayakan majlis perkahwinan dll siang malam terus-menerus: Maka baginda pun ~ empat puluh hari empat puluh malam utk mengahwinkan puterinya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berjaga | 1 tidak tidur kerana sesuatu hal: Ibu itu ~ sampai pagi kerana anaknya sakit kuat. 2 berkawal utk menjaga keselamatan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berjaga-jaga | 1. tidak tidur semalam suntuk (kerana kenduri kahwin dll), merayakan (perkahwinan dll) beberapa hari berturut-turut: maka raja pun mulai ~ akan mengahwinkan anakanda baginda dgn tuan puteri itu; 2. berwaspada, berhati-hati, berawas-awas: mereka ~ apabila melalui titi yg sempit itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berjaga | 1. tidak tidur (kerana sesuatu hal, sakit, dsb): Ahmad ~ hingga ke pagi; 2. berawas: pihak polis sedang ~ di kawasan perompakan itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berjaga-jaga | 1. berhati-hati; berwaspada: Ia ~ kalau-kalau pencuri itu datang lagi ke rumahnya. 2. tidak tidur sepanjang malam; merayakan majlis perkahwinan dll siang malam terus-menerus: Maka baginda pun ~ empat puluh hari empat puluh malam utk mengahwinkan puterinya. | Kamus Pelajar |
berjaga | 1. tidak tidur kerana sesuatu hal:Ibu itu ~ sampai pagi kerana anaknya sakit kuat. 2. berkawal utk menjaga keselamatan. | Kamus Pelajar |
kawal | ; berkawal sedang menjaga keselamatan dll; berjaga: Beberapa orang askar ~ di istana itu. mengawal 1 menjaga supaya selamat; menjaga keselamatan: Penghulu dan anak buahnya berjaga malam ~ kampung. 2 memperhatikan dan menjaga baik-baik (supaya berjalan dgn teratur); mengawasi: Hutan rimba Tanah Melayu dikawal oleh Jabatan Hutan. terkawal dpt dikawal; di bawah jagaan: Walaupun keadaan agak genting, tetapi semuanya ~. kawalan usaha mengawal (menjaga, mengawasi); hasil mengawal: ~ keselamatan akan dijalankan di sepanjang pantai. ~ mutu pemeriksaan terhadap sesuatu barangan atau perkhidmatan utk menjamin atau memastikan barangan yg dihasilkan atau perkhidmatan yg diberikan itu mematuhi piawai mutu yg telah ditetapkan. pengawalan perbuatan mengawal (menjaga, mengawasi). pengawal 1 orang yg mengawal; penjaga; pengawas: ~ kampung. 2 orang yg mengawal atau mengetuai sesuatu jabatan kerajaan: ~ Kastam. 3 alat utk mengawal. ~ imbang ist alat utk mengawal sesuatu supaya seimbang. ~ peribadi pengawal atau orang yg tugasnya khas utk mengawal seseorang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kawal | berkawal sedang menjaga keselamatan dll; berjaga:Beberapa orang askar ~ di istana itu . mengawal 1. menjaga supaya selamat; menjaga keselamatan:Penghulu dan anak buahnya berjaga malam ~ kampung. 2. memperhatikan dan menjaga baik-baik (supaya berjalan dgn teratur); mengawasi:Hutan rimba Tanah Melayu dikawal oleh Jabatan Hutan. terkawal dpt dikawal; di bawah jagaan: Walaupun keadaan agak genting, tetapi semuanya ~. kawalan sesuatu yg dikawal (dijaga, diawasi); hasil mengawal: ~ keselamatan akan dijalankan di sepanjang pantai. pengawalan perbuatan mengawal (menjaga, mengawasi). pengawal 1. orang yg mengawal; penjaga; pengawas:~ kampung. 2. orang yg mengawal atau mengetuai sesuatu jabatan kerajaan:~ Kastam. ~ imbang ist alat utk mengawal sesuatu supaya seimbang. ~ peribadi pengawal atau orang yg tugasnya khas utk mengawal seseorang. | Kamus Pelajar |
jaga | (dlm keadaan) tidak tidur; bangun (drpd tidur): Anak itu sudah ~ drpd tidurnya. berjaga 1 tidak tidur kerana sesuatu hal: Ibu itu ~ sampai pagi kerana anaknya sakit kuat. 2 berkawal utk menjaga keselamatan. berjaga-jaga 1 berhati-hati; berwaspada: Ia ~ kalau-kalau pencuri itu datang lagi ke rumahnya. 2 tidak tidur sepanjang malam; merayakan majlis perkahwinan dll siang malam terus-menerus: Maka baginda pun ~ empat puluh hari empat puluh malam utk mengahwinkan puterinya. menjaga 1 mengawasi (supaya selamat atau tidak ditimpa bahaya); mengawal: Polis wanita spt polis lelaki, bertugas ~ keamanan. 2 memelihara; mengasuh: Ia ~ anaknya spt menatang minyak yg penuh. 3 memberi perhatian yg sungguh-sung-guh; mengikhtiarkan; mengusahakan: Jika engkau tinggal di sana, siapa yg akan ~ makan minum engkau? menjagakan membangunkan drpd tidur; menggerakkan; mengejutkan: Ia ~ suaminya apabila terdengar olehnya bunyi orang mengetuk pintu. terjaga 1 terbangun (drpd tidur); terkejut: Ia ~ pd pukul lima pagi lalu pergi mandi. 2 terpelihara; terlindung: Keselamatan mereka sentiasa ~. jagaan kawalan: Orang salah itu di bawah ~ polis. penjagaan perbuatan menjaga (mengawasi, memelihara dll); pengawalan. penjaga 1 orang yg menjaga (memberi perlindungan, memelihara dll): ~ kedai itu orang India. 2 hantu atau orang halus yg dipercayai menunggu sesuatu tempat (pohon, busut dll); penunggu: Orang-orang di situ percaya bahawa busut itu ada ~nya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
jaga | (dlm keadaan) tidak tidur; bangun (drpd tidur):Anak itu sudah ~ drpd tidurnya. berjaga 1. tidak tidur kerana sesuatu hal:Ibu itu ~ sampai pagi kerana anaknya sakit kuat. 2. berkawal utk menjaga keselamatan. berjaga-jaga 1. berhati-hati; berwaspada: Ia ~ kalau-kalau pencuri itu datang lagi ke rumahnya. 2. tidak tidur sepanjang malam; merayakan majlis perkahwinan dll siang malam terus-menerus: Maka baginda pun ~ empat puluh hari empat puluh malam utk mengahwinkan puterinya. menjaga 1. mengawasi (supaya selamat atau tidak ditimpa bahaya); mengawal: Polis wanita spt polis lelaki, bertugas ~ keamanan. 2. memelihara; mengasuh:Ia ~ anaknya spt menatang minyak yg penuh. 3. memberi perhatian yg sungguh-sungguh; mengikhtiarkan; mengusahakan: Jika engkau tinggal di sana, siapa yg akan ~ makan minum engkau? menjagakan membangunkan drpd tidur; menggerakkan; mengejutkan:Ia ~ suaminya apabila terdengar olehnya bunyi orang mengetuk pintu. terjaga 1. terbangun (drpd tidur); terkejut: Ia ~ pd pukul lima pagi lalu pergi mandi. 2. terpelihara; terlindung:Keselamatan mereka sentiasa ~. jagaan kawalan: Orang salah itu di bawah ~ polis. penjagaan perbuatan menjaga (mengawasi, memelihara dll); pengawalan. penjaga 1. orang yg menjaga (memberi perlindungan, memelihara dll): ~ kedai itu orang India. 2. hantu atau orang halus yg dipercayai menunggu sesuatu tempat (pohon, busut dll); penunggu: Orang-orang di situ percaya bahawa busut itu ada ~nya. | Kamus Pelajar |