Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bintang filem lelaki


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
seniman2 bintang filem lelaki.Kamus Pelajar
seni II2 bintang filem lelaki.Kamus Pelajar
seniman1 orang yg mencipta sesuatu hasil seni spt pelukis, penyair. 2 bintang filem lelaki.Kamus Pelajar Edisi Kedua
seniman1. orang yg mempunyai bakat seni dan dapat mencipta hasil seni serta dapat memperagakan hasil seninya itu (spt pelukis, penyair, penyanyi, dll); 2. bintang filem (lelaki) yg telah lama melibatkan diri dlm perfileman dan telah mencapai tahap yg ter-tentu: ~ Mustafa Maarof; S~ Agung seniman yg paling tinggi kedudukannya: S~ Agung P. Ramlee; kesenimanan hal (sifat, ciri, dll) yg ber-kaitan dgn seniman.Kamus Dewan Edisi Keempat
seni II1 kecekapan atau kepandaian membuat sesuatu yg indah-indah. 2 hasil karya yg dicipta dgn kebolehan atau dgn kepandaian yg luar biasa; hasil drpd sesuatu ciptaan. ~ bina (bangunan) seni ttg pembuatan bangunan. ~ drama seni ttg lakonan pentas (sandiwara). ~ jarum kepandaian dlm hal jahit-menjahit atau sulam-menyulam. ~ halus cabang seni dan karya seni yg mempunyai nilai keindahan dan memberikan kepuasan cita rasa kpd peminatnya, spt lukisan, muzik, puisi dan ukiran. ~ kata susunan kata yg indah-indah (dlm sesebuah lagu dll). ~ lukis kepandaian dlm hal lukis-melukis. ~ pahat (ukir) kepandaian membuat ukiran. ~ suara seni ttg suara dan lagu. ~ tari seni ttg tari-tarian. kesenian segala sesuatu yg berkaitan dgn seni: ilmu ~ (seni) pengetahuan ttg seni secara umum. seniman 1 orang yg mencipta sesuatu hasil seni spt pelukis, penyair. 2 bintang filem lelaki.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kulit I1. tisu nipis yg membaluti tubuh (manusia atau binatang): ~nya hitam manis; binatang ini tidak mudah dilukai senjata tajam kerana tebal ~nya; bersalin ~ bertukar kulit (bkn ular dll); penyakit ~ penyakit pd kulit (spt kudis, kusta, dll); 2. bahagian luar yg membaluti isi buah (batang pokok, isi telur, dll): ~ bawang; ~ nangka; ~ kayu; 3. pembalut tubuh binatang yg telah ditanggalkan dan dikeringkan (utk dibuat beg, kasut, dll): kasut ini dibuat drpd ~ buaya; beg ~ beg yg dibuat drpd kulit binatang; 4. bahagian di sebelah luar buku dll (biasanya lebih tebal drpd kertas halamannya): gambar seorang bintang filem menghiasi ~ majalah itu; ~ keras kulit (buku) yg dibuat drpd kadbod atau kertas yg tebal; ~ lembut kulit (buku) yg dibuat drpd kertas yg tidak tebal dan tidak keras; 5. yg nampak dr luar, garis-garis kasar, butir-butir yg tidak mendalam: adat istiadat Belanda diajarkan juga, tetapi hanya ~nya, tiada mendalam; terjemahan ~ terjemahan erti perkataan-perkataannya (tidak berdasar­kan maksudnya); ~ adam bahagian pangkal kuku yg berwarna putih dan berbentuk bulan sabit (bunga kuku); ~ ari a) kulit atau selaput nipis (yg membaluti beras, isi kelapa, dll); b) kulit luar; ~ basah kulit binatang yg belum dikeringkan; ~ berwarna = ~ hitam (orang atau bangsa) yg bukan berkulit putih spt orang Eropah; ~ buatan (imitasi, tiruan) barang buatan yg nipis yg menyerupai kulit; ~ bumi lapisan sebelah luar bumi yg terdiri drpd batu habluran dll; ~ daging saudara-mara, kaum keluarga; ~ dalam lapisan kulit sebelah dalam di bawah lapisan kulit luar; ~ karah kulit kura-kura (labi-labi); ~ kayu manis sj kulit kayu yg dijadikan ramuan masakan; ~ kerang (siput dll) benda keras yg membungkus kerang dll (sbg tempat berlin­dung), rumah kerang (siput dll); ~ khatan kulit pd hujung kemaluan lelaki; ~ kuih lapisan (kepingan) nipis dibuat drpd adunan tepung (utk membungkus inti atau isi kuih); ~ langsat warna (kulit manusia) yg putih kekuning­kuningan; ~ luar lapisan kulit (pd daging atau tumbuhan yg di sebelah luar); ~ manis lapisan jaringan atau tisu pd pokok (di antara kulit kayu dan batangnya); ~ mati kulit yg tidak berasa; ~ perisai lapisan tipis di sebelah atas kulit luar tumbuhan (utk melindunginya drpd air dan gas); ~ putih (bangsa, orang) yg berke­turunan Eropah; ~ renang kulit yg menghu­bungkan jari-jari itik (katak dll); ~ sawo matang (coklat) (bangsa) yg kulitnya berwarna coklat; ~ babi yg tersungkup di kepala orang prb mendapat malu; buka ~ ambil isi prb perun­dingan secara terus terang (tidak berkias-kias lagi); kalau tak ~ leraklah (lerailah) tulang = tinggal tulang dgn ~ prb sangat kurus (tubuhnya); tebal ~ muka prb tidak malu; berkulit mempunyai kulit: pemuda itu berambut ikal dan ~ hitam manis; ~ badak bp tidak bermalu, tidak berperasaan; mengulit 1. mengganti kulit (bkn ular dll), bersalin kulit; 2. menjadi kulit, tumbuh kulit­nya; 3. Id mengupas kulit kepala; menguliti 1. memberi berkulit, membalut (bu­ku dll) dgn kulit; 2. menyiat atau mengupas kulit (lembu dll); kekulit bahan spt kulit; perkulitan tempat menyamak kulit; pengulitan (Hut) proses menanggalkan (membuang) kulit drpd batang pokok atau kayu balak (secara manual atau dgn mesin pengulit).Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas