Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cadangkan


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
pencadanganperihal (perbuatan dsb) men­cadangkan;Kamus Dewan Edisi Keempat
menyemahkanmenyediakan (menghidang­-kan) sesuatu sbg semah, mengadakan semah: aku cadangkan supaya disemahkan dahulu tempat itu sebelum didirikan kelong;Kamus Dewan Edisi Keempat
semah(sémah) jamuan makanan dll yg diberi-kan kpd hantu atau orang halus (dgn sesuatu tujuan): kalau makyung itu akan dimulai, ketuanya akan membuat ~, menanam azimat dan memotong ayam; bersemah mengadakan upacara semah: dr sinilah timbulnya adat memuja pantai dan ~; menyemah menyediakan (menghidangkan) semah utk hantu atau orang halus, menjamu: istiadat merenjis tepung tawar atau ~ pantai adalah utk memujuk penunggu laut; menyemahkan menyediakan (menghidang­-kan) sesuatu sbg semah, mengadakan semah: aku cadangkan supaya disemahkan dahulu tempat itu sebelum didirikan kelong; semahan semah; penyemahan perbuatan dsb menyemah(kan): ~ kali ini adalah kali terakhir, kerana itulah adat kaumnya; penyemah 1. semah, semahan; 2. orang yg menyemah.Kamus Dewan Edisi Keempat
cadang; bercadang mempunyai niat utk melakukan sesuatu (spt pergi melancong dll), berniat, berhajat, bertujuan: mereka ~ utk pergi melancong ke Bali; mencadangkan 1. mengemukakan sesuatu pendapat utk dipersetujui (dipertimbangkan dsb), mengusulkan, menyarankan, mengan­jurkan: Menteri Buruh akan ~ supaya rang undang-undang itu dibaca bagi kali yg ketiga; 2. mencalonkan: dgn tiada pilih-memilih lagi, Serang Sakar telah ~ Si Tenggang bagi memenuhi jawatan tandil itu; Ali ~ Jamal sbg setiausaha kehormat persatuan itu; 3. menyediakan (menyimpan) sesuatu (utk digunakan apabila perlu): seramai tiga puluh ribu orang dicadangkan utk memperkuat pertahanan negara; 4. menguntuk­kan (harta, wang, dsb) utk penggunaan sesuatu atau seseorang: kawasan tanah itu dicadangkan utk bekas-bekas perajurit; 5. memper­siapkan, merancang, merencanakan, merangka: ~ strategi serangan; cadangan 1. sesuatu yg dicadangkan, anjuran, usul, saranan: setelah ~ menteri itu disokong, rang undang-undang itu pun diluluskan oleh Dewan; ~ Serang Sakar itu telah dipersetujui pula oleh Nakhoda Jaya; 2. persediaan (wang, harta, benda, dll) utk digunakan apabila perlu, dana; 3. rancangan, rencana: ~ lima tahun; ~ balas cadangan yg diberikan sbg tindak balas kpd cadangan yg terdahulu; ~ penimbal (Eko) himpunan bahan mentah utk mengawasi harga supaya tidak merosot atau tidak me­lambung tinggi; ~ wang tunai = ~ modal (Eko) persediaan harta (saham, wang, dsb); pencadangan perihal (perbuatan dsb) men­cadangkan; pencadang orang yg mencadangkan (mengusulkan, menyarankan, mencalonkan, dll), pengusul, penyaran, pencalon.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas