berlena | sengaja menghabishabiskan masa, berlalai-lalai, berlama-lama, berleka-leka; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berkhayal | 1 berangan-angan; mengelamun. 2 berbuat sesuatu hingga khayal; berleka-leka. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berlena-lena | sengaja menghabishabiskan masa, berlalai-lalai, berlama-lama, berleka-leka; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berkhayal | 1. berangan-angan; mengelamun. 2. berbuat sesuatu sampai khayal; berleka-leka. | Kamus Pelajar |
berlengah | 1. berlalailalai, berlama-lama, berlambat-lambat, bermalas-malas: dgn tiada ~ lagi kami pun menaiki kereta tersebut lalu pergi; 2. berbuat sesuatu utk melalaikan diri, berleka-leka: ia ~ bermain catur; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berlengah-lengah | 1. berlalai-lalai, berlama-lama, berlambat-lambat, bermalas-malas: dgn tiada ~ lagi kami pun menaiki kereta tersebut lalu pergi; 2. berbuat sesuatu utk melalaikan diri, berleka-leka: ia ~ bermain catur; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berlengah-lengah | 1 membuat sesuatu dgn perlahan-lahan; berlambat-lambat; berlama-lama: Dgn tidak ~ lagi, dia pun terjun ke dlm sungai utk menyelamatkan budak itu. 2 berbuat sesuatu utk melalaikan; berleka-leka: Dia ~ bermain catur. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lengah | /léngah/ 1 tidak cepat; lambat. 2 kurang peduli; lalai; cuai. berlengah-lengah 1 membuat sesuatu dgn perlahan-lahan; berlambat-lambat; berlama-lama: Dgn tidak ~ lagi, dia pun terjun ke dlm sungai utk menyelamatkan budak itu. 2 berbuat sesuatu utk melalaikan; berleka-leka: Dia ~ bermain catur. melengah-lengah melakukan sesuatu utk menghibur-hibur hati dsb. ~ hati menghibur hati. ~ waktu mengisi waktu terluang dgn mengerjakan sesuatu. melengahkan melakukan sesuatu supaya lambat; melalaikan; melambatkan. kelengahan hal atau keadaan lengah: ~nya telah menyebabkan dia didenda oleh guru. pelengah orang yg selalu lambat atau lalai dlm pekerjaannya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lena | (léna) 1. lelap, nyedar, nyenyak: aku menelungkupkan mukaku ke bantal lalu ~ semula; 2. leka, lalai, tidak sedar (ingat): semua orang ~, ~ dgn impian masing-masing; 3. lama (waktu), lambat-lambat: tidak berapa ~ ketikanya; berlena, berlena-lena sengaja menghabishabiskan masa, berlalai-lalai, berlama-lama, berleka-leka; melenakan membuat supaya lena, menjadikan lena, melelapkan: dia berpura-pura ~ diri dan membiarkan ia dibawa oleh lakilaki itu; terlena 1. tertidur, tidur lelap: matanya dipejamkan dan dia mula ~ dgn tidak payah dipaksa-paksa; 2. terlupa akan hal-hal lain, terlalai, terleka: beberapa ketika ia ~ memikir-mikirkan masa depannya, ia hanya sedar kembali apabila semboyan kereta api berbunyi; 3. = terlena-lena terlalu asyik atau leka, terlalu suka akan sesuatu; kelenaan 1. (dlm) keadaan yg lena; 2. Id tidak awas-awas, kurang hati-hati. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
khayal | 1 sesuatu yg tidak wujud yg terlukis atau yg timbul dlm fikiran seseorang; angan-angan; fantasi: Sebelum perang dahulu, naik ke bulan merupakan ~ semata-mata. 2 sangat asyik melakukan sesuatu; leka: Kerana terlalu ~ berjudi, ia lupa akan rumah tangganya. berkhayal 1 berangan-angan; mengelamun. 2 berbuat sesuatu hingga khayal; berleka-leka. mengkhayalkan 1 membayangkan atau menggambarkan dlm fikiran; mengangan-angankan: Keindahan dan kemewahan dlm filem itu hanya dikhayalkan saja. 2 menyebabkan khayal; melekakan. khayalan apa-apa yg dikhayalkan; angan-angan; lamunan; fantasi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |