telap I | 1. dapat menembusi (bkn senjata spt keris dll), makan, mempan: keris itu tidak ~ pd tubuhnya; 2. dapat dicederakan, dapat dilukai, lut; tiada ~ oleh senjata kebal; 3. dapat ditembusi (air), dapat diresapi: tanahnya tanah liat yg tidak ~ air; menelap makan pd (senjata), mempan pd, melukai, mencederakan, mengena. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dapat tidaknya | dapat atau tidak dapatnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terangkup | dapat dirangkup, dapat dilingkungi: malangnya pandangan tersebut adalah hasil drpd pendapat yg ~ di bawah tempurung sahaja; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tension | (ténsion) bp perasaan tertekan yg menimbulkan rasa cemas, bimbang, tidak tenang, dsb disebabkan faktor tertentu: selain dapat melepaskan ~, dapat juga pengalaman baru; duduk-duduk begini sambil mendengar cerita dapat juga menghilangkan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
puas | 1. berasa senang (kenyang, lega, dll) kerana sudah mendapat secukup-cukupnya: sesudah sepinggan penuh ~lah ia; 2. berasa senang kerana sudah terpenuh hasrat hati: rakyat berasa ~ dgn apa yg dilaksanakan oleh kerajaan; 3. lebih drpd cukup, sudah tidak ingin lagi, bosan, jemu: ~ dia mencari kerja tetapi masih belum dapat-dapat juga; ~ hati berpuas hati; ~ lelas puas sungguh-sungguh; puas-puas hingga puas (jemu): Sharifah Barlian meneliti susuk tubuh tukang kebun itu ~; belum ~ belum jemu-jemu; tidak ~-~nya tidak jemu-jemunya; sepuas-puas; ~ hati = ~nya hingga puas (kenyang dll), hingga jemu (tidak mahu lagi): budak itu diciumnya ~ hati; biarlah mereka mengatakan hal kita ~nya; berpuas; ~ hati berasa puas (kenyang, lega, senang, dll); memuaskan 1. menjadikan (menyebabkan) puas, memberi (memenuhi, menuruti, dll) hingga puas: wang dapat ~ kehendak-kehendak lahir; buah anggur sangat ~ selera saya; 2. memberi kelegaan (kesenangan, kesukaan, dll) kpd, menyenangkan, menyukakan: layanannya ~; ia ingin berbuat sesuatu yg dapat ~ hati ibunya; 3. memadai (harapan, hasrat, dll), menyenangkan: pendapatan drpd hasil padi tahun ini agak ~; ~ dahaga (haus) minum hingga hilang dahaga; ~ dendam membalas dendam; ~ hawa nafsu mengikut hawa nafsu supaya puas hatinya; ~ selera dapat memenuhi kemahuan seleranya; kepuasan perihal puas, kelegaan, kenikmatan, kesenangan: mencari ~ dan ketenteraman jiwa; ketidakpuasan perihal tidak puas, perasaan tidak puas hati; pemuasan perihal memuaskan: ~ nafsu; pemuas (sesuatu dsb) yg memuaskan: ~ nafsu seks lelaki. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rangkup II | ; merangkup 1. merangkum, memeluk; 2. menudungi, menutupi, melingkupi: malam ~ sekitar lorong belakang; terangkup dapat dirangkup, dapat dilingkungi: malangnya pandangan tersebut adalah hasil drpd pendapat yg ~ di bawah tempurung sahaja; rangkupan rangkuman, cakupan, lingkungan: mereka menumpukan perhatian pd penyelesaian masalah dlm ~ paradigma tertentu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memperteguh | menjadikan lebih teguh, memperkuat: kita dapat ~ negara dan dapat menjamin keselamatan dan kebahagiaan hidup rakyat kita; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terpandang | 1. dapat dipandang, terlihat, kelihatan: ~lah si anak itu telah terjeringing; tidak ~ a) tidak terlihat (kelihatan); b) tidak dapat dipandang sahaja begitu, tidak dapat dibiarkan begitu; 2. tidak sengaja atau tiba-tiba memandang (kpd, pd): serta ia ~ muka Tuan Raffles; 3. terkemuka, terbilang, disegani, dihormati: ia hendak menjodohkan anaknya dgn orang yg ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sarana | (segala) sesuatu yg dapat digunakan sbg alat dsb utk mencapai atau melaksanakan sesuatu: bahasa Melayu hendaklah dibina agar dapat berfungsi sbg ~ yg benar-benar dapat menyampaikan ilmu secara berkesan; karya-karya sastera ialah wadah atau ~ utk menyatakan dunia masyarakat dan zaman-nya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
merinci | 1. memecahkan (membahagi-bahagikan) kecil-kecil, menghuraikan kecil-kecil; soal yg rumit itu telah dapat dirinci telah dapat dipecahkan; 2. menerangkan (memperkatakan, merancang, dll) dgn menyebut bahagian yg kecil-kecil, menerangkan dll sampai kpd perkara-perkara yg sekecil-kecilnya, memperincikan: ~ masalah negara; | Kamus Dewan Edisi Keempat |