Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cucuhan 1


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
cucuh; mencucuh 1. memasang, menyala­kan (api dll): ~ pelita; ~ meriam memasang meriam; 2. mengenakan api, besi panas, dsb pd: yg paling sedih apabila mak ~ abang dgn kayu api berbara; mencucuhkan 1. memasangkan, menyala­kan: Seman ~ api tersebut pd rokok di mulutnya; 2. mengenakan (api, besi panas, dsb) pd sesuatu: Afandi ~ besi panas pd tangan Mazlan; cucuhan 1. hasil mencucuh atau mencucuh­kan: doktor mengesahkan terdapat banyak bekas ~ puntung rokok pd badannya; 2. (Fiz) bunga api yg terhasil drpd palam pencucuh utk memulakan pembakaran; pencucuhan perihal (perbuatan, proses dsb) mencucuh atau mencucuhkan: sistem ~; pencucuh 1. orang yg mencucuh, tukang cucuh; ~ meriam pembakar meriam; 2. alat utk mencucuh: palam ~; 3. ki penghasut.Kamus Dewan Edisi Keempat
cucuhan1. hasil mencucuh atau mencucuh­kan: doktor mengesahkan terdapat banyak bekas ~ puntung rokok pd badannya; 2. (Fiz) bunga api yg terhasil drpd palam pencucuh utk memulakan pembakaran;Kamus Dewan Edisi Keempat
bahan1 barang-barang yg akan dijadikan benda-benda lain; ramuan utk membuat sesuatu: Emak sedang membeli ~ utk dibuat kuih. 2 butir-butir utk perbincangan, penulisan dll. ~ api benda spt arang batu, minyak, kayu dsb yg dibakar utk mendapatkan tenaga haba. ~ kimia 1 sebarang bahan, sama ada unsur atau sebatian, yg digunakan utk melakukan tindak balas kimia dan menghasilkan bahan kimia lain. 2 bahan yg disediakan secara buatan (di kilang dsb) utk tujuan pembersihan, pembasmi kuman dsb, dan boleh mendatangkan kesan buruk pd kulit. ~ letupan bahan yg mudah meletup atau diletupkan dgn menghasilkan haba yg banyak apabila terkena kejutan, geseran atau cucuhan api. ~ pencemar ist sesuatu (spt asap kilang, debu) yg mencemarkan persekitaran. ~ pengawet ist bahan kimia yg digunakan utk mengawetkan sesuatu supaya tidak rosak atau tidak busuk. ~ tambah ist sesuatu bahan yg dicampurkan ke dlm bahan utama, lazimnya dlm kepekatan yg rendah utk tujuan tertentu, mis bahan penstabil dan bahan pengawet. ~ uji bahan yg digunakan di dlm makmal utk tujuan analisis kimia. perbahanan pelbagai bahan atau data utk kajian, penyelidikan dsb.Kamus Pelajar Edisi Kedua

Kembali ke atas