Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dilakukan

Peribahasa

Alu pencungkil duri.

Bermaksud :

Tak mungkin dilakukan; pekerjaan yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti antan pencungkil duri).

 

Lihat selanjutnya...(43)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
pekerjaan1. sesuatu yg dikerjakan (dilaku­kan, dibuat), perbuatan: ~mu membakar negeri Langkapuri itu juga bukan ~ laki-laki; 2. sesuatu yg dilakukan (harus dilakukan) sbg tanggungjawab, kewajiban, tugas: sempurnalah ~ yg dititahkan paduka ayahanda itu; ~nya membersihkan pekarangan rumah belum selesai; ~ Allah kewajiban kpd Allah; 3. sesuatu (usaha, kegiatan, dsb) yg dilakukan berterusan (dr sehari ke sehari) utk keperluan hidup, usaha atau kegiatan utk mendapatkan wang, pencarian: pd masa itu, bapaku memegang ~ tuan syahbandar Holanda; mereka semua mahukan ~ yg memberikan pendapatan yg besar; ~ kolar putih kerja spt yg dilakukan oleh golongan pengurusan (profesional, perkeranian, dsb, iaitu bukan kerja kasar yg memerlukan kekuatan tenaga); ~ tangan kerja membuat barang-barang dgn tangan (spt menganyam dll); 4. ark pergerakan atau perjalanan sesuatu: beliau menerangkan ~ jentera itu kpd pelawat-pelawat; 5. majlis (istiadat) perkahwinan dll: banyak dia berbelanja kerana ~ kahwin anaknya; ~ baik lekas-lekaskan, jangan ditimpa ~ buruk; ~ buruk lambat-lambatkan, untung-untung datang ~ baik prb Mn pekerjaan baik (spt pekerjaan kahwin) hendaklah disegerakan melakukannya supaya tidak ada apa-apa halangan (sebaliknya pekerjaan yg tidak baik hendaklah ditangguhkan supaya dapat difikir­kan dgn lebih teliti);Kamus Dewan Edisi Keempat
prasunting(pre-edit)Penyuntingan yang dilakukan sebelum pemprosesan sebenar dilakukan.Kamus Komputer
tawaf1 perbuatan berjalan mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh kali sambil berdoa (dilakukan sbg ibadat). ~ ifadah tawaf yg menjadi rukun dlm ibadat haji atau umrah. ~ qudum tawaf yg sunat dilakukan oleh orang-orang yg baru tiba di Mekah. ~ widak tawaf yg wajib dilakukan oleh setiap jemaah haji (umrah) ketika hendak keluar dr Mekah. 2 = bertawaf mengerjakan atau melakukan tawaf.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tindak; ~-tanduk apa-apa yg dilakukan; perbuatan. bertindak menjalankan se­suatu usaha atau kegiatan; bertugas: Pihak polis telah ~ mencegah kecurian di kampung itu. tindakan 1 usaha yg dijalankan atau yg dilakukan: mengambil ~ melakukan sesuatu utk mencegah atau mengatasi sesuatu; ber­buat sesuatu; bertindak. 2 apa-apa yg dilakukan; perbuatan. ~ tatatertib tindakan yg diambil atau hukuman yg dikenakan terhadap seseorang yg melanggar per­aturan tatatertib perkhidmatan, organi­sasi dsb.Kamus Pelajar Edisi Kedua
korban1 ibadat sunat yg dilakukan dgn menyembelih binatang berkaki empat spt unta, kambing atau lembu utk “menghampirkan diri kpd Allah” (boleh dilakukan pd bila-bila masa antara waktu pagi 10 Zulhijah hingga terbenam matahari pd 13 Zulhijah). 2 kesanggupan melakukan atau menanggung sesuatu sbg tanda kasih atau setia; pemberian: Inilah ~ku kpd nusa dan bangsa. 3 orang yg menanggung kesusahan atau kecelakaan akibat perbuatan jahat yg dilakukan oleh orang lain dll; mangsa: Banyaklah harta benda yg binasa dan orang yg menjadi ~ keganasan itu. berkorban 1 memberikan sesuatu sbg korban: Banyak orang yg ~ pd Hari Raya Haji. 2 memberikan sesuatu sbg tanda kasih; menanggung kesusahan atau penderitaan utk keselamatan orang lain: Utk bangsa dan negara, mereka sanggup ~ nyawa. mengorbankan 1 menjadikan sesuatu sbg korban: Ada yg ~ unta dan ada juga yg ~ kibas. 2 memberikan atau menyerahkan sesuatu utk sesuatu tujuan: Dia sanggup ~ nyawanya utk kepentingan negara. pengorbanan perbuatan atau hal mengorbankan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
korban1. ibadat sunat yg dilakukan dgn menyembelih binatang berkaki empat spt unta dll utk “menghampirkan diri kpd Allah” (boleh dilakukan pd bila-bila masa antara waktu pagi 10 Zulhijah hingga terbenam matahari pd 13 Zulhijah). 2. kesanggupan melakukan atau menanggung sesuatu sbg tanda kasih atau setia; pemberian: Inilah ~ku kpd nusa dan bangsa. 3. orang yg menanggung kesusahan atau kecelakaan akibat perbuatan jahat yg dilakukan oleh orang lain dll; mangsa: Banyaklah harta benda yg binasa dan orang yg menjadi ~ keganasan itu. berkorban 1. memberikan sesuatu sbg korban: Banyak orang yg ~ pd Hari Raya Haji. 2. memberikan sesuatu sbg tanda kasih; menanggung kesusahan atau penderitaan utk keselamatan orang lain: Utk bangsa dan negara, mereka sanggup ~ nyawa. mengorbankan 1. menjadikan sesuatu sbg korban: Ada yg ~ unta dan ada juga yg ~ kibas. 2. memberikan atau menyerahkan sesuatu utk sesuatu tujuan: Dia sanggup ~ nyawanya utk kepentingan negara. pengorbanan perbuatan atau hal mengorbankan.Kamus Pelajar
amal1 apa-apa yg dilakukan; perbuatan; pekerjaan; kerja: Tidak ada ~nya yg melayakkan dia dipuji. 2 perbuatan yg baik; sesuatu yg dilakukan utk maksud berbuat kebajikan: Kita hendaklah berbuat ~ kpd makhluk yg lemah. ~ ibadat perbuatan utk berbakti kpd Allah (spt bersembahyang, berpuasa). ~ jariah perbuatan yg diredai Allah utk kepentingan masyarakat (spt berderma). beramal 1 melakukan sesuatu utk kebaikan (spt berderma, memberikan bantuan). 2 melakukan sesuatu supaya menjadi kebiasaan atau supaya mahir. 3 = ~ ibadat mengerjakan amal ibadat. mengamalkan membiasakan diri melakukan sesuatu (sehingga menjadi tabiat atau kebiasaan); melakukan sesuatu yg dipelajari (diajarkan, dipercayai dll); mempraktikkan: Kerajaan Malaysia ~ dasar demokrasi. Jika saudara ~ senaman ini, insya-Allah saudara akan berasa segar dan sihat. amalan 1 perbuatan yg baik-baik. 2 perbuatan yg biasa dilakukan; kebiasaan. pengamalan perihal atau perbuatan mengamalkan. pengamal orang yg mengamalkan sesuatu (ilmu, fahaman dsb); orang yg bergiat dlm sesuatu bidang pekerjaan (profesion): ~ undang-undang; ~ perubatan tradisional.Kamus Pelajar Edisi Kedua
ikhtiardaya usaha yg dilakukan utk mencapai sesuatu: Bermacam-macam ~ telah dilakukan tetapi penyakitnya belum juga sembuh. berikhtiar mencari jalan utk mendapatkan sesuatu; berusaha: Kerajaan sekarang sedang ~ utk menolong petani-petani. mengikhtiarkan mengusahakan sesuatu supaya berhasil; mencari akal: Mereka berjanji akan ~ pengumpulan wang utk membantu pelajar itu meneruskan pelajarannya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
adatperaturan yg lazim dilakukan sejak dahulukala: Majlis perkahwinan itu telah dilakukan mengikut ~ orang-orang Melayu. ~ istiadat berbagai-bagai adat yg diikut. ~ resam adat yg menjadi kebiasaan kpd sesuatu kaum (daerah dll). beradat 1 mempunyai adat; tahu bersopan santun. 2 mengikut adat (ketika melakukan sesuatu).Kamus Pelajar Edisi Kedua
penterjemahan mesin(mechanical translation)Penterjemahan yang dilakukan dengan menggunakan komputer, bukan yang dilakukan oleh manusia.Kamus Komputer
12345678910...

Kembali ke atas