Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bertalak

Puisi
 

Selasih bertambak tidak,
     Bubuh daun di balik geta;
Bercerai kasih bertalak tidak,
     Seribu tahun berbalik juga.


Lihat selanjutnya...(7)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
bercerai1. tidak bersatu (bercampur, berkumpul, bersama) lagi, berpisah, berpecah: malam ini kita berkampung, malam esok kita ~; 2. terputus hubungan atau pertalian sbg suami isteri: mereka yg menjalani perkahwinan yg dipaksa-paksa spt itu, ~ juga akhirnya; ~ susu berhenti menetek; ~ tidak bertalak, bernikah tidak berkadi = ~ tidak bertalak, kembali tidak berkadi prb perhu­bungan jenis lelaki perempuan yg tidak sah (spt pelacuran dll);Kamus Dewan Edisi Keempat
cerai1. pisah, sarak; 2. tidak sbg suami isteri lagi, sudah putus perhubungan sbg suami isteri, talak: ia tidak dapat berbuat apa-apa selain meminta ~ dan menyuruh suaminya mengahwini gadis itu; ~ susu sudah berhenti menetek; ~ taklik cerai antara suami isteri dgn janji (spt gugurnya talak dgn sendiri kalau di darat enam bulan, ke laut setahun, berita tidak kedengaran); ~ tembilang cerai antara suami isteri kerana salah seorang meninggal; bercerai 1. tidak bersatu (bercampur, berkumpul, bersama) lagi, berpisah, berpecah: malam ini kita berkampung, malam esok kita ~; 2. terputus hubungan atau pertalian sbg suami isteri: mereka yg menjalani perkahwinan yg dipaksa-paksa spt itu, ~ juga akhirnya; ~ susu berhenti menetek; ~ tidak bertalak, bernikah tidak berkadi = ~ tidak bertalak, kembali tidak berkadi prb perhu­bungan jenis lelaki perempuan yg tidak sah (spt pelacuran dll); bercerai-cerai, bercerai-ceraian berpecah-­pecah, berpisah-pisah; menceraikan 1. = memperceraikan a) men­jadikan tidak bercantum (bersatu, berhubung­an) lagi: jiwa paman akan beta ceraikan dgn badan paman; baiklah kepalaku perceraikan dgn badanku; b) meleraikan (orang berga­duh, bertumbuk, dll); 2. memutuskan perhu­bungan sbg suami isteri, menggugurkan (men­jatuhkan) talak: Dollah kena acum, sebab itulah dia ~ isterinya; 3. memberhentikan (anak drpd menetek), menyapih, menyarak; mencerai-ceraikan menjadikan atau menye­babkan bercerai-cerai, memisah-misahkan: gunakan dua garpu utk ~ daging yg telah direbus; tercerai terpisah, tidak terkumpul, terasing: bahan-bahan utk penyelidikan itu ~-cerai di sana sini; ceraian 1. bahagian atau fasal kecil (dlm undang-undang, penyata, surat perjanjian, dll); 2. bahagian drpd tulisan (cetakan dll) yg nampak tercerai drpd bahagian lain, perenggan; perceraian 1. perpisahan, perpecahan; 2.perihal (kejadian) bercerai (antara suami isteri); penceraian perihal (perbuatan) menceraikan.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas