bercas | telah dicas: bateri-bateri yg ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
storan dinamik(dynamic storage) | Storan komputer yang perlu dicas atau disegarkan semula berulang kali untuk mengelakkan data yang dipegangnya luput. | Kamus Komputer |
mengecas | menahan dgn kaki atau menyepak kaki orang (utk menjatuhkannya): orang itu pun rebah apabila dicas ketingnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sel primer | sel yg menghasilkan arus elektrik melalui tindak balas elektrokimia yg tidak berbalik (tidak dapat dicas semula); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cas III | jumlah tenaga elektrik yg tersimpan di dlm sesuatu, mis kapasitor dsb: ~ elektrik; bercas telah dicas: bateri-bateri yg ~; mengecas mengalirkan arus elektrik ke dlm bateri yg lemah utk disimpan supaya bateri lebih kuat dan tahan lebih lama: ~ bateri; pengecasan proses atau perbuatan mengecas: kemajuan teknologi kini membolehkan ~ bateri dibuat sekali lagi atau dua kali sahaja sebulan; pengecas alat yg digunakan utk mengecas: dia mengecas baterinya dgn menggunakan ~ elektrik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cas I | ; mengecas menahan dgn kaki atau menyepak kaki orang (utk menjatuhkannya): orang itu pun rebah apabila dicas ketingnya; mengecaskan menjatuhkan dgn menahan (menyepak) kaki orang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sel | (sél) 1. (Bio) unit terkecil sesuatu organisma yg terdiri drpd nukleus dan sitoplasma yg dikelilingi membran sel; 2. bilik kecil dan sempit tempat mengurung orang salah di penjara; 3. (Fiz) bahagian (pd bateri) yg diisi bahan-bahan kimia utk mengeluarkan tenaga elektrik; ~ elektrik = ~ elektrokimia sel yg digunakan utk menghasilkan tenaga elektrik atau utk melakukan elektrolisis (terdiri drpd dua elektrod yg terendam dlm elektrolit); ~ elektrolisis sel yg menggunakan tenaga elektrik arus terus utk menguraikan elektrolit; ~ fotoelektrik peranti yg menghasilkan kesan elektrik apabila terdedah pd cahaya; ~ kering bateri; ~ piawai sel primer yg voltannya diketahui dengan tepat; ~ primer sel yg menghasilkan arus elektrik melalui tindak balas elektrokimia yg tidak berbalik (tidak dapat dicas semula); ~ sekunder sel yg menghasilkan arus elektrik melalui tindak balas elektrokimia yg berbalik (dapat dicaskan semula); ~ suria sj sel elektrik yg menukarkan tenaga suria kpd tenaga elektrik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |