Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.te.mu] | برتمو

Definisi : 1. berjumpa (dgn), bersua (dgn), tersua: dia ~ dgn anak muda itu ketika menonton filem; 2. berhadapan muka (dgn), bersemuka (dgn): terlebih baik aku ~ dgn harimau drpd ~ dgn bapaku; 3. memperoleh (barang yg dicari dll), mendapat, menjumpai: ia mencari air tetapi tidak juga ~; 4. = ~ pd (di) ada di, terdapat di, kedapatan: tidak akan ~ air tawar di kawasan ini; 5. bersambung atau berhubungan menjadi satu (sungai dgn sungai dll): maka adalah khabarnya hulu Sungai Terengganu itu ~ dgn hulu Sungai Kelantan; kain panjang yg tidak berjahit ~; 6. cocok (perkataan dgn perbuatan dll), sesuai, benar-benar berlaku (ramalan, dugaan, dll), tercapai (cita-cita), berhasil, sampai: akhirnya cita-citanya itu ~ juga; 7. mendapat bahaya dll, kena: dlm dunia perkahwinan kau nanti ~ sedikit-sedikit kesulitan dan masalah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.te.mu] | برتمو

Definisi : 1 berjumpa (dgn); ber­sua (dgn): Dlm perjalanan itu, me­reka ~ dgn seekor harimau. Kemudian, Tun Mamat ~ dgn sebuah taman yg terlalu indah buatannya. 2 beroleh atau mendapat sesuatu yg dicari: Ia mencari air tetapi tiada juga ~. 3 berhubung atau bercantum menjadi satu (ttg sungai dll): Khabarnya, hulu Sungai Terengganu itu ~ dgn hulu Sungai Kelantan. ~ dgn maut meninggal dunia; mati. ~ muka berhadapan muka; bersua. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
temu
Kata Terbitan : bertemu, menemui, menemukan, mempertemukan, pertemuan, penemuan, penemu,

Puisi
 

Hendak berlengu boleh berlengu,
     Hendak berlengu Padang Seberang;
Hendak bertemu boleh bertemu,
     Hendak bertemu sesama seorang.


Lihat selanjutnya...(62)
Peribahasa

Bertemu mura dengan tedung.

Bermaksud :

Sama-sama pandai dan sama-sama kuat. mura = ular yang sangat bisa.

 

Lihat selanjutnya...(37)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
temu bualtemu ramah, wawancara, interviu; bertemu bual bertemu ramah, berwawan­cara; menemu bual menemu ramah, mewawan­cara, menginterviu: wartawan-wartawan sedang ~ Perdana Menteri; penemubual penemu ramah, pewawancara, penginterviu.Kamus Dewan Edisi Keempat
berwawancarabersoal jawab antara wartawan dgn orang yg terkemuka dll, bertemu ramah, bertemu bual;Kamus Dewan Edisi Keempat
bertemu bualbertemu ramah, berwawan­cara;Kamus Dewan Edisi Keempat
wawancarasoal jawab antara wartawan dsb dgn orang yg terkemuka dll utk mendapatkan keterangan (pandangan dsb) utk disiarkan, temu ramah, temu bual, interviu; berwawancara bersoal jawab antara wartawan dgn orang yg terkemuka dll, bertemu ramah, bertemu bual; mewawancara, mewawancarai meng­adakan (melakukan) wawancara, menemu­ramah, menemu bual, menginterviu: dr siang tadi sampai petang ini rajin sekali doktor Robert Winata memeriksa sambil mewawancarai diriku; sebuah akhbar mingguan telah ~ beberapa orang pemuda bukan Melayu; pewawancara orang (wartawan dsb) yg mewawancara, penemu ramah, penemu bual, penginterviu.Kamus Dewan Edisi Keempat
berhadapan1. = ~ dgn bertentangan (dgn), bersemuka (bertemu muka) dgn: maka ~lah kedua-dua pihak rakyat itu lalu berperang; dia duduk ~ dgn saya; ~ manis mulutnya bila bertemu muka; manis mulutnya; ~ muka bertemu muka; 2. = berhadap-hadapan ber­ten­tangan hadap satu sama lain, berdekatan dan bertentangan: mereka duduk dua baris ~; memuji atau mengeji biarlah dibuat ~;Kamus Dewan Edisi Keempat
bertemu mukaberhadapan muka; bersua.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bertemu dgn mautmeninggal dunia; mati.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bertemu1 berjumpa (dgn); ber­sua (dgn): Dlm perjalanan itu, me­reka ~ dgn seekor harimau. Kemudian, Tun Mamat ~ dgn sebuah taman yg terlalu indah buatannya. 2 beroleh atau mendapat sesuatu yg dicari: Ia mencari air tetapi tiada juga ~. 3 berhubung atau bercantum menjadi satu (ttg sungai dll): Khabarnya, hulu Sungai Terengganu itu ~ dgn hulu Sungai Kelantan. ~ dgn maut meninggal dunia; mati. ~ muka berhadapan muka; bersua.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bertemu dugabertanya jawab (antara pe­mohon kerja dgn majikan, antara wartawan dgn tokoh politik dll): bila-bila sahaja dia boleh datang ~ dgn penarik-penarik beca yg benar-benar tahan lasak itu;Kamus Dewan Edisi Keempat
bertemu waktudr satu waktu hingga ke waktu yg sama pd hari yg lain (dlm sembahyang);Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas