bangsawan | 1. (orang) berbangsa, (orang) keturunan mulia: seorang ~ yg bernama Datok Alam Tujuh; 2. = komedi ~ = wayang ~ sandiwara yg disertai nyanyian dan tarian (biasanya menceritakan kisah raja-raja zaman dahulu): panggung ~; anak ~ a) anak orang bangsawan; b) pelakon komedi bangsawan;membangsawankan mengubah sesuatu cerita dlm sesuatu bentuk (spt bertulis, lisan, dsb) ke dlm bentuk bangsawan: ~ Hikayat Si Miskin;kebangsawanan 1. kedudukan yg bersifat bangsawan: sesiapa mengahwini seseorang perempuan kerana ~nya, nescaya Allah tidak akan menambah kepadanya melainkan kehinaan; ~ turunan; 2. ki sifat kemuliaan: ~ fikiran. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
meletakkan | 1. menempatkan (pd), mengenakan (pd), membubuh (ubat dll): dgn segera perempuan itu ~ bungkusan yg dijunjungnya di atas sebuah batu hampar; kanak-kanak itu diletakkan di bawah kawalan pegawai akhlak; 2. memasukkan (dlm): pantai Bagan Datok dan Lumut mungkin diletakkan dlm kawasan keselamatan sbg langkah berjaga-jaga; 3. ki melepaskan (perkhidmatan dll), meninggalkan; ~ jawatan berhenti drpd memegang sesuatu jawatan; ~ senjata menamatkan peperangan; 4. memberi, menganugerahkan, menghadiahkan: maka Sultan Mansor Shah menyuruh memanggil Hang Tuah diberi baginda persalin serta diletakkanlah oleh baginda nama Laksamana; 5. sl menentukan, menetapkan: syahadan bagindalah yg pertama ~ kekuningan larangan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
serta | 1. turut, bersama, ikut, mengikut: Australia telah menyatakan hasratnya utk ~ dlm persidangan itu; jikalau datang kpd had nyawa sekalipun yg pekerjaan tuan hamba ~lah hamba; apabila Tuan Raffles datang memukul tanah Jawa, maka ia hendaklah ~ bersama-sama dr darat; 2. = berserta bersama-sama (dgn): maka dipilihnya empat puluh anak peria yg baik-baik, dibawanya ~; 3. dan juga, juga: Encik Ramli dan Encik Ghani, ~ ketua pejabat di kementerian itu tidak datang bekerja; 4. sebaik sahaja, demi, apabila: maka baginda diam pd suatu tempat, ~ hari malam maka datanglah biawak terlalu banyak; 5. sambil, seraya: “Benar pula itu,” kata Datok Raja di Langit, ~ memandang kpd Sutan Baginda; 6. baharu sahaja, sesudah: ~ didengar Ramli ratap sedemikian, sekonyong-konyong ia pun berpaling kpd ibunya; serta-serta = serta-menyertai; berserta bersama-sama (dgn), mengikut, menurut: orang kaya-kaya yg ~ menghantar baginda itu semuanya menjunjung duli; jika engkau mati dgn pekerjaan tuanmu, aku pun mati ~lah dgn kamu; menyertai 1. mengiringi, mendampingi, mengikuti: setiap pelajaran yg saya berikan itu, disertai dgn latihan; bantahan mereka kali ini disertai dgn ugutan yang lebih hebat; 2. bersama-sama dgn, menemani, mengawani (utk menolong dll): Tuhan ~ orang yang sabar; 3. mengikut serta, turut bersama: tidakkah ibu bapa mereka melarang mereka ~ tarian itu? serta-menyertai turut serta (dlm hal orang dll), ikut mencampuri; menyertakan, mempersertakan 1. mem-biarkan menyertai, memperikutkan; 2. me-ngembarkan bersama (surat dll), mengirimkan bersama (dgn); pesertaan perihal berserta; penyertaan perbuatan menyertai (menyerta-kan): ~ negara-negara anggota dlm ran-cangan-rancangan PBB; peserta orang yang mengikut serta (dlm sesuatu perkara spt pertandingan, pergerakan, dll), pengambil bahagian: seminar antarabangsa ini dihadiri oleh ~-~ dr Asia Tenggara, Australia dan New Zealand; penyerta; kata ~ Id kata yg menyatakan ketentuan atau ketidaktentuan sesuatu kata nama (spt “the”, “a” dan“an” dlm bahasa Inggeris, atau “der”, “die” dan “das” dlm bahasa Jerman), kata sandang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
letak | duduknya (sesuatu benda dll), kedudukan, tempatnya: ia membetul-betulkan ~ cawan kopi di atas dulang yg ditatangnya; ~nya bandar Kuala Kangsar tidak berapa jauh dr bandar Taiping; meletak Mn menghantar, menaruh, memberi, menempatkan pd; ~ beras menjerang nasi; ~ kata menyusun kata-kata; ~ mata memandang kpd; ~ nasi menghidang nasi dll utk menjamu hantu; ~ tanda memberi tanda (spt cincin dll) kpd pihak pengantin perempuan; meletakkan 1. menempatkan (pd), mengenakan (pd), membubuh (ubat dll): dgn segera perempuan itu ~ bungkusan yg dijunjungnya di atas sebuah batu hampar; kanak-kanak itu diletakkan di bawah kawalan pegawai akhlak; 2. memasukkan (dlm): pantai Bagan Datok dan Lumut mungkin diletakkan dlm kawasan keselamatan sbg langkah berjaga-jaga; 3. ki melepaskan (perkhidmatan dll), meninggalkan; ~ jawatan berhenti drpd memegang sesuatu jawatan; ~ senjata menamatkan peperangan; 4. memberi, menganugerahkan, menghadiahkan: maka Sultan Mansor Shah menyuruh memanggil Hang Tuah diberi baginda persalin serta diletakkanlah oleh baginda nama Laksamana; 5. sl menentukan, menetapkan: syahadan bagindalah yg pertama ~ kekuningan larangan; terletak 1. ada (pd atau di), duduknya (di), letaknya (pd atau di), terdapat (pd atau di): aku kembali ke rumahku yg ~ di belakang kedai di hadapan masjid; ~ kpd (pd) letaknya pd, tertanggung kpd, terdapat pd; 2. (telah) diletakkan; biar jatuh ~ jangan jatuh terhentak prb lebih baik menarik diri drpd dipecat dll; peletakan perihal meletakkan; ~ jawatan perihal melepaskan jawatan (berhenti drpd memegang jawatan); ~ senjata gencatan senjata; peletak tempat meletakkan: keping papan lebar tempat ~ neraca ini dinamakan andas. | Kamus Dewan Edisi Keempat |