terkunyah | 1 sudah dikunyah; dpt dikunyah. 2 mengunyah dgn tidak sengaja: Saya ~ tulang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kunyah | ; mengunyah menghancurkan makanan dlm mulut dgn gigi (sebelum menelannya); memamah: Makanan hendaklah dikunyah lumat-lumat sebelum ditelan. mengunyahkan mengunyah utk orang lain. terkunyah 1 sudah dikunyah; dpt dikunyah. 2 mengunyah dgn tidak sengaja: Saya ~ tulang. pengunyah (jenis haiwan) yg mengunyah: Lembu dan kambing termasuk dlm kumpulan haiwan ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sirih | nama sj pokok renek memanjat yg daunnya dikunyah berserta pinang, gambir, kapur dll, Piper spp.. ~ sekapur (setampin) sirih yg lengkap dgn kapur, gambir, pinang dsb dan telah berlipat (sedia utk dikunyah). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kunyah | ; mengunyah 1. melumatkan (menghancurkan) makanan dlm mulut dgn gigi sebelum menelannya, memamah: tanganku menyuap nasi lagi, mulutku ~ perlahan-lahan; 2. ki memikirkan baik-baik, meneliti (ajaran, kata-kata, dll): segala ajarannya hendaklah dikunyah dan diambil mana yg baik; 3. ki memakan, menelan: usia tua telah ~ hidupnya sejak suaminya meninggal dunia; 4. = mengunyah-ngunyah ki menyebut (memperkatakan) berulang-ulang, selalu membangkit-bangkitkan: janganlah dikunyah-kunyah lagi perkara itu; mengunyahkan mengunyah utk (orang lain); terkunyah 1. (telah) dikunyah: Milah membiarkan nasi yg masih ada dlm mulutnya ~; 2. mengunyah dgn tidak sengaja; ~ di batu ki buruk nasib, malang, sial; ~ di nasi ki bernasib baik, beruntung, mujur; kunyahan sesuatu yg sudah dikunyah; pengunyahan perbuatan (proses dsb) mengunyah: gigi berfungsi memotong dan menyiat makanan menjadi potongan-potongan kecil utk memudahkan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terkunyah | 1. (telah) dikunyah: Milah membiarkan nasi yg masih ada dlm mulutnya ~; 2. mengunyah dgn tidak sengaja; ~ di batu ki buruk nasib, malang, sial; ~ di nasi ki bernasib baik, beruntung, mujur; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kunyahan | sesuatu yg sudah dikunyah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
empuk | 1 lembut dan mudah dikunyah (bkn makanan). 2 tidak keras; lembut: duduk di kerusi yg ~. 3 reput dan mudah koyak (bkn kain). 4 sedap didengar (bkn bunyi); merdu; lunak. mengempukkan menjadikan empuk: Ubi itu direbus lama sedikit utk ~nya. keempukan keadaan atau sifat empuk: Mereka menguji ~ tilam baru itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sirih masak | sirih selengkapnya (utk dikunyah); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sepah I | hampas benda yg telah dikunyah dan dihisap airnya (spt tebu, sirih, dll): maka ia pun segeralah santap sirih maka ~nya itu pun diberikan kpd tuan puteri Kuntum Ratna Sari; sepelontar ~ sirih jarak yg dekat sekali; ~ tembakau Kl a) sesuatu yg tidak berguna lagi; b) sampah masyarakat; habis manis ~ dibuang prb digunakan sesuatu sewaktu ada perlunya sahaja, setelah itu ditinggalkan; menyepah mengambil sari atau air drpd sesuatu (spt sirih, tebu, dll) dgn mengunyah: apa yg disepah oleh budak itu? | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bolus | (Bio) gumpalan makanan yg telah dikunyah dan sedia utk ditelan atau yg melalui esofagus. | Kamus Dewan Edisi Keempat |