cikgu | 1. guru: dia ingin menjadi ~; 2. panggilan bagi guru: C~ Fatimah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
peta I | 1. lukisan (gambar) pd kertas dll yg menunjukkan kedudukan negeri, sungai, gunung, dll; 2. lukisan (gambar) yg menunjukkan kedudukan bintang dll di langit; ~ angin peta yg menunjukkan arah peredaran angin; ~ antarabangsa peta dunia yg biasanya berskala 1:1 000 000; ~ bahasa peta yg menggambarkan daerah bahasa-bahasa tertentu digunakan; ~ bumi peta yg khusus menunjukkan tanah (gunung, sungai, dll); ~ kontur peta yg dilukiskan dgn garisan-garisan kontur; ~ kosong peta yg belum ditandai dgn nama tempat (letak sungai, gunung, dll); ~ lakar peta sesuatu kawasan dll yg dilukis dgn secara kasar dan mengandungi hal-hal yg penting sahaja; ~ laut peta yg khusus menunjukkan laut (pulaupulau, aliran ombak, dll); ~ timbul peta yg dibuat drpd tanah liat (plastisin) dgn gambaran bukit (gunung, sungai, dll) spt yg terdapat di muka bumi; ~ topo peta lengkap sesuatu tempat (yg menunjukkan bandar, jalan, dll); berpeta berupa peta: mendedahkan panau ~-peta di bahu dan di lengannya; memeta membuat peta; memetakan 1. membuat peta tentang sesuatu, menunjukkan kedudukan (keadaan dsb) sesuatu dlm bentuk peta: sebahagian besar daerah itu masih belum dipetakan; 2. menggambarkan, melukiskan: Nasib Seorang Muda karangan Cikgu Harun ~ bagaimana seorang kerani muda yg bergaji kecil hidup; pemetaan perihal membuat peta; pemeta orang yg membuat peta. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
meleraikan | 1. menceraikan, memisahkan (orang berkelahi dll): Cikgu Majid berkejar keluar hendak ~ budak yg sedang bertumbuk; penyakit jiwa susah hendak dileraikan drpd batin seseorang; 2. ki menjauhkan, menghindarkan (penyakit dll): ubat ini akan ~ penyakit selesema; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengekor | 1. bergayut (bergantung) spt ekor; 2. mengikut: Cikgu Midah ~ di belakangnya; 3. mengikut atau menurut(i) sahaja (sesuatu yg dilakukan oleh seseorang), meniru: penulis kita ~ sahaja, menurut jalan yg sudah ditebang dan ditebas oleh tokoh-tokoh sastera yg | Kamus Dewan Edisi Keempat |
domol | 1. muncung (anjing, babi, dll); 2. ki muka: sudah sebulan Cikgu Mat tidak menunjukkan ~nya ke mari; berdomol bermuncung (bkn anjing, babi, dll): dia meraba mukanya, masih ~ spt babinya, diraba kepalanya, masih bertanduk spt kambing. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pertanyaan | pertanyaan 1. perihal bertanya, permintaan keterangan; 2. apa yg ditanyakan, soalan: Cikgu baru menerangkan ~ Engku Tahir yg kedua; 3. ki persoalan, masalah: maka timbullah ~-~ kpd seluruh bangsa Melayu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
merewang | 1. tidak tetap atau selalu berubah-ubah (tempat, fikiran, dll): di sebelah petang ~lah cikgu singgah ke mana-mana; angan-angan dan jalan fikirannya panjang ~; 2. oleng (perahu dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
merampai | 1. membuat berbagai-bagai (bermacam-macam) latihan sekolah: bila sudah ~ dan semua jawaban diperiksa, cikgu memuji-muji murid yg banyak betul; 2. mencampur bahan-bahan dlm masakan (lauk, gulai, dll), merencah: sambal tumis yg dirampai dgn kacang panjang; gulai ikan yg dirampai dgn terung; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengalu-alukan | 1. menyambut kedatangan tamu dll (dgn hormat dan mesra): bekas murid ~ kedatangan cikgu; 2. menyambut baik sesuatu (spt bantuan, sesuatu tindakan, cadangan, dll): persatuan itu ~ pengumuman yg dibuat oleh Menteri itu; 3. mengeluarkan kepala hendak menengok (menjenguk): ia ~ kepalanya keluar tingkap utk melihat siapa yg memanggil. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
alu II | ; mengalu-alukan 1. menyambut kedatangan tamu dll (dgn hormat dan mesra): bekas murid ~ kedatangan cikgu; 2. menyambut baik sesuatu (spt bantuan, sesuatu tindakan, cadangan, dll): persatuan itu ~ pengumuman yg dibuat oleh Menteri itu; 3. mengeluarkan kepala hendak menengok (menjenguk): ia ~ kepalanya keluar tingkap utk melihat siapa yg memanggil. | Kamus Dewan Edisi Keempat |