masakan | mana boleh; tidak mungkin; mustahil: Dia orang bijak, ~ dia tidak mengerti. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
masa II | = masakan mana boleh; tidak mungkin; mustahil: Dia orang bijak, ~ dia tidak mengerti. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berharta | mempunyai harta; berada; kaya: Dia hidup senang sebab dia orang ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menghampiri | datang atau pergi berdekatan dgn; mendekati; merapati: Dgn hati yg berdebar-debar, dia ~ orang tua itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ya IV | 1. kata yg digunakan pd hujung ayat sbg bertanya atau utk mendapatkan kepastian, ... bukan?: dia orang kaya ~? 2. kata tambahan yg merupakan atau menguatkan pertanyaan kpd diri sendiri, agaknya, gerangan, tah: siapa ~ yg berjalan itu? 3. kata utk menguatkan maksud kata sebelumnya: besok kita jumpa lagi ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terhitung | 1 dpt atau boleh dikira; terkira: Dia orang kaya, hartanya tidak ~ banyaknya. 2 sudah dihitung; termasuk dlm kiraan: Harga barang itu ~ dlm perbelanjaannya. 3 termasuk dlm sesuatu golongan; tergolong: Dia ~ sbg pemurah dan penyayang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
terbilang | 1 dpt dihitung: Mangsa bom atom di Hiroshima itu tidak ~ banyaknya. 2 termasuk dlm sesuatu golongan (lingkungan dsb): Dia ~ orang kaya di kampung ini. 3 terkenal; terkemuka: Dlm negeri Melaka dahulu, terdapat lima orang pahlawan yg ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
memperdamaikan | membaikkan semula dua pihak yg bergaduh (berperang, bermusuh-musuhan dll); menjadikan berdamai: Dia mencuba ~ orang-orang Israel dgn orang-orang Palestin. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
gaya | 1 sikap yg dpt dilihat drpd gerak-geri atau tingkah laku seseorang: Dia mempunyai ~ orang-orang besar. ~nya spt orang tua-tua, walaupun usianya masih muda. 2 cara melakukan sesuatu: Guru itu sedang menunjukkan ~ melompat yg baik kpd murid-muridnya. 3 cara atau rupa yg khusus mengenai sesuatu: Kebanyakan rumah di sana dibina menurut ~ Minangkabau. ~ bahasa cara penggunaan bahasa. 4 irama dan lagu dlm nyanyian dan muzik: Nyanyiannya mengikut ~ lagu Hindustan. 5 kesanggupan utk bergerak atau utk berbuat sesuatu; daya; tenaga: Sungguhpun sudah tua, tetapi masih kuat ~nya. ~ berat kuasa tarikan bumi. bergaya 1 kelihatan segak atau elok; sedap dipandang: Gadis yg berbaju kurung labuh dan berkain songket merah itu sungguh ~. 2 menunjukkan lagak; berlagak: Orang benci kpdnya kerana dia suka ~ spt orang-orang kaya. 3 ada kekuatannya; bertenaga: Sejak didatangi penyakit lumpuh tempoh hari, dia tidak ~ lagi. menggayakan 1 menunjukkan gaya menggunakan atau membuat sesuatu; membuat sesuatu supaya diketahui orang caranya: Pemuda itu ~ cara dia dpt menangkap pencuri itu. 2 membuat atau membuat-buat supaya kelihatan elok: Kalau hendak pergi ke parti, berjam-jam dia ~ dirinya di hadapan cermin. 3 memperlihatkan rupa atau bentuk sesuatu; memperagakan: Di majlis itu juga, beberapa orang peragawati telah ~ beberapa jenis pakaian moden. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sedekah | apa-apa yg diberikan kpd orang (biasanya kpd orang-orang miskin) dgn hati yg tulus ikhlas. bersedekah mengeluarkan atau memberikan sedekah. menyedekahi memberikan sedekah kpd: ~ orang-orang miskin. menyedekahkan memberikan sesuatu sbg sedekah: Dia ~ wang lima puluh sen kpd pengemis itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |