mesin keadaan terhingga(finite state machine) | Peranti pengkomputeran yang dimodelkan pada struktur yang terdiri daripada nod dan lengkung yang menyambungkan satu nod ke nod lain. Bermula dari nod mula, pemprosesan akan berpindah ke salah satu nod terhingga jika wujud keadaan tertentu, dan jika terdapat lebih daripada satu nod, peranti ini boleh ditentukan sebagai nod akhir. | Kamus Komputer |
modem | Peranti elektronik yang terdiri daripada pemodulat dan penyahmodulat isyarat yang membolehkan data dari sebuah komputer dihantar ke komputer lain melalui talian telefon. | Kamus Komputer |
gambar rajah keadaan terhingga(finite state diagram) | Gambar rajah yang terdiri daripada nod keadaan dan lengkung yang menyambungkan satu nod dengan nod lain. Bermula dari nod mula, pemprosesan berpindah ke salah satu nod terhingga, jika keadaannya wujud. Lebih daripada satu nod boleh ditentukan sebagai nod akhir. | Kamus Komputer |
pencabangan(branching) | 1. Proses atur cara keluar dari aliran pelaksanaannya dan pergi ke kedudukan pelaksanaan yang lain. 2. Pembentukan cabang daripada buku untuk memegang data yang berkaitan dalam struktur data bentuk pepohon. | Kamus Komputer |
grid | 1. Permukaan yang dirintangi silangan garis mendatar dan mengufuk yang sekata. 2. Jadual hamparan elektronik yang terdiri daripada lajur dan baris. 3. Garis paksi-X dan paksi-Y yang berjarak sekata pada carta atau graf untuk membantu pemplotan titik data. 4. Garis yang menyusur keluar dari pusat carta pai. | Kamus Komputer |
menggugurkan | 1. menjatuhkan: risalah-risalah digugurkan dr kapal terbang; 2. mengeluarkan anak sebelum cukup bulan (dgn sengaja): dgn diam-diam anak yg dlm kandungannya digugurkan; 3. mengeluarkan drpd (tidak memasukkan ke dlm) pasukan dll: Persatuan Bola Sepak Amatur Kelantan ~ lima pemain drpd skuad Piala Malaysia Kelantan tahun ini; 4. tidak menggunakan, meniadakan atau menghilangkan (drpd penggunaan): dlm situasi ini tiap-tiap penutur ~ ciri-ciri kedaerahan masing-masing dan sebaliknya berusaha menggunakan ciri-ciri bahasa yg difikirkan lebih umum; contoh-contoh tersebut memperlihatkan bahawa kata sendi sama ada di, dari, ke, daripada, ataupun oleh tidak boleh digugurkan; 5. tidak meneruskan lagi (tuntutan dsb), tidak terus menuntut; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gugur | 1. jatuh, luruh (buah dll): buah yg tak ~-~; 2. jatuh sebelum masak (buah-buahan); 3. lahir sebelum cukup bulan (anak kecil): anak ~; 4. runtuh (tanah dll); 5. mati (terkorban) dlm pertempuran: telah banyak pahlawan Kedah yg ~; 6. hilang, habis (hak dll): kalau sesebuah negara tidak membayar hutangnya sampai dua tahun lamanya akan ~ haknya utk mengundi dlm majlis perhimpunan agung; ~ hati jatuh hati, jatuh cinta; ~ talak jatuh talak (diceraikan); bunga ~, putik pun ~ prb setiap yg hidup akan mati (dgn tidak memandang umur); berguguran gugur dgn banyaknya: papan dinding rumahnya ~ jatuh berkeping-keping kerana sudah tua; menggugurkan 1. menjatuhkan: risalah-risalah digugurkan dr kapal terbang; 2. mengeluarkan anak sebelum cukup bulan (dgn sengaja): dgn diam-diam anak yg dlm kandungannya digugurkan; 3. mengeluarkan drpd (tidak memasukkan ke dlm) pasukan dll: Persatuan Bola Sepak Amatur Kelantan ~ lima pemain drpd skuad Piala Malaysia Kelantan tahun ini; 4. tidak menggunakan, meniadakan atau menghilangkan (drpd penggunaan): dlm situasi ini tiap-tiap penutur ~ ciri-ciri kedaerahan masing-masing dan sebaliknya berusaha menggunakan ciri-ciri bahasa yg difikirkan lebih umum; contoh-contoh tersebut memperlihatkan bahawa kata sendi sama ada di, dari, ke, daripada, ataupun oleh tidak boleh digugurkan; 5. tidak meneruskan lagi (tuntutan dsb), tidak terus menuntut;keguguran 1. mengalami gugurnya (daun dll): pokok ceri yg sedang ~ daun; 2.melahirkan anak sebelum cukup bulan (dgn tidak sengaja): isterinya ~;pengguguran perihal (perbuatan, tindakan,dsb) menggugurkan: ~ kata ‘dari’ pd ayat contoh membuat ayat tersebut menjadi tidak gramatis; ~ tuntutan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |