Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diam in kan


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
menyendiriduduk seorang diri, mengasing-kan (memencilkan, menyisihkan) diri: ia hendak ~ lalu lari dgn diam-diam;Kamus Dewan Edisi Keempat
seludup; menyeludup 1. masuk bersem­bunyi: ia ~ ke bawah rumah; 2. masuk (sesuatu kawasan dll) secara haram: ada motobot yg secara gelap ~ ke dlm perairan Malaysia; 3. masuk dgn diam-diam (bersembunyi-sem­bunyi): bagaimana aku dapat ~ ke daerah musuh? 4. (turun, terjun, terbang, dll) dgn kepala dahulu, menjunam: kapal terbang itu ~ serta menjatuhkan bom; menyeludupi masuk ke dlm tubuh manusia (roh jahat, orang halus, dll), merasuk; menyeludupkan 1. menyembunyikan, me­nyo­rok­kan; 2. memasukkan (barang dll) se-cara haram atau gelap: barang dagangan itu akan diseludupkan ke Jepun atau ke Eropah; 3. memasukkan sesuatu dgn diam-diam, me-nyusupkan: kadang-kadang penyair sengaja ~ ciri-ciri prosa dlm ciptaan mereka; CIA juga ~ ejen-ejen Chile ke dlm kumpulan pimpinan atasan dlm parti Allende; 4. menggerakkan (menerjunkan dll) arah ke bawah atau menye-rong ke bawah, men­junamkan: ~ kapal terbang-nya ke kawasan pertahanan musuh; seludupan sesuatu yg diseludupkan: mereka telah lama berlangganan dgn Wim tentang barang ~; penyeludupan perihal menyeludup(kan); penyeludup orang yg menyeludup(kan) se-suatu: Danil seorang pembunuh dan ~ besar; pesawat ~ Id kapal terbang yg boleh menye-rang sambil menjunam.Kamus Dewan Edisi Keempat
menyeludupkan1. menyembunyikan, me­nyo­rok­kan; 2. memasukkan (barang dll) se-cara haram atau gelap: barang dagangan itu akan diseludupkan ke Jepun atau ke Eropah; 3. memasukkan sesuatu dgn diam-diam, me-nyusupkan: kadang-kadang penyair sengaja ~ ciri-ciri prosa dlm ciptaan mereka; CIA juga ~ ejen-ejen Chile ke dlm kumpulan pimpinan atasan dlm parti Allende; 4. menggerakkan (menerjunkan dll) arah ke bawah atau menye-rong ke bawah, men­junamkan: ~ kapal terbang-nya ke kawasan pertahanan musuh;Kamus Dewan Edisi Keempat
sembunyi; main ~ sj permainan menyorok dan mencari, main cari-carian; ~ tuma kepala tersorok ekor kelihatan prb menutup perbuatan jahat yg telah diketahui ramai; lempar batu ~ tangan prb berbuat se-suatu kejahatan dan kemudian berpura-pura tidak tahu-menahu; sembunyi-sembunyi dgn tidak diketahui orang, (secara) diam-diam, (secara) senyap-senyap: dia masuk pertandingan nyanyian secara ~ kerana tidak direstui oleh keluarganya; dgn ~ dgn diam-diam: mereka meninggalkan tempat itu dgn ~; ~ puyuh prb a) menutup perbuatan jahat yg telah diketahui ramai; b) tidak mahu tahu akan perkara yg benar-benar berlaku; sembunyi-sembunyian, bersembunyi-sem­­bunyian bermain menyorok dan men­cari-cari; bersembunyi 1. berlindung (diri) supaya tidak kelihatan, menyorok: mereka masuk ~ di dlm rumah Menteri Besar yg telah kosong itu; 2. tidak mengatakan (memberitahukan) dgn sebenarnya, berahsia: jangan kamu ~ lagi, katakan sahaja dgn terus terang; menyembunyikan 1. melindungkan (me­nutup dll) supaya tidak kelihatan, menyorok-kan: maka Pak Lebai pun sampailah di tempat anjing itu ~ dirinya; di situlah tempat ia ~ hartanya yg baik-baik; 2. tidak mencerita-kan (sesuatu), me­rahsiakan: ia tidak dapat ~ perasaan hatinya; kerani itu juga mungkin bersubahat ~ rahsia ini; spt harimau ~ kuku-nya prb orang yg hendak menyorok-nyorok-kan kelebihan dirinya; tersembunyi tidak kelihatan, terlindung, dirahsiakan: apakah yg ~ di sebalik kebaikan hatinya itu?; tujuan yg ~ dan kemahuan nafsu yg terpendam; tersembunyi-sembunyi dgn diam-diam (berse-lindung), tersorok-sorok; persembunyian tempat bersembunyi (me­nyembunyikan): lima bilah pedang telah dijumpai di tempat ~ samseng-samseng di Lorong Pudu; penyembunyian perbuatan menyembunyi­kan; penyembunyi orang yg menyembunyikan sesuatu: ~ harta.Kamus Dewan Edisi Keempat
cedera III1. mungkir janji, tidak setia, ber­khianat; 2. pembunuhan (penyerangan dll) dgn tidak berterang-terangan (tipu daya); mencedera, mencederakan 1. mengkhianati; 2. membunuh (menyerang dll) dgn diam-diam (tipu daya); kecederaan khianat, keadaan tidak setia; pencederaan perihal (perbuatan) mence­dera(kan).Kamus Dewan Edisi Keempat
sengaptidak berbunyi (berkata-kata), diam, senyap: akhirnya dia ~, memerhatikan tiap-tiap inci gerak-geri suaminya; menyengap diam membisu, membatu; menyengapkan 1. menyuruh diam, meneng-king supaya diam, mendiamkan; 2. merahsia-kan, menyorokkan; penyengap pendiam.Kamus Dewan Edisi Keempat
tentang1. = di tentang berhadapan dgn, betul-betul di depan (di muka), dekat di sebelah ..., berseberangan dgn: ~ sebuah potret yg ter­gantung di dinding ia berdiri diam-diam, memandang tenang-tenang; 2. lurus di atas, tepat di atas: surat drpd Khadijah, yg mengaku sahabat Hayati ini, laksana sebuah bom yg meletus di tentang kepalanya; 3. lebih kurang pd, kira-kira pd (di): maka Upu Daing Perani pun kenalah peluru meriam ~ dadanya; 4. = tentangan Mn terhadap, berkenaan: mereka memberikan perhatian ~ Bahasa Kebangsaan; 5. hal ..., perkara ...: kedua-dua syeikh itu berbahas ~ masalah akyan sabitah; 6. berkenaan dgn, berkaitan dgn, darihal, mengenai: Datuk Ujang sendiri masih samar-samar ~ apa yg dimaksudkan oleh kata-kata gadis itu; 7. akan ..., dlm hal: buku ini tidaklah lengkap, sama ada ~ isi baik pun ~ pen-jelasan isinya; di ~ langit, langit, di ~ bumi, bumi prb orang yg lemah sekali dan tiada tempat berharap;setentang berhadapan benar dgn, betul-betul di hadapan (di atas): rumah dia ~ benar dgn rumah saya; bersetentang, bersetentangan berada betul-betul berhadapan (di atas): beliau mengangkat mukanya dan memandang muka bapanya yg ~ di hadapannya; bertentang 1. berhadapan (dgn), bertemu hadap: dia berdiri tegak ~ dgn muka pintu yg terkatup rapat itu; 2. menghadap (ke), menghala (ke): buat jalan dr bawah tanah itu sampai ~ ke bawah rumahnya itu; ~ mata a) berhadapan muka, berpandang-pandangan; b) bertemu muka; bertentangan 1. = ~ dgn = bertentang-tentangan berhadap-hadapan, berhadapan: dia duduk ~ dgn aku; 2. sl berdekatan dgn: setelah itu maka sampailah kapal itu ~ dgn Gunung Sailan; 3. berlawanan (arah, ke­dudukan, dll): arah yg ~; sudut yg ~; 4. ber­lawanan, bermusuhan: mungkin kita dgn mereka kadang-kadang bergaduh dan ~, tetapi dgn mereka juga kita mesti makan, bekerja serta bermain-main; 5. tidak sesuai (cocok, selaras) dgn, bersalahan dgn: tiap-tiap kebebasan seseorang itu akan ~ dgn kebebasan seseorang yg lain; 6. berselisih (faham, pendapat, dll): kami berdua jarang ~ pendapat; menentang 1. memandang tepat-tepat pd, menatap: rupanya pun terlalu amat elok spt bulan purnama, gilang-gemilang, tiada dapat ditentang nyata; 2. mengarahkan pandangan kpd, melekatkan pandangan kpd: lapang hatinya dapat ~ wajah Dang Kenanga yg selalu tersenyum; 3. memberi perlawanan kpd, melawan, memerangi: mereka sedang ~ keganasan; 4. tidak menyetujui (pendapat, usul, perintah, dll), membangkang, menam­pik, mendaga, menolak (cadangan dll), me­nyang­gah: dia menggunakan kesempatan yg baik ini utk ~ ajaran Hamzah; semua pekerja ~ peraturan-peraturan yg tidak berperi­kemanusiaan; 5. tidak mematuhi (undang-undang dll), menyalahi (aturan): barang siapa yg didapati ~ peraturan-per­atur­an bekerja ini akan didera; 6. meng­hadapi atau dgn sengaja menjumpai bahaya (bencana dll), menempuh (bencana): ~ marabahaya; 7. menghadapi, menjelang: hidup ~ mati; 8. mengarah, menuju: belayar ~ pulau; 9. menyongsong (angin, ombak, dll): belayar ~ angin; jangan ditentang matahari condong prb jangan dinanti atau dicari kemurkaan raja-raja atau kemarahan orang yg berkuasa; menentangi 1. menjumpai (bahaya, kesulitan, dll), menempuh, menghadapi: mereka sedikit pun tidak gentar ~ ancaman drpd pihak musuh itu; 2. melawan, memerangi; menentangkan menghadapkan, membawa ke muka: maka dihunusnya oleh Laksa­mana, lalu ditentangkannya di hadapan Seri Betara, lalu dipakainya; mempertentangkan menjadikan berten­tangan (berlawanan), menyemukakan: Baharum Rangkuti yg ~ seni dgn propaganda; tertentang 1. dapat dilihat (dipandang), ter­lihat, terpandang; 2. dapat dilawan (disanggah), terlawan; tiada ~ mata a) tidak dilihat (dipan-dang); b) = tidak ~ muka tidak berani ber-hadapan muka; tentangan 1. darihal, tentang; 2. apa yg diper­taruhkan (dlm perjudian dll), imbangan, padahan, pasangan: kalau aku kalah, rumah­kulah ~nya; 3. yg menjadi bandingan (imbangan): Pulau Pinang telah memberi-kan satu ~ hebat kpd Selangor dlm permainan bola sepak bulan sudah; 4. perlawanan, pe­nam­pilan, sanggahan: ajaran wujudiyah Hamzah dan Shamsuddin telah mendapat ~ hebat drpd Nuruddin ar-Raniri; 5. (tempat dll) yg bertentangan dgn, (di) seberang, hadapan;pertentangan 1. perihal bertentang, per­lawanan: ~ terhadap penjajahan barat; 2. perihal bertentangan, perselisihan (yg amat sangat), pertikaian (pendapat dll): orang Yunani memang mempunyai ~ politik dgn orang Turki; penentangan perihal (tindakan dsb) menen-tang, penolakan, perlawanan: tentera Belgium tidak menerima apa-apa ~; penentang (orang dll) yg menentang: aku mahu semua orang tahu kita ~ pendapat Wan Umar.Kamus Dewan Edisi Keempat
silih I= ~ ganti = ~ sambut saling berganti; ~ berganti berganti-ganti, bertukar-tukar; ~ mata sesuatu yg digunakan utk mata sahaja (memberi banyak mas kahwin yg kemudian­nya akan dikembalikan secara diam-diam dll); ~-semilih berturut-turut, ganti-berganti; bersilih 1. berubah menjadi ..., berganti, bertukar; ~ lapik berkahwin dgn sanak atau dgn saudara isteri yg telah meninggal, bersalin tikar; 2. = ~ ganti bergilir-giliran, berganti­-ganti; menyilih 1. memberi ganti (spt rugi dll), menggantikan, menukar; ~ rugi mengganti­kan kerugian (orang); 2. = ~ jadi bertukar menjadi; 3. bersalin kulit (ular dll); 4. Mn ark meminjam (wang dll); silihan benda yg digunakan utk mengganti; ~ perang ark ganti rugi perang, pampasan perang.Kamus Dewan Edisi Keempat
menyengapkan1. menyuruh diam, meneng-king supaya diam, mendiamkan; 2. merahsia-kan, menyorokkan;Kamus Dewan Edisi Keempat
lindung I; berlindung 1. = berselindung tidak menampakkan diri (kpd orang), ber­sembunyi: Si Lamat hendak mencari tempat ~ di dlm belukar itu; 2. berteduh, bernaung, memohon pertolongan orang lain: ramai penduduk negeri itu yg telah lari ~ diri ke negeri Normandy; 3. = berselindung tidak terang-terangan (melakukan sesuatu), dgn diam-diam, tidak ketara: manakala saya melihat Aminah berkata dgn tidak ber­selindung itu, saya pun kasihan kepadanya; dia tidak berani menentang secara berterang­-terangan hanya secara ~ sahaja; berlindungkan sl menyelamatkan atau menaungkan (diri), melindungkan: maka Sultan Zainal Abidin pun larilah berperahu kecil lalu ia ke Melaka, ~ dirinya pd Sultan Mansor Shah; melindungi 1. menudung supaya tidak kelihatan (jangan terkena sesuatu dll): pondok saya tidak nampak dr sini kerana dilindungi belukar; 2. memberi pertolongan (bantuan dll), membela, memberi naungan: mahkamah bertanggungjawab ~ masyarakat drpd malapetaka jenayah; beberapa ekor kambing biasanya dipelihara bersama­-sama biri-biri utk ~ biri-biri drpd serangan binatang buas; 3. tidak memperlihatkan (secara terang-terangan) atau mendedahkan sesuatu, menyelimuti kebenaran (kejahatan dll), menyelubungi: mereka sangat bijak ~ hasrat yg hendak disampaikan; lindung-melindungi saling melindungi; melindungkan 1. menaruh sesuatu supaya jangan kelihatan, menyembunyikan, me­nyorokkan: dilindungkannya benda itu di balik semak-semak itu; maka puteri itu pun ~ dirinya di balik pohon kelapa; tiap-tiap orang yg menggunakan perkataan spt ini semata-mata utk ~ perasaan dan fikiran masing-masing; 2. menggunakan utk melin­dungi: jerami itu dilindungkan pd semaian; memperlindungkan menaungkan, memberi pertolongan kpd, menyelamatkan: ia terpaksa berkhidmat ~ Tanah Brunei drpd serangan musuh; terlindung 1. tersorok, tersembunyi: per­buatan yg tidak ikhlas dan jujur ini tidak akan ~ selama-lamanya; 2. dapat diselamat­kan (drpd bahaya dll), terselamat; lindungan 1. yg terlindung oleh, yg dilindungi: manusia ~ Tuhan; 2. = perlindungan; kelindungan 1. terlindung atau tertutup (tidak kelihatan, terkena sesuatu, dll); 2. ark kelampauan (melampaui, melanggar adat, dll); perlindungan 1. tempat yg melindungi, tempat berlindung: pd hari hujan, atap itu menjadi ~; 2. perihal (tindakan dsb) melindungi (mis dgn bantuan, pertolongan,dll): pemerintahan Ghassan sentiasa men­dapat ~ kerajaan Rom; industri kecil spt ikan bertin dan barang-barang plastik tidak mendapat ~ tarif; pelindungan ark bilik air, jamban, tandas: maka pd sekali persetua, kuda kenaikan baginda jatuh ke dlm ~; pelindung 1. sesuatu (atap, dinding, dll) yg melindungi: atap yg tugasnya sbg ~ dr hujan dan panas, tidak memenuhi syaratnya; 2. orang yg memberi perlindungan (bantuan, pertolongan, dll): laki-laki yg sedang ter­kurung di rumahnya itu ialah ~nya, bukan musuhnya.Kamus Dewan Edisi Keempat
1234

Kembali ke atas