berumah tangga | berkahwin (sama ada beristeri atau bersuami). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berumah | 1 mempunyai atau memiliki rumah. 2 tinggal atau duduk di: Dia tidak suka ~ di pekan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berumah tangga | 1. mengurus rumah tangga, berkeluarga: pendapatan dan umurnya sudah cukup utk dia ~; 2. berkahwin (beristeri atau bersuami): sebelum aku mati mahulah aku melihat engkau ~ dulu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berumah tinggal | diam (tinggal) di: ia lebih suka ~ di Ulu Langat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berumah tangga | berkahwin (sama ada beristeri atau bersuami). | Kamus Pelajar |
berumah | 1 mempunyai atau memiliki rumah. 2 tinggal atau duduk di: Dia tidak suka ~ di pekan. | Kamus Pelajar |
diam II | duduk (tinggal, berumah): Saya ~ di Kuala Lumpur di rumah kakak saya. mendiami berumah di; bertempat tinggal di; menghuni: Siapa yg ~ rumah itu sekarang? kediaman, = tempat ~ tempat tinggal (duduk dll): rumah (pondok dll) yg diduduki: ~ orang tua itu ialah pondok buruk di tepi tasik. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
diam II | duduk (tinggal, berumah): Saya ~ di Kuala Lumpur di rumah kakak saya. mendiami berumah di; bertempat tinggal di; menghuni: Siapa yg ~ rumah itu sekarang? kediaman, = tempat ~ tempat tinggal (duduk dll): rumah (pondok dll) yg diduduki: ~ orang tua itu ialah pondok buruk di tepi tasik. | Kamus Pelajar |
berumah | 1. mempunyai (memiliki) rumah: seorang muda yg berkedudukan tinggi, berbudi bahasa, dan ~ besar; 2. = ~ tinggal diam (tinggal) di: ia lebih suka ~ di Ulu Langat; 3. = berumah tangga; bagai ~ di tepi tebing prb selalu tidak aman hatinya (selalu keluh-kesah dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
diam II | tinggal (duduk, berumah, bertempat) di: saya ini hanya budak miskin, ~ di hulu negeri; ~ berdagang tinggal (hidup) merantau; ~ di bandar tak meniru, ~ di laut asin tidak prb hal orang yg tidak mahu belajar supaya maju walaupun tinggal di tempat yg ramai; mendiami, mengediami ark bertempat tinggal di, berumah di, menduduki: mulai drpd tarikh itu, bandar Brunei telah menjadi bandar yg didiami oleh orang Jepun sahaja; tidak ada siapa yg sanggup ~ rumah itu; kediaman = tempat ~ tempat tinggal (duduk dll), rumah (pondok, gua, dll) yg diduduki: setelah selesai sembahyang, mereka pun pulang ke tempat ~ masing-masing; di sana sini terdapat rumah-rumah yg besar tersergam, tempat ~ orang besar-besar dan orang kaya-kaya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |