mengangkat (membuka, mengambil) langkah seribu | cabut lari (kerana takut dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
angkat kaki | a) melarikan diri, cabut lari; b) meninggalkan sesuatu tempat (majlis dsb) dgn tergesa-gesa; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menuas | 1. mengikat, menambat (orang salah dll); 2. Pr cabut lari, melarikan diri. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menghilang | menyebabkan tidak nampak lagi, melenyapkan diri: orang yg menikamnya cabut lari dgn cepatnya lalu ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tuas III | Kl; menuas 1. mengikat, menambat (orang salah dll); 2. Pr cabut lari, melarikan diri. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menghembus | 1. meniup, mengeluarkan nafas (udara): pokok itu bergegar sedikit dihembus angin; ia ~ rambut gadis itu; 2. bp cabut, lari; 3. mengeluarkan hingus dgn memaksa udara keluar melalui hidung: sesekali dia ~ hidungnya; penghembus 1. orang yg menghembus, peniup: yg pekak pembakar meriam, yg buta ~ lesung; 2. alat utk menghembus (api dll), peniup. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hungas | Pr lari dgn kuat (kerana takut dsb), cabut lari. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
membuat (mengangkat) langkah seribu | lari dgn bersungguh-sungguh (kerana takut, dikejar, dll), cabut lari; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berhembus | bergerak (bkn angin, udara dr mulut), bertiup: angin malam ~ perlahan mengurangkan kehangatan hawa ketika itu; menghembus 1. meniup, mengeluarkan nafas (udara): pokok itu bergegar sedikit dihembus angin; ia ~ rambut gadis itu; 2. bp cabut, lari; 3. mengeluarkan hingus dgn memaksa udara keluar melalui hidung: sesekali dia ~ hidungnya; menghembuskan meniupkan, mengeluarkan (nafas, udara, dll) dgn meniup: pemuda itu ~ asap rokok ke muka kawannya; ~ nafas yg terakhir (penghabisan) meninggal dunia, mati; hembusan 1. aliran angin (udara yg dihembuskan), tiupan: sekali-sekali desa itu dilalui oleh ~ angin sesat; 2. alat utk menghembus api, dll; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ribu | bilangan sepuluh kali seratus; empat ~ 4000; seribu 1. 1000; 2. banyak sekali, bermacam-macam; dgn ~ daya dgn bermacam-macam daya; diam (membisu) ~ bahasa diam sama sekali; membuat (mengangkat) langkah ~ lari dgn bersungguh-sungguh (kerana takut, dikejar, dll), cabut lari; retak ~ a) retak yg banyak lagi kecil-kecil (pd pinggan dll); b) sj corak batik Malaysia; menyeribu; ~ hari mengadakan kenduri (arwah) sesudah seribu hari seseorang meninggal; perseribu dibahagi seribu; satu ~ satu dibahagi seribu; beribu, beribu-ribu beberapa ribu, banyak ribu: ~ orang; meribu sl beribu-ribu: meratus cermin di kaki, ~ cermin di pinggang ribuan 1. (dlm) bilangan ribu: kemajuan Malaysia mungkin mencapai kemuncaknya dlm tahun-tahun dua ~; 2. beribu-ribu: ~ manusia membanjiri taman bunga kerana menyaksikan pertunjukan kebudayaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |