dansa | tarian cara Barat. berdansa menari cara Barat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
dansa | tarian cara Barat; dewan ~ dewan tari-menari (cara Barat); ~-dansi berbagai-bagai jenis tarian cara Barat; berdansa menari cara Barat; ~-dansi menari-nari cara Barat, menari berbagai-bagai jenis tarian Barat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dansa | tarian cara Barat. berdansa menari cara Barat. | Kamus Pelajar |
rumah dansa | Id rumah tempat berdansa (menari), kabaret; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pesta dansa | perayaan dgn berdansa; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
malam dansa | Id pesta tarimenari (pd malam hari); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
muda -mudi | a) golonganorang muda; b) Id tarian antara laki-laki dan perempuan yg moden (bukan dansa); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
malam I | = ~ hari waktu mulai dr matahari masuk sampai matahari terbit, lwn siang: ~ ini engkau jangan pergi ke mana-mana; jangan main di tanah lagi, hari sudah ~; ~ buta = ~ boleh Kl, Tr malam yg sangat gelap (gelap-gelita); ~ dansa Id pesta tarimenari (pd malam hari); ~ gembira perjumpaan yg diadakan pd malam hari utk bersuka ria; ~ ini = ~ sekarang pd malam hari nanti (nanti malam); ~ Minggu (Isnin) malam menjelang hari Minggu (Isnin); ~ panjang malam minggu; ~ ria pesta yg diadakan pd waktu malam (utk bersuka ria); spt siang dgn ~ sangat jauh perbezaannya; malam-malam sudah jauh malam, pd waktu malam: apa engkau hendak cari pergi ke bandar ~ hari ini? semalam 1. satu malam: kalau ke kampung nanti, tidurlah di rumah nenek barang ~; 2. sepanjang malam: maka ~ itu Hang Tuah pun berhikayat pelbagai cerita; 3. hari sebelum hari ini, kelmarin: ~ kami pergi ber-kelah ke Port Dickson; 4. malam sebelum malam ini, malam tadi: ~ dia pergi menonton filem di panggung Rex; ~ suntuk sepanjang malam; ~ di bawah nyiur pinang or | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pesta | (pésta) 1. kerja dsb menjamu (bersuka ria dll) utk merayakan sesuatu peristiwa, perayaan: dia selalu pergi menghadiri ~ jamuan yg diadakan; 2. kegiatan berupa kempen (promosi, pertandingan, dll) secara bersiri, biasanya secara tahunan, dgn konsep dan tujuan yg tersendiri, festival: ~ buku; ~ makanan; 3. perayaan kebudayaan atau keagamaan: P~ Kaamatan; P~ Gawai; ~ bola acara mengadakan siri pertandingan bola sepak; ~ buku kempen membudayakan masyarakat supaya mendampingi, membeli, dan membaca pelbagai bahan bacaan; ~ dansa perayaan dgn berdansa; ~ filem pertandingan (pertunjukan) beberapa buah filem; ~ gila bp perayaan tari-menari dgn orang yg menghadirinya berpakaian anekaragam (bertopeng dll); P~ Kaamatan pesta yg dirayakan sbg tanda kesyukuran oleh masyarakat Kadazan Dusun di Sabah dgn memuja semangat padi; ~ kahwin = ~ nikah perayaan kahwin; ~ lagu pertandingan lagu yg mempersembahkan pelbagai tema dan irama muzik (spt jaz, rap, rok, asli, dll); ~ makanan kegiatan memperkenal, menghidang, dan menjual pelbagai rencah resipi masakan yg beraneka rasa (spt masakan pedas, manis, masin, dll); ~ ria acara keramaian utk bersuka ria yg diadakan di tempat lapang dsb, biasanya disertai berbagaibagai aktiviti lain spt pertunjukan, hiburan, jual beli, permainan dsb; berpesta, berpesta-pesta bersuka ria (dgn makan-makan, berdansa, dll): mereka ~ sahaja selepas kejayaan itu; ~ pora berpesta besar (mengadakan perayaan besar-besaran dgn makan minum dll); memestakan 1. merayakan (sesuatu peristiwa dll) dgn makan minum dan bersuka ria: aku tidak pernah berasa perlu utk ~ ulang tahun; 2. mengadakan pesta utk: ~ anaknya yg baru pulang dr luar negeri; pesta-pestaan perihal berseronok-seronok (bersuka ria): kebudayaan itu adalah suatu yg serius, bukan sekadar riuh-rendah ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
muda | 1. belum tua (orang dll), masih remaja: sesetengah drpd mereka masih ~ mentah; anak ~ gadis atau teruna; kaum ~ golongan orang muda, generasi baru; 2. belum masak atau tua (buah-buahan, daun-daunan, dll), baru menjadi (parut, kulit, dll): kelapa ~; parut ~; 3.masih baru (diadakan, diusahakan, dll), belum lama (wujudnya sesuatu): kita juga telah diberi mandat utk memandu negeri ini dr sebuah negeri ~ menjadi negara dewasa; 4.masih awal (hari, bulan, dll), belum menghujung (lewat): malam masih ~ tetapi jalan raya telah mulai lengang; orang telah pulang ke rumah masing-masing sebab telah meng-habiskan wang di bulan ~; 5. tingkatan (kedudukan, pangkat, dll) yg kedua: laksamana ~; leftenan ~; menteri ~; raja ~ bakal raja; 6.yg terakhir atau baru (isteri): isteri ~; 7.kurang gelap atau tua (warna), agak pucat: merah ~; hijau ~;~ belia muda sekali; ~ hati = ~ fikiran (orang tua) yg tingkah lakunya spt orang muda; ~jelita orang yg muda lagi jelita (gadis); ~mentah bp sangat muda; ~-mudi; a) golonganorang muda; b) Id tarian antara laki-laki dan perempuan yg moden (bukan dansa); ~ re-maja muda yg sudah hampir akan baligh; ~ terala orang muda yg berpangkat tinggi; main ~ berseronok (bersuka-sukaan) dgn perempuan; bermuda Mn bermain muda, bermukah, berzina; ~ diri selalu benar berkahwin; bermuda-muda Mn berkelakuan spt orang muda; memudakan membuat (menjadikan dll) muda, menganggap muda: selesai ~ wajah, sibuk pula dia memilih tali leher; mempermuda menjadikan lebih muda: tentu sekarang ia berkurang akan ~ kulitnya; kemudaan perihal muda, keadaan (masih) muda: menurutkan nafsu ~nya; kerana ~ usia, maka para belia masih memerlukan bimbingan, nasihat, teguran serta tunjuk ajar drpd golongan yg lebih berumur; kemuda-mudaan bertingkah laku spt anakmuda;pemuda orang yg masih muda (lelaki), anak(lelaki) yg masih remaja. | Kamus Dewan Edisi Keempat |