melampirkan | menyertakan atau mengembarkan dgn yg lain (spt surat dll), mengirim bersama: bersama ini dilampirkan sekeping surat permohonan bercuti; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lampir | helai (kertas, surat, muka surat, dll), keping: baru dua tiga ~ aku baca, aku naik jemu; melampiri menyertai dgn yg lain (spt surat dll), mengirimi bersama; melampirkan menyertakan atau mengembarkan dgn yg lain (spt surat dll), mengirim bersama: bersama ini dilampirkan sekeping surat permohonan bercuti; lampiran sesuatu yg dilampirkan (spt surat keterangan dll), tambahan (pd buku, surat, dll): ~ yg dihantar itu telah hilang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bersama | 1. = bersama-sama berserta, bergandingan dgn, serentak dgn: esok harinya Poniem datang ~ anak angkatnya; kami mudik bersama-sama; ~ surat ini anakanda kembarkan wang lima puluh ringgit; 2. semuanya sekali, seluruhnya: tempat perun-dingan itu harus dipersetujui ~ oleh kedua-dua belah pihak; kedua-dua laki isteri itu pun duduk makan ~ dgn penuh selera; 3. utk sesamanya, utk sekaliannya: harta ~; kemakmuran ~; 4. bh melakukan hubungan jenis, bersetubuh: isteri diwajibkan melayani suami apabila dia mahu ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
engkoan | bp syarikat perdagangan bersama, perniagaan bersama. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
engko | (éngko) bp berkawan, bersekutu atau berpakat (dgn), berkongsi berniaga;engkoan bp syarikat perdagangan bersama, perniagaan bersama. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
turut | 1 ikut atau pergi bersama: Saya ~ ke mana-mana saja suami saya pergi. 2 bersama-sama melakukan sesuatu atau bersama-sama ditimpa sesuatu kejadian dsb; tidak terkecuali drpd: Ia ~ mati lemas kerana terperangkap dlm kereta yg tenggelam itu. ~ campur bersama mencampuri urusan atau hal orang lain. ~ serta ikut serta melakukan sesuatu. pak ~ orang yg sentiasa mengikut atau meniru orang lain. berturut berikut atau bersusun dgn teratur. berturut-turut 1 lepas satu, satu; terus-menerus dgn teratur; tidak berselang antara satu dgn yg lain: Pasukan itu telah kalah tiga kali ~. 2 terus melakukan sesuatu dgn tidak henti-henti; berulang-ulang: Ia menembak musuh ~. menurut 1 mencontoh perbuatan orang lain; meniru. 2 patuh atau taat; mengikut apa-apa yg diperintahkan: Ia ~ saja apabila disuruh oleh ketuanya. 3 mengikut dr belakang: Dia sentiasa ~ ke mana saja bapanya pergi. 4 spt yg diberitakan atau spt yg dikhabarkan: ~ akhbar tsb, lebih drpd dua puluh orang telah tercedera dlm kemalangan itu. 5 tidak menyimpang dr jalan tertentu: Kereta api itu berjalan ~ rel. 6 tidak membantah (ttg permintaan, kehendak dll): Ia ~ segala kehendaki isterinya. turut-menurut tidak tentang-menentang; saling menurut. menuruti mengikut seseorang atau sesuatu dr belakang; mengekori. menurutkan mengikut kehendak hati (nafsu dsb); tidak membantah kehendak hati dsb: ~ hati. memperturutkan 1 menjadikan berturut-turut; melakukan sesuatu berkali-kali: Kerana terlalu marah, dia ~ pukulannya terhadap orang itu. 2 membiarkan atau membuat supaya bersama-sama melakukan sesuatu; membiarkan turut: Ketua Pengarah ~ lima orang pegawainya dlm seminar itu. turutan 1 sesuatu yg diturut; teladan. 2 yg berturut-turut atau yg berikut-ikut. 3 yg turut bersama; yg menurut: orang ~ orang yg turut bersama. perturutan hal atau keadaan berturut-turut. penurutan perbuatan (hal dsb) menurut, menuruti atau menurutkan. penurut 1 suka mengikut atau suka menurut; tidak membantah atau tidak melawan; patuh. 2 orang yg menurut; pengikut. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
keperluan bersama | kepentingan bersama; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pengarang bersama | orang yg bersama-sama mengarang (sesebuah buku dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berdua | bersama-sama (dua orang), bersama dgn seorang lagi: Ismail dan Hamidah duduk ~ berbual-bual di serambi; saya ~ dgn adik saya pergi memancing petang semalam; ~ hati ki tidak jujur, mencabangkan kasih; karam ~ basah seorang prb dua orang bersalah, hanya seorang yg dihukum; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berdua | bersama-sama dua orang; bersama dgn seorang lagi: Mereka ~ saja yg tinggal di rumah itu. | Kamus Pelajar |