salad | 1. sj tumbuhan (herba yg dibuat sayur), Lactuca sativa; 2. sj makanan yg diperbuat drpd sayur-sayuran mentah (spt salad, timun, tomato, dsb), selada; 3. = ~ buah-buahan campuran buah-buahan yg dipotong-potong dan disejukkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keju | (kéju) sj makanan yg dibuat drpd dadih susu; ~ krim keju lembut berwarna putih yg diperbuat drpd krim dan susu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rumbia | sj tumbuhan (palma yg menghasilkan sagu, dan daunnya dibuat atap), sagu, Metroxylon spp.; atap ~ atap yg diperbuat drpd daun rumbia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kek I | (kék) sj kuih yg dibuat drpd adunan tepung, mentega, gula, dll dan dibakar; ~ buah kek yg mengandungi campuran buahbuahan kering spt kismis, aprikot dsb; ~ keju kek yg diperbuat drpd keju krim, gula, telur dsb; ~ lapis kek yg terdiri drpd beberapa lapis yg berwarna-warni dan berempah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gentian | 1 = ~ semula jadi benda spt benang yg terdapat pd tumbuh-tumbuhan atau haiwan spt dlm kapas, otot-otot dll; serat; serabut. 2 = ~ tiruan benda spt benang yg dibuat secara tiruan. 3 benda-benda yg terbentuk (terjadi) drpd gentian semula jadi atau gentian tiruan: ~ hem gentian utk dibuat tali. ~ kaca ist gentian yg diperbuat drpd filamen kaca yg halus-halus (bergaris pusat antara 5 hingga 10 mikrometer). ~ karbon ist gentian yg terdiri drpd filamen karbon yg nipis dan kuat yg diperbuat dgn memanaskan gentian rayon atau gentian tekstil lain, digunakan utk menguatkan resin, seramik atau logam. ~ optik ist gentian kaca yg panjang dan halus yg digunakan utk menghantar data digital dlm bentuk cahaya, spt yg digunakan dlm telekomunikasi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
selada | 1. sj tumbuhan (paku pakis), ribu-ribu, Lygodium scandens; 2. sj tumbuhan (herba yg boleh dibuat sayur), salad, Lactuca sativa; 3. sj makanan yg diperbuat drpd sayur-sayuran (daun-daun selada, mentimun, tomato, dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sagu I | 1. hati batang pokok palma (kabung, rumbia, dll); jika tak dipecah ruyung di mana boleh mendapat ~ prb tidak akan tercapai sesuatu maksud jika tidak mahu berusaha; 2. = tepung ~ tepung yg diperbuat drpd pati hati batang rumbia dll; 3. = pokok ~ sj tumbuhan (palma yg pati hatinya boleh dibuat tepung sagu), Metroxylon spp.; ~ belanda (betawi) sj tumbuhan (palma), Marantha arundinacea; ~ pisang hati batang pisang; ~ rendang (biji-biji) sagu yg kasar; ~ rumbia sagu yg diperbuat drpd pati hati batang rumbia; ~ tampin pati sagu yg diperdagangkan; akar ~ paya sj tumbuhan (pokok memanjat), akar urat-urat, bunga petaya, Dalbergia stercorea; menyagu 1. membuat sagu; 2. bp menganji dgn sagu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
minyak I | cairan yg tidak boleh bercampur dgn air (diperoleh drpd tumbuh-tumbuhan, binatang, ataupun lombong), lemak yg cair; ~ angin sj ubat (utk menyembuhkan pening kepala, sakit perut, dll) yg diperbuat drpd campuran beberapa bahan; ~ atar sj minyak wangi (berasal dr negara Timur Tengah); ~ babi cairan lemak babi; ~ bakar Id minyak utk menjalankan enjin (kapal dll); ~ bata minyak yg diperbuat drpd buah suntai (boleh dimakan); ~ benzin minyak utk menggerakkan jentera dll; ~ bumi beberapa jenis minyak yg dilombong dr bumi; ~ cat minyak utk mencairkan cat; ~ cenduai sj minyak guna-guna (utk menarik hati perempuan); ~ diesel minyak yg digunakan utk enjin diesel; ~ galian minyak bumi; ~ gas = ~ tanah minyak yg mudah terbakar (dipakai utk lampu dll); ~ goreng minyak utk goreng-menggoreng; ~ gosok minyak yg digunakan utk mengurut; ~ hitam a) minyak yg agak pekat utk melicinkan perjalanan enjin; b) = ~ tar sj minyak yg diperoleh dlm arang batu dan digunakan utk membuat jalan raya (mengawet kayu dll); ~ ikan minyak drpd lemak ikan paus dsb; ~ jarak (kelapa, zaitun, dll) minyak yg dibuat drpd buah jarak (kelapa, zaitun, dll); ~ kacang minyak yg diperoleh drpd kacang tanah, biasanya digunakan dlm masakan, produk farmaseutikal, sabun dsb; ~ kelapa minyak yg diperoleh drpd isi kelapa dan digunakan utk masakan, membuat sabun dsb; ~ kelung air atau cairan yg keluar dr pipi gajah yg sedang naik berahi; ~ kelonyor sj minyak yg harum dan mudah meruap (eau de Cologne); ~ lincir Id ~ = ~ pelicin minyak utk melicinkan perjalanan mesin dll; ~ linsid minyak berwarna perang dan mudah terbakar yg diekstrak drpd biji flaks, digunakan dlm pembuatan cat, dakwat pencetak, linoleum, varnis dsb; ~ masak minyak spt minyak kelapa dan minyak sawit, yg digunakan utk memasak atau menggoreng makanan; ~ mentah minyak yg dilombong dan belum diolah lagi; ~ mineral minyak yg diperoleh drpd penyulingan petroleum yg digunakan sbg pelincir, pelembab dan dlm perubatan; ~ pati minyak yg diekstrak drpd tumbuhan dan mempunyai bau atau perisa tumbuhan tersebut, biasanya digunakan dlm membuat minyak wangi, sbg perisa dsb; ~ parafin minyak tanah; ~ pekat Id salap; ~ pelincir minyak utk melicinkan atau melancarkan pergerakan bahagian-bahagian enjin; ~ perlu campuran alkohol, ester, aldehid, keton, dll yg diekstrak drpd bahagian tumbuhan spt bunga, daun atau kayu, dan digunakan utk membuat minyak wangi dan perisa makanan; ~ petrol minyak utk menjalankan enjin dll; ~ rambut minyak utk melicinkan rambut; ~ regular = ~ biasa minyak petrol tanpa plumbum yg mempunyai kadar oktana yg rendah; ~ sapi = ~ samin sj minyak yg diperbuat drpd susu lembu dll; ~ sawit minyak yg diperoleh drpd buah kelapa sawit dan digunakan utk masakan, membuat sabun dsb; ~ sayur minyak yg diperoleh drpd tumbuhtumbuhan dan digunakan utk memasak, membuat majerin dsb; ~ super minyak petrol tanpa plumbum yg mempunyai kadar oktana yg tinggi; ~ tetap minyak lemak yg tidak meruap yg diperoleh drpd sayur-sayuran atau haiwan dan digunakan utk membuat bahan pelincir, sabun dsb; ~ wangi = ~ raksi minyak yg berbau harum (bau-bauan); ~ dgn air adakah bercampur prb orang yg bermusuhan atau yg tidak sehaluan mustahil dapat dicampurkan jadi satu; ~ duyung perendang duyung = ~ kita juga yg digo-rengkannya prb seseorang telah berbuat budi atau kebaktian kpd seorang raja atau orang kaya dgn menggunakan kekayaan orang itu sendiri; ~ habis sambal tak enak prb kekecewaan dlm perjodohan anak dgn menantu; licin kerana ~ berminta, elok kerana kain berse-lang prb sindiran utk merendahkan seseorang yg angkuh atau sombong kerana harta atau barang yg dipinjam; memasukkan ~ tanah prb menyalakan marah orang (menghasut) supaya perselisihan makin hebat; sesudah arang-arang hendak ~ pula prb sesudah mengotorkan nama orang sekarang hendak bermanis-manis pula dgn orang itu; berminyak 1. mengandungi minyak, berisi minyak, berlemak, mengeluarkan minyak: ikan yg ~ mengandungi zat vitamin A dan D; 2. memakai minyak: rambutnya kering dan kasar tidak ~; ~ air mukanya ki nampak berseri mukanya (kerana gembira dll); pandai ~ air ki a) pandai berkata-kata utk mencapai sesuatu maksud; b) pandai berpura-pura (bermuka-muka); c) pandai menggunakan sesuatu yg sebenarnya kurang baik; ~ biar lecak = mati-mati ~ biar licin prb tiap-tiap pekerjaan janganlah kepalang, biarlah sampai pd akhir kesudahannya; ~ tak licin prb alang kepalang, tanggung-tanggung; meminyaki memberi berminyak, membubuh minyak pd, melumuri dgn minyak: ia sibuk ~ segala bahagian jentera yg bergerak; perminyakan perihal minyak (perlombongannya dll); sakramen ~ Id sj upacara bersembahyang utk orang yg hampir akan mati (Roman Katolik). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
wayang | 1. patung dll yg dibuat drpd kulit dll utk mempertunjukkan sesuatu cerita: kita adalah ~ di tangan dalang; 2. pertunjukan pentas (sandiwara, bangsawan, dll); anak ~ orang yg berlakon dlm pertunjukan pentas (sbg profesion); 3. = ~ gambar = ~ gelap pertunjukan gambar hidup yg berupa cerita dsb (yg ditayangkan pd layar putih): budakbudak di situ dapat menonton ~ gambar di sebuah panggung tempatan; panggung ~ tempat wayang gambar dipertunjukkan (ditayangkan); ~ bangsawan sj pertunjukan pentas (sandiwara dan nyanyinyanyian); ~ Cina = ~ potehi sj permainan pentas orang Cina; ~ golek = ~ kelitik = ~ kerucil = ~ patung = ~ tongkol wayang yg dibuat drpd kayu (berupa anak-anakan dll); ~ kulit = ~ purwa wayang drpd patung-patung yg diperbuat drpd kulit; ~ orang sj sandiwara Jawa dgn tarian yg diiringi oleh gamelan (melakonkan cerita-cerita yg berasal drpd kitab Mahabharata); ~ suluh Id wayang kulit yg dimainkan dlm bahasa Indonesia; mewayangkan memainkan wayang, menjadikan lakonan wayang, melakonkan, mendalangkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sarung I | 1. salut (tempat menyimpan keris, pedang, dll) yg dibuat drpd kayu dll: pedang yg sudah terhunus drpd ~nya; 2. sampul (bantal, surat, dll), bungkus; 3. = kain ~ kain yg hujung pangkalnya dijahit bersambung; ~ akar tisu yg menyalut hujung akar (supaya tidak rosak, patah, dll); ~ bantal kain pembungkus bantal (supaya bantal tidak kotor dll); ~ bidal = ~ jari sarung jari yg diperbuat drpd logam (utk orang menjahit), jidal, didal; ~ kepompong lapisan yg menyaluti telur (kepompong) serangga; ~ keris sarung tempat menyimpan keris; ~ surat sampul surat; ~ tangan kaus tangan; seberapa panjang ~, begitulah panjang matanya prb perangai (perkataan) yg baik atau jahat menunjukkan sedikit atau banyaknya ilmu seseorang; bersarung memakai sarung: dia bertopeng dan ~ tangan; bersarungkan menggunakan sesuatu sbg sarung: ia mengambil goloknya yg berhulu-kan buluh dan ~ upih itu; menyarung 1. memberi bersarung: ~ keris; 2. memakai atau mengenakan (pakaian dll): dia terus ~ pakaian; menyarungkan 1. memasukkan ke dlm sarung: kemudian Panglima Hitam pun ~ kerisnya kembali; 2. mengenakan atau me-masukkan (pakaian, cincin, dll): dia terpaksa menahan nafas ketika ~ baju sutera halus tanpa tangan itu; ~ baju di badan maka sesuai prb mengukur perbuatan orang dgn keadaan diri sendiri; tersarung 1. terletak dlm sarung (keris, pedang, dll), dlm keadaan bersarung; 2. terlekat atau terpakai (pakaian dll): cincin pertunangan ~ di jarinya; penyarung sl orang yg membuat sarung: maka oleh segala perawangan itu dibawa-nya keris itu kpd segala ~ disuruh sarungkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |