bersyarat | ada syaratnya, dgn syarat, (dgn) disertai sesuatu syarat, menjadikan (sbg) syarat: dia sendiri terasa betapa bodohnya dia mengaku kalah tanpa ~ itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bukan-bukan | 1. mustahil, tidak munasabah, tidak beralasan, tidak benar: fitnah yg ~;memikirkan perkara yg ~; bertanya yg ~; melepaskan kata nista yg ~; 2. amat sangat: ~ bodohnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dahsyat | 1. menakutkan, mengerikan: mencapai sesuatu dgn membunuh orang ialah cara yg sangat ~ dan mengerikan; kemalangan jalan raya yg ~; 2. Kl takut (ketakutan), ngeri: takut dan ~lah ia; 3. hebat, amat sangat, terlampau (hebatnya, kuatnya, bisingnya, bodohnya, mahalnya, dll): ~ betul engkau ini, engkau lebih tolol drpd adikmu; letupan yg ~ kuatnya; ~ betul harga barang-barang di kedai itu; mendahsyat menghebat, menjadi-jadi: peperangan semakin ~; mendahsyatkan 1. menimbulkan rasa takut atau ngeri, menakutkan, mengerikan: keadaan yg sebenarnya sangat ~ hatinya; 2. menghebatkan, memburukkan, menerukkan: kejadian-kejadian demikian ~ lagi keadaan; memperdahsyat 1. menjadikan bertambah takut atau ngeri; 2. menjadikan lebih teruk atau hebat, memperhebat; kedahsyatan 1. ketakutan, kengerian; 2. kehebatan: ~ serangan yg dilancarkan; 3. kehairanan, keajaiban: mereka melihat keindahan dan ~ dunia di sekeliling mereka. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
helang | sj burung liar yg biasanya menyambar ayam; ~ belalang, Microhierax fringillarus; ~ hindik, Spizaetus cirrhatus; ~ laut = ~ siput sj burung helang, Heliaeetus leucogaster; ~ malam sj burung helang, Machaerhampus alcinus; ~ merah, Haliastur indus; ~ sewah sj burung helang, Accipiter gularis; ~ terbang mengawan, agas hendak mengawan juga prb orang miskin mahu meniru kelakuan orang kaya; kalau tak ada ~ belalang menjadi ~ prb kalau orang pandai tidak ada, orang bodoh mengaku dirinya pandai; spt ~ menyongsong angin prb gagah dan berani apabila menentang musuh; cerdik ~ bingung si kikih, lamun murai terkecoh jua prb biarpun cerdik atau bodohnya orang besar-besar, orang yg rendah jua yg terpedaya (menanggung rugi); sepantun ~ dgn ayam, lambat laun disambar juga prb jika berhampiran sesuatu yg berlawanan itu akhirnya terjadi juga sesuatu yg tidak baik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bukan | 1. = bukannya sebenarnya tidak, berlainan drpd yg sebenarnya: anak itu ~ bodoh tetapi malas; ini ~ kali pertama ia datang ke mari; ~ begitu cara membuat kerja; 2. utk menyatakan pertanyaan yg mengeraskan dugaan (pd akhir ayat): ini bukumu, ~? ~ barang-barang(sebarang) bukan biasa (sahaja); ~ buatan (kepalang, main) amat sangat; ~ logam unsur yg lain drpd logam; bukankah = bukantah apakah bukan; sebukan; seia ~ seia sekata;bukan-bukan 1. mustahil, tidak munasabah, tidak beralasan, tidak benar: fitnah yg ~; memikirkan perkara yg ~; bertanya yg ~; melepaskan kata nista yg ~; 2. amat sangat: ~ bodohnya; membukankan menafikan, memungkiri, mengingkari: mereka ~ ajaran Nabi Muhammad. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
syarat | 1. tuntutan (permintaan) yg mesti dipenuhi, jaminan, janji: jika orang yg meminang itu tidak dapat menunaikan tanda bertunang itu, maka segala ~-~ yg telah dipersetujui dahulu dibatalkan; 2. segala yg diperlukan (utk mencapai sesuatu yg dimaksudkan dll): ~ yg paling mustahak utk menamatkan perselisihan itu ialah kemahuan dan kesediaan utk berselesai; 3. ketentuan (rukun, peraturan, dll) yg mesti dipatuhi: Islamkah engkau kalau engkau tidak mengikut ~-~ dan undang-undang yg diwajibkan atas seorang Islam? 4. bayaran (barang dll) yg perlu kpd guru silat (bomoh dll); ~ mutlak syarat yg tidak boleh tidak dipenuhi; bersyarat ada syaratnya, dgn syarat, (dgn) disertai sesuatu syarat, menjadikan (sbg) syarat: dia sendiri terasa betapa bodohnya dia mengaku kalah tanpa ~ itu; mensyaratkan menuntut (meminta) sbg syarat, mengenakan syarat, menjadikan (sbg) syarat: PBB telah ~ bahawa negara anggota yg tidak membayar hutang sampai tiga tahun dgn sendirinya akan gugur haknya utk mengundi; pensyaratan proses mengenakan syarat: pelbagai disiplin memerlukan ~ yg lain pd ciri sosiologi sastera. | Kamus Dewan Edisi Keempat |