hilang akal | a) tidak boleh berfikir lagi, tidak tahu apa yg harus dibuat; b) agak gila (kerana hairan, kalah bertengkar, dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
panjang akal (ingatan, kira-kira) | tidak sempit (pendek) akal, boleh berfikir baik-baik; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
panjang I | 1. lwn pendek: tali itu ~; penselnya masih ~ lagi; 2. lwn lebar, bujur: mukanya ~; 3. tinggi: badannya ~ lampai; 4. berlarut-larut, luas: cerita yg ~; berfikir ~; 5. lama: ~ umurnya; 6. jarak dr hujung ke hujung (di antara dua tempat), lwn lebar: ~ sebuah bilik tiga meter lebih drpd lebarnya; 7. jarak masa, lama: ~ waktu siang di khatulistiwa sentiasa selama 12 jam; ~ akal (ingatan, kira-kira) tidak sempit (pendek) akal, boleh berfikir baik-baik; ~ bulat panjang dan bulat (spt buluh), bulat torak; ~ ekor berani berbuat jahat (melanggar peraturan); ~ gelombang (Fiz) jarak di antara dua puncak gelombang yg bersebelahan; ~ ikatan (Kim) jarak di antara dua nukleus atom yg terikat bersama dlm satu sebatian; ~ lampai kecil tinggi (badan); ~ lanjut (lebar) dgn butir dan keterangan yg banyak; ~ lidah (mulut, muncung) suka mengadu atau menyampai-nyampaikan cakap orang, suka menceritakan hal orang; ~ nafas tidak pendek nafas, boleh berlari jauh; ~ pendek panjang atau pendek; ~ tangan suka mencuri; ~ tangkai Mn hujan; ~ umur (usia) lama hidup; ~ langkah singkat pinta (permintaan) prb sudah sampai ajal, meninggal dunia; ditindih yg berat dililit yg ~ prb kemalangan yg tidak dapat dielakkan; hendak ~ terlalu parah prb hendak meninggikan diri sangat, akhirnya jatuh; kalau ~ beri beruas, kalau pendek beri berbuku prb sebelum berbuat sesuatu tentukan aturan-aturannya supaya tidak kacau; mendapat ~ hidung prb mendapat malu; sama ~ dgn urat perut (belikat) prb terlalu bohong; sudah ~ langkahnya prb sudah meninggal; sepanjang 1. sejauh, mengikut panjang: matanya menyelusur ke ~ tembok itu; ia pun menyuruh membuat kubu ~ sungai itu; 2. segenap waktu, selama, seluruh: ~ perjalanan itu mereka terus berbual-bual; ia memandang muka kawannya yg ~ masa tunduk sahaja; ~ tahun selama setahun penuh; 3. mengikut, pada: ~ pengetahuan saya, penyakit ini tiada namanya dlm bahasa Melayu; ~ yg ketahui oleh mereka; berpanjang; ~ kalam menceritakan dgn lanjut (panjang lebar); ~ madah bercakap banyak-banyak; berpanjang-panjang bercakap dgn panjang lebar: janganlah saudara ~ kerana kita sudah tidak ada masa lagi; berpanjangan, berpanjang-panjangan berlanjut-lanjut, berlanjutan, tidak berkeputusan, berterus-terusan: inginkah saudara soal ini diusut berpanjang-panjangan; kemesraan yg ~; memanjang 1. menjadi panjang (lanjut): spring itu ~; tepuk tangan yg ~; 2. mengikut panjang, membujur: potong sekeping kain ikut tepi atau ~; 3. terletak dll mengikut panjang, tidak melintang: di ampaian di tepi beranda yg ~ bangunan itu bergantungan pakaian kerja; memanjangkan 1. menjadikan panjang, melanjutkan, meneruskan: dan Tuk Hassan Temenggung yg pertama melabuhkan baju Melayu, dan membesarkan pangkal lengan, dan ~ tangan baju; aku bersyukur kpd Tuhan yg telah ~ umurku; keadaan ini akan menyebabkan pemulihan ekonomi tidak dapat dikekalkan serta ~ kemelesetan yg sedang berlaku; 2. menyampaikan: segala keputusan yg dibuat akan dipanjangkan kpd kerajaan; memperpanjang menjadikan lebih panjang: jalan-jalan raya akan dibina, diperpanjang, dan diperlebar dlm kawasan-kawasan yg berpenduduk padat; panjangan lanjutan; kepanjangan 1. perihal panjang (lama dll), kelanjutan: kata pengantar yg ditulisnya itu memang panjang, satu ~ yg disengajakan; 2. terlalu panjang: nampak seolah-olah kaki dan lengannya ~; berkepanjangan berpanjang-panjangan, berpanjangan: abang memohon doa yg ~ drpd engkau; zaman yg ~; pemanjangan perihal atau perbuatan memanjang(kan): Hukum Hooke menyatakan bahawa ~ dawai atau spring itu adalah berkadar dgn beban pd dawai-dawai atau spring itu; pemanjang sesuatu yg memanjangkan: huruf ~ bunyi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
habis-habis | 1. hingga habis kesemuanya (keseluruhannya dll); cakaplah (katakanlah) ~ cakaplah (katakanlah) segala-galanya (dgn tidak menyembunyikan sedikit pun); berfikir ~ berfikir masak-masak (dgn memperhitungkan segala-galanya); tak ~(nya) tidak putus-putusnya, tidak ada kesudahannya; 2. paling-paling, (yg) sebanyak-banyaknya (sebesar-besarnya dsb): orang-orang tua apa boleh dibuat mereka, ~ mereka meratap, ~ mereka memaki-maki; memakan ~ menyorok hilang-hilang prb merahsiakan sesuatu biarlah sampai tidak diketahui orang sedikit pun; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hilang | 1. tidak kelihatan lagi, lenyap, tiada lagi: kebakaran itu telah menyebabkan dua belas keluarga ~ rumah mereka; takkan Melayu ~ di dunia; 2. tidak ada lagi sesuatu perasaan (spt marah, benci, suka, dsb), kepercayaan, pertimbangan, dsb: perasaan marahnya masih belum ~ lagi; orang ramai telah ~ kepercayaan terhadapnya; dia telah ~ perhitungan dan terus menikam lawannya; 3. tidak dikenang lagi, telah dilupakan, lenyap: jasanya yg bertahun-tahun ~ begitu sahaja akibat perbuatannya yg tidak amanah itu; 4. (bkn suara) tidak dapat dikeluarkan: suaranya ~ kerana terlalu banyak bercakap; 5. (bkn bunyi, suara, dsb) tidak ada atau tidak kedengaran lagi: bunyi siren itu semakin lama semakin ~ drpd pendengaran kami; 6. mati, mangkat, meninggal: adapun ia hidup kemudian drpd makzulnya sembilan tahun, setelah itu ia pun ~; ~ akal a) tidak boleh berfikir lagi, tidak tahu apa yg harus dibuat; b) agak gila (kerana hairan, kalah bertengkar, dll); ~ dara sudah tidak dara lagi (bkn gadis yg telah dinodai); ~ harapan tidak mempunyai harapan lagi; ~ hayat, padam jiwa mati; ~ ingatan = ~ fikiran = ~ arwah = ~ semangat a) pengsan; b) tidak berakal lagi; ~ malu tidak ada perasaan segan (melakukan pekerjaan yg hina lagi keji); ~ nyawa mati; ~-~ timbul a) tidak kelihatan (kedengaran) nyata; b) sebentar ada sebentar tiada; ~ adat tegal muafakat prb adat boleh diubah dgn persetujuan orang ramai; ~ bini boleh dicari ~ budi badan celaka prb fikiran yg jahat akan membahayakan diri sendiri; ~ dicari, terapung direnangi, terbenam diselami prb a) memeriksa sesuatu dgn cermat; b) menolong orang yg sedang kesusahan; ~ di mata, di hati jangan prb walaupun berjauhan tempat tinggal, tetapi selalu diingat dlm hati; ~ ikan dlm kerabu prb kejahatan akan hilang jahatnya apabila tiap-tiap orang ikut mengerjakannya; ~ jasa beliung, timbul jasa rimbas prb lain orang yg berbakti, lain pula orang yg dipuji; ~ kabus, teduh hujan prb mendapat kesenangan setelah menderita kesusahan; ~ kepala kura-kura ditelan oleh dadanya prb orang yg hina tetapi berilmu tetap akan dihormati ramai; ~ kilat dlm kilau prb kepandaian (kebesaran) seseorang tidak kelihatan apabila ia bergaul dgn para cerdik pandai (orang-orang besar); ~ pelanduk berganti kijang emas prb perempuan yg bercerai dgn suaminya yg hina kemudian berkahwin dgn lelaki yg mulia; ~ rona kena penyakit, ~ bangsa tidak berwang prb orang yg tidak berharta kurang dihargai ramai; ~ sepuh nampak senam prb kejahatan seseorang diketahui apabila terbuka rahsianya; ~ tak tentu rimbanya prb hilang tak berbekas; ~ tapak tukul, timbul tapak canai prb perbuatan baik atau jahat akan hilang dilindungi oleh perbuatan orang yg kemudian; ~ tentu rimbanya, mati tentu kuburnya prb sesuatu perkara yg tentu kesudahannya; ~ tukul ~lah pahat prb tidak dapat berbuat sesuatu kalau tidak berteman; patah tumbuh, ~ berganti prb terus-menerus ada gantinya; pertama ~, kedua terbilang prb berani melakukan pekerjaan berbahaya utk kepentingan umum; tonggang ~ berani mati prb sikap gagah berani (tidak gentar) utk menjalankan kewajiban; menghilang menyebabkan tidak nampak lagi, melenyapkan diri: orang yg menikamnya cabut lari dgn cepatnya lalu ~; menghilangkan menyebabkan jadi hilang, melenyapkan, menghapuskan, meniadakan: di kedai itu dia berhenti utk melepaskan lelahnya dan ~ dahaganya; ia pun ~ dirinya di dlm gelap dan menyusup balik ke biliknya; kehilangan 1. perihal hilangnya sesuatu, kematian: ~ seorang isteri atau seorang suami yg demikian tentulah membawa kpd kesedihan; 2. menderita kerana hilang sesuatu: jika orang itu gempar ~ kerbaunya katakan aku tahu bertenung menentukan di mana-mana tempat kerbau itu; ~ muka mendapat malu; ~ nama mendapat nama yg buruk; penghilangan perihal menghilangkan, penghapusan; penghilang yg atau utk menghilangkan: seteguk air ~ dahaga. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sehabis-habis | 1. hingga tidak tinggal (bersisa) sedikit pun, kesemuanya: jikalau dikhabarkan dgn ~ nescaya murkalah tuan puteri ini gerangannya; berfikir dgn ~nya berfikir dgn mempertimbangkan segala-galanya; 2. sampai ke akhir (ke peringkat tertinggi dll), seboleh-boleh: walaupun dicuba dgn ~ daya dan ikhtiar tetapi tidak berhasil yg dicita-citakan; 3. paling, sehabis: tugas ini ialah yg ~ sulit yg pernah dihadapinya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lemas I | tidak boleh bernafas (kerana tenggelam dlm air, kena gas, dll), sesak bernafas; mati ~ mati kerana tidak dapat bernafas; ~ fikiran tidak dapat berfikir, bingung; melemaskan menjadikan lemas: begitu tebal asapnya sehingga kalau sejam dua ia begitu tentulah ia dapat ~ manusia; kelemasan menjadi lemas: ia pun mati oleh sebab ~; pelemas; zat ~ Id zat yg berupa gas dan tidak berbau (dlm udara ada 78%), nitrogen. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
panik | cemas, takut, bimbang dsb yg tiba-tiba hingga tidak dpt berfikir dgn tenang: Kita tidak boleh ~ apabila berlaku kemalangan. kepanikan rasa panik: Kebakaran itu telah menimbulkan ~ di kalangan penduduk di situ. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sarkastik | bersifat menyindir (dgn kata yg tajam, pedas) yg boleh menyakitkan hati seseorang: kata-katanya yg sangat ~ itu menyebabkan kami terpaksa berfikir panjang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ada | 1. boleh didapati (ditemui, dilihat, dsb), bukan khayalan atau rekaan, wujud: ada orang yg mempercayai hantu itu ~ dan ada pula yg mengatakan ianya khayalan manusia; tidak ~ lagi binatang raksasa sekarang; 2. boleh diperoleh (didapati, dijumpai, dsb) di sesuatu tempat: gula dan kopi ~ di dlm almari itu; dia tidak ~ di rumahnya sewaktu kami sampai; 3. telah sedia, telah terkumpul dsb (utk diberi perhatian dsb): ~ banyak surat yg perlu ditandatangani; ~ kerja penting yg belum diurus lagi; 4. mempunyai: Razi ~ banyak barang mainan; tidak ~ cita-cita; 5. (masih) hidup, belum meninggal dunia: ibunya masih ~ tetapi ayahnya sudah meninggal; dia sudah tak ~ dia sudah meninggal dunia; 6. benar-benar, sungguh-sungguh, sesungguhnya (digunakan utk menguatkan kata kerja selepasnya): dia ~ pergi ke sekolah petang tadi; saya ~ menerima surat daripadanya; 7. hadir (digunakan sbg menjawab panggilan guru dll sewaktu memastikan kedatangan murid dll); 8. apakah (digunakan utk melembutkan pertanyaan): ~ encik melihat adik saya? ~ gula, ~ semut prb kalau orang kaya banyaklah kawannya; ~ air, ~ (adalah) ikan = ~ padang, ~ belalang = ~ batang, ~ cendawan tumbuh prb di mana pun kita duduk, ada rezeki; ada-ada; ~ saja a) selalu berlaku sesuatu atau timbul perkara baru dll: ~ saja yg menyebabkan penderitaannya; jarang ia di rumah, ~ saja orang datang mengajaknya berjalan; b) selalu ada sesuatu yg ditimbulkan, ada kerenahnya (ragamnya dsb): “A~ saja kau! Ada orang hendak, kau pun hendak juga!”; seada-adanya = seadanya (sekadar atau setakat) apa-apa yg ada: hidangan ~ sudah sedia; adakah 1. apakah ada (utk mengeraskan pertanyaan), ada atau tidak (tiada): soalnya, ~ terdapat novel karangannya? 2. benarkah (atau tidak), sesungguhnyakah (atau tidak): ~ kekalahannya tahun ini lebih besar drpd kekalahan tahun lalu? ~ duri dipertajam prb perselisihan yg telah ada tidak perlu diperbesar lagi; adakan mana ada, mana boleh, masakan: ~ kucing bertanduk; adalah 1. sl sesungguhnya (digunakan pd permulaan ayat, kenyataan, dsb): ~ makam ini dikurniai raja kpd aku, barang siapa hendak duduk bayarkan sewanya kpd aku; 2. ialah (utk menghubungkan sesuatu yg diperkatakan dgn huraian, penjelasan dsb yg mengenainya): hadiah itu ~ utk murid terpandai; adanya 1. perihal ada (berlaku, terdapat, dsb), wujudnya: ~ kekacauan merosakkan keadaan ekonomi; 2. demikianlah halnya: mereka itu spt adik-beradik ~; ada-adanya, ada-adanyakah mana boleh, mungkinkah: ~ ayam berkaki tiga; adapun mengenai, perihal: dapat dikemukakan bahawa ~ cerita pendek pd umumnya menceritakan hal manusia juga; berada 1. ada (di), ada atau terdapat di sesuatu tempat atau dlm sesuatu keadaan: hidupmu sedang ~ di tepi jurang kebinasaan; sewaktu kejadian itu berlaku, dia ~ di Singapura; 2. berharta, kaya: keluarganya boleh dikatakan ~ juga; berada-ada = ada-berada ada sesuatu yg tersembunyi (spt sebab, maksud, dll); kalau tidak ~ takkan tempua bersarang rendah prb tentu ada maksud tersembunyi seseorang berlaku secara luar biasa; keberadaan keadaan (sifat) berada: semua benda bersifat sementara sehingga akhirnya ~nya terletak di suatu tempat lain; mengada-ada 1. berkata (meminta, berfikir, membuat, dll) yg bukan-bukan: jangan kamu ~ saja; 2. bercakap atau menunjukkan kelakuan (gerak-geri dsb) spt menunjuk-nunjuk atau bermegah-megah dsb (membuat orang meluat): sejak pulang dr luar negeri, dia sudah ~, sudah berlagak spt orang Barat; 3. Id melebih-lebihkan (sesuatu yg diperkatakan), membuat-buat, berbohong: aku tak percaya sebab dia suka ~; 4. menyusahkan (suka meminta yg bukan-bukan dsb): ah, ~nya orang ini, apa kehendak kau? mengadakan 1. menjadikan ada atau wujud, mewujudkan, menjadikan, menciptakan: Tuhanlah yg ~ seluruh alam ini; 2. mengusahakan sehingga ada (tersedia, terdapat, dsb), menyediakan: ~ wang yg diperlukan; peruntukan belanjawan utk ~ lebih banyak sekolah dan maktab teknik; 3. mengusahakan sehingga berlaku atau berjalan sesuatu (spt seminar, mesyuarat, kenduri, dll), menganjurkan serta mengurus sesuatu: ~ kursus bahasa-bahasa asing; ~ kempen kebersihan; mengada-adakan mengadakan atau menimbulkan dsb sesuatu (spt cerita, alasan, dll) yg sebenarnya tidak ada atau tidak benar, membuat-buat, mereka-reka: dia sengaja ~ cerita itu utk mendapatkan simpati drpd kawan-kawannya; keadaan 1. hal atau kedudukan (seseorang atau sesuatu) pd sesuatu ketika atau jangka waktu: pesakit itu berada dlm ~ tenat; ~ di sesebuah negara semasa berlaku peperangan; ~ hidup kaum nelayan; ~ cuaca; 2. rupa (sifat, kedudukan, dsb) sesuatu sebagaimana yg dapat dilihat: seorang pegawai polis sedang membuat catatan tentang ~ di tempat itu selepas berlaku rompakan; ~ tubuhnya tegap sasa; 3. suasana (di atau di sekitar sesuatu tempat): ~ di situ pd waktu malam senyap sunyi; berkeadaan (berada) dlm keadaan (kedudukan, suasana, dll): pd tahun itu negeri Selangor ~ kacau-bilau kerana perkelahian anak-anak rajanya; di hadapan gadis dia ~ canggung; pengadaan perihal mengadakan sesuatu: ~ kelas agama pd waktu petang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |