dikesanakan | 1. dibawa (dialih, dianjak, dll) ke sana; 2. dikeluarkan (drpd kumpulan, keluarga, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tergencat | terhenti, terbantut: kalau pokok itu dianjak, tidak dapat tiada ia akan ~ dan layu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menganjakkan | menggerakkan sesuatu dr sesuatu tempat, mengengsotkan: dia ~ gelas itu ke tengah meja; dianjak layu, dianggur (dicabut) mati prb tidak dapat diubah lagi (keputusan); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menganjak | , menganjakkan menggerakkan sesuatu dr sesuatu tempat, mengengsotkan: dia ~ gelas itu ke tengah meja; dianjak layu, dianggur (dicabut) mati prb tidak dapat diubah lagi (keputusan); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menganggur | 1. mengalih, menganjak (tanaman dll); 2. mengerat cabang utk ditanam; 3. menanam keratan cabang; dianjak layu, dianggur mati prb suatu nasihat atau kebenaran yg tidak boleh diubah lagi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
anggur III | keratan cabang atau batang utk ditanam di tempat lain; menganggur 1. mengalih, menganjak (tanaman dll); 2. mengerat cabang utk ditanam; 3. menanam keratan cabang; dianjak layu, dianggur mati prb suatu nasihat atau kebenaran yg tidak boleh diubah lagi; angguran anggur, keratan cabang utk ditanam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gencat | 1. macat, terhalang, terhenti (kemajuan, pekerjaan, dll); 2. bantut, kerdil (pokok, orang, dll); menggencat menghentikan, membantutkan; ~ senjata menghentikan tembak-menembak; menggencatkan menyebabkan tergencat: sistem pertanian tradisional hanya akan ~ usaha petani utk menambahkan pendapatan mereka; tergencat terhenti, terbantut: kalau pokok itu dianjak, tidak dapat tiada ia akan ~ dan layu; gencatan; ~ senjata (perang) keadaan berhenti bertempur, keadaan terhentinya atau persetujuan menghentikan pertempuran atau tembak-menembak, peletakan senjata. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
anjak | ; beranjak 1. (berpindah, beralih) sedikit dr sesuatu tempat, berengsot: jangan ~ dr tempatmu; 2. bergerak meninggalkan sesuatu tempat: ketika subuh tiba barulah dia ~ dr beranda dan masuk ke kamarnya; menganjak, menganjakkan menggerakkan sesuatu dr sesuatu tempat, mengengsotkan: dia ~ gelas itu ke tengah meja; dianjak layu, dianggur (dicabut) mati prb tidak dapat diubah lagi (keputusan); anjakan hasil menganjak, engsotan; ~ gaji pergerakan gaji drpd tangga gaji semasa ke tangga gaji berikutnya pd satu peringkat yg lebih tinggi dlm Sistem Saraan Malaysia (bkn pergerakan gaji kakitangan perkhidmatan awam kerajaan Malaysia); penganjakan perbuatan menganjak, pengengsotan; penganjak bahagian drpd suatu perkakas utk menggerakkan supaya perkakas itu menjadi panjang atau pendek. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
layu | 1. kering dan kecut (daun, bunga, dll), tidak berseri atau tidak segar lagi, lisut: kajang orang kajang berlipat, kajang saya mengkuang ~; 2. ki pucat dan lesu (orang), tidak bergaya, tidak sihat, merana: gadis tua yg sudah ~; ~ bunga (barang yg) sudah lama tetapi masih elok (kain dll); ~ malap Kl terlalu letih; dianjak ~, dibubut (dianggur) mati = diasak (pindah) ~, dicabut mati prb keputusan yg muktamad (tidak dapat diubah-ubah lagi); melayukan menyebabkan jadi layu (melayurkan, menganggurkan, dll): bilamana bunga itu hendak menjadi putik maka datang sahaja panas matahari ~ bunga itu; layu-layuan 1. sesuatu yg layu; 2. = padi ~ Mn padi yg telah mulai kering; kelayuan 1. keadaan layu; 2. = layuan ki kemangkatan (raja). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sana I | 1. tempat yg jauh atau yg dianggap jauh: di dlm kolam ~, ramai orang yg sedang mandi; 2. bp dia, orang yg ketiga; pihak ~ pihak lawan (dlm permainan dll); di sana tempat yg jauh (dr orang yg ber-cakap): mereka telah sampai ~ pukul tujuh pagi; ~ sini di merata-rata tempat; ke sana menghala ke tempat yg jauh (lain): bawalah tong sampah ini ~; ~ ke mari pergi balik, pulang balik; kesanakan ark sebelah sana, jauh sedikit; dikesanakan 1. dibawa (dialih, dianjak, dll) ke sana; 2. dikeluarkan (drpd kumpulan, keluarga, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |