mengilhami | memberi (seseorang) ilham, membisik di dlm hati: aku diilhami oleh kata-kata ini utk pergi mengembara; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ilham | Ar 1. petunjuk drpd Tuhan (terbit dlm hati): ibu Nabi Musa mendapat ~ drpd Tuhan supaya memasukkan Musa ke dlm peti dan menghanyutkannya di Sungai Nil; 2. sesuatu yg menggerakkan hati atau menimbulkan daya cipta dsb utk menghasilkan atau menĀcapai sesuatu: aku hendak tahu bagaimana kau mendapat ~ utk mencipta buku ini; berilhamkan mempunyai sesuatu sbg ilham: konsep itu ~ teori yg dikemukakan oleh Einstein; mengilhami memberi (seseorang) ilham, membisik di dlm hati: aku diilhami oleh kata-kata ini utk pergi mengembara; mengilhamkan memberikan ilham kpd, menggerakkan hati: rancangan itu ialah usahanya sendiri, tiada sesiapa pun yg ~nya; Angkatan Sasterawan 50 yg ~ penubuhan badan tersebut; pengilham orang (sumber dsb) yg memberikan ilham: guru sbg ~ cita-cita yg besar, cekap menyampaikan falsafah mengenai nilai dan makna diri kpd pelajar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |