Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
selekoh (kata nama)
Bersinonim dengan lengkok, kelok, liku, siku, telengkoh, belok, bengkok, enggokan, katelum;,
Kata Terbitan : berselekoh,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
selekoh(selékoh) lengkok, kelok, liku, siku (jalan, sungai, dll): mereka telah menahan Sani di ~ jalan; ~ kota sudut atau penjuru benteng yg menganjur keluar; berselekoh 1. berbelok, berkelok, berliku (jalan raya, sungai, dll): Sungai Pahang ini ~ ke kanan lalu masuk ke Laut China; 2. = menyelekoh membelok, membengkok, ber-ganti arah: bas itu terhuyung-hayang apabila ~; telengkoh.Kamus Dewan Edisi Keempat
berselekoh1. berbelok, berkelok, berliku (jalan raya, sungai, dll): Sungai Pahang ini ~ ke kanan lalu masuk ke Laut China; 2. = menyelekoh membelok, membengkok, ber-ganti arah: bas itu terhuyung-hayang apabila ~; telengkoh.Kamus Dewan Edisi Keempat
berkelok-kelok1. banyak liku, berselekoh­-selekoh (jalan bengkang-bengkok): jalan ke tempat itu ~; 2. membelok berkali-kali (ke kanan dan ke kiri): kapal itu belayar sambil ~ utk menghindarkan serangan kapal selam;Kamus Dewan Edisi Keempat
liku I1. selekoh (pd jalan, sungai, dll), kelok, siku: tiap ~ jalan diturut; 2. tempat terpencil, ceruk: segala ~ dan ceruk di hulu sungai itu diingatinya; segala ~ dan ceruk pedalaman; ~-~ hidup = ~-~ kehidupan dugaan dan kesengsaraan dlm hidup: perlunya Islam dijadikan sbg obor yg menerangi ~-~ kehidupan; berliku-liku berbelok-belok, berkelok-kelok, berselekoh-selekoh: di sebelah kiri jalan itu mengalir sebatang sungai yg ~ pula; melikukan menyebabkan menjadi liku: air yg deras mengalir, menyimpang, dan ~ sungai menjadi lurah.Kamus Dewan Edisi Keempat
kelok(kélok) liku, selekoh (jalan): setelah ia hilang di ~ jalan, barulah kedua-duanya berpaling arah ke dlm rumah; kelang-~ berliku-liku (bkn jalan, sungai); berkelok = mengelok bertukar haluan (ke kanan atau ke kiri), berbelok, membelok: Tuan Hess ~ ke lorong arah pintu salun diikuti oleh Encik Ramli; berkelok-kelok 1. banyak liku, berselekoh­selekoh (jalan bengkang-bengkok): jalan ke tempat itu ~; 2. membelok berkali-kali (ke kanan dan ke kiri): kapal itu belayar sambil ~ utk menghindarkan serangan kapal selam; mengelok berkelok; mengelokkan 1. menjadi melengkung, melengkungkan, membengkokkan: ~ dawai; 2. mengubah haluan (ke kanan atau ke kiri), membelokkan.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas