Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
ulang (kata kerja)
Bersinonim dengan sekali lagi, lagi sekali, melakukan kembali;,
Kata Terbitan : berulang, berulang-ulang, mengulang, ulangan, ulang alik, berulang alik,

Peribahasa

Anjing itu,
     meskipun dirantai dengan rantai emas,
nescaya berulang-ulang juga ia ke tempat najis.

Bermaksud :

Orang jahat, biarpun diberi kesenangan, namun kalau mendapat kesempatan akan diulangnya juga perbuatan jahatnya itu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Arang itu, jika dibasuh dengan air mawar sekalipun, tiada akan putih, b. Gagak dimandikan tujuh kali sehari pun, takkan putih bulunya, c. Habis air setelaga, arang dibasuh tak putih).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
derakbunyi spt bunyi dahan patah (buluh dibelah, daun pintu bersanggit, dll), bunyi berkertak; ~-derik bunyi derak berulang kali; berderak berbunyi berkertak, mengeluarkan bunyi derak; ~-derik berderak berulang kali; berderak-derak berbunyi berkertak-kertak, berderak berulang kali; menderak-derak, menderak-derakkan me­­nge­­luarkan bunyi kertak (dgn geraham), membunyikan kertak (dgn geraham), ber­teriak: gembiralah, pekiklah, dan derak-deraklah suara itu agar kamu mencapai kepuasan yg setinggi-tingginya; derakan bunyi derak (kertak).Kamus Dewan Edisi Keempat
derak-derikbunyi derak berulang kali; berderak-derik berderak berulang kali.Kamus Dewan Edisi Keempat
menyuruh-nyuruhmenyuruh berkali-kali (berulang kali), mendesak-desak (supaya seseorang melakukan sesuatu): dia menjawab itu spt disuruh-suruh oleh kuasa yg dia tidak tahu dr mana datangnya;Kamus Dewan Edisi Keempat
menari ganda-bergandamenari berkali-kali (berulang kali);Kamus Dewan Edisi Keempat
ganda-bergandaberlipat-lipat banyaknya, beberapa kali lebih banyak drpd jumlah asal (atau sesuatu jumlah): mendapat keuntungan yg ~; menari ~ menari berkali-kali (berulang kali);Kamus Dewan Edisi Keempat
deram I= deraman bunyi yg kuat menggegar spt bunyi gendang besar (aum harimau, guruh, dll); ~-derum bunyi deram yg berulang kali; berderam = menderam berbunyi dgn kuat (spt bunyi gendang besar, guruh, enjin kereta, dll), bergemuruh: sesekali guruh menderam di sebelah barat; ~-derum berderam (berbunyi deram) berulang kali.Kamus Dewan Edisi Keempat
berganda-gandaber­lipat-lipat banyaknya, beberapa kali lebih banyak drpd jumlah asal (atau sesuatu jumlah): mendapat keuntungan yg ~; menari ~ menari berkali-kali (berulang kali);Kamus Dewan Edisi Keempat
renjis Ipercik, recik; merenjis mengenakan air dgn memercik­kannya: kain-kain direnjis dgn air sebelum diseterika; merenjis-renjis merenjis beberapa kali atau berulang kali: dgn cermat, dia ~ pokok bunga itu dgn air; merenjiskan memercikkan, merecikkan: istiadat ~ tepung tawar dan menabur beras kunyit; merenjis-renjiskan merenjiskan beberapa atau berulang kali: seorang wanita kelihatan sedang ~ air pd mempelai lelaki yg baru tiba itu; renjisan bahan yg direnjiskan, percikan: ~ air mawar; perenjisan perihal (perbuatan, tindakan dsb) merenjis, merenjiskan atau merenjis-renjis­kan (air dsb): ~ air mawar pd kedua-dua mempelai; perenjis 1. alat utk merenjiskan; 2. orang yg merenjis.Kamus Dewan Edisi Keempat
berkali-kaliberulang kali; kerap atau acapkali; sering; selalu: Mereka membunyikan hon kereta ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mengecupimengecup berulang kali atau utk beberapa ketika: maka Tun Tuah pun tersenyum-senyum seraya dikecupinya akan pustakanya itu; ®kucup.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas