diang | ; berdiang berada dekat api (unggun api, dapur dll) utk memanaskan badan: Kerana kesejukan, mereka ~ di dapur. mendiang memanaskan atau memasak sesuatu dgn meletakkannya dekat dgn api: Emaknya sedang ~ ikan yg ditangkap tadi. perdiangan perapian utk berdiang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
diang | ; berdiang berada dekat api (unggun api, dapur) utk memanaskan badan: di musim sejuk begini kami tidak banyak keluar tetapi ~ di rumah sahaja; ~ di abu dingin prb pertolongan yg sia-sia (tidak berguna); sambil ~ nasi masak prb sekali membuat sesuatu pekerjaan, dua tiga maksud tercapai; mendiang memanaskan atau memasak sesuatu dgn meletakkannya dekat dgn api: pagi-pagi lagi kelihatan budak dua beradik itu ~ ikan di tepi sungai; bagai pucuk pisang didiang prb lemah sekali (tidak bertenaga) kerana sakit dll; mendiangkan memanaskan (badan, tangan, dll) dekat api: kata Thomas sambil menggesel dan ~nya dekat api; pendiangan tempat berdiang, (dapur jingkir) utk berdiang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
diang | berdiang berada dekat api (unggun api, dapur dll) utk memanaskan badan: Kerana kesejukan, mereka ~ di dapur. mendiang memanaskan atau memasak sesuatu dgn meletakkannya dekat dgn api: Emaknya sedang ~ ikan yg ditangkap tadi. perdiangan perapian utk berdiang. | Kamus Pelajar |
menyangai | 1. memanaskan (menjemur, men-diang, dll); 2. menggoreng tanpa minyak, merendang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pangkalan kangka | pangkalan tempat menghimpun gambir utk diangkut (dimuatkan) ke dlm perahu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kangka | ladang gambir; pangkalan ~ pangkalan tempat menghimpun gambir utk diangkut (dimuatkan) ke dlm perahu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
agraris | IB (berasaskan, berkaitan dgn, bersifat, dsb) pertanian: Inggeris tidak begitu suka mengganggu masyarakat Melayu yg dianggap masyarakat ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sangai II | Mn; bersangai berdiang, berjemur, berpanas: ia memperlihatkan tangannya yg sudah kisut, sudah hitam ~ dgn panas; menyangai 1. memanaskan (menjemur, men-diang, dll); 2. menggoreng tanpa minyak, merendang; tersangai 1. (telah) disangai; 2. tidak diminta orang (gadis). | Kamus Dewan Edisi Keempat |