lupaan | sesuatu yg dilupakan: ada dua unsur yg dikemukakan utk menghuraikan bagaimana ~ berlaku; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kelupaan | 1 keadaan atau hal lupa. 2 ada yg dilupakan; terlupa. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
melupakan | 1. lupa akan, tidak ingat akan: budi baiknya tidak dapat dilupakan; 2. menghilangkan drpd ingatan, menjadikan lupa: sukar hendak ~ peristiwa itu; 3. mengabaikan, melalaikan (kewajiban dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
melenyap | menjadi lenyap: ia umpama kunang-kunang yg timbul sekali-sekala dan kemudian ~ dan dilupakan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengajangi | memberi beratap dgn kajang, menutupi dgn kajang; usang dibarui, lapuk dikajangi prb a) mana-mana yg tidak baik diganti atau dibaiki; b) adat atau peraturan yg sudah dilupakan dihidupkan kembali; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
larat I | 1. dibawa arus, pergi jauh-jauh, hanyut: ada untung digantung sauh, kalau tidak ~lah kami; sauhnya ~ sauhnya hanyut (tidak dapat berkuat); 2. dlm berbagai-bagai erti bermaksud bertambah sangat (berdukacita, mengembara, dll): makin lama makin ~, makin dilupakan makin teringat; hati hiba membawa ~; ~ fikiran a) terlalu amat sedih; b) tersesar (fikiran); ~ hati sedih hati, lara; berlarat, berlarat-larat, melarat 1. bertambah jauh (hanyut, pergi, dll), berpanjang-panjang, berkait-kait (perbualan, cerita, dll), berlarut-larut, menjadi-jadi, merebak: mereka bercakap berlarat-larat dr perkara tembakau sampai ke perkara politik; saya harap peperangan ini tidak melarat, mudah-mudahan lekas padam dan berhenti; 2. tidak menentu (kedudukan dll), tidak terjaga: hidup mereka sangat melarat, pengangguran menjadi-jadi; melarat panjang selalu dlm kesusahan; memperlarat menjadikan lebih panjang (lama, rumit, dll); kemelaratan perihal (keadaan) melarat: ~ hidup; salah satu kecaman Allah ialah manusia yg tidak membantu ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hilang | 1. tidak kelihatan lagi, lenyap, tiada lagi: kebakaran itu telah menyebabkan dua belas keluarga ~ rumah mereka; takkan Melayu ~ di dunia; 2. tidak ada lagi sesuatu perasaan (spt marah, benci, suka, dsb), kepercayaan, pertimbangan, dsb: perasaan marahnya masih belum ~ lagi; orang ramai telah ~ kepercayaan terhadapnya; dia telah ~ perhitungan dan terus menikam lawannya; 3. tidak dikenang lagi, telah dilupakan, lenyap: jasanya yg bertahun-tahun ~ begitu sahaja akibat perbuatannya yg tidak amanah itu; 4. (bkn suara) tidak dapat dikeluarkan: suaranya ~ kerana terlalu banyak bercakap; 5. (bkn bunyi, suara, dsb) tidak ada atau tidak kedengaran lagi: bunyi siren itu semakin lama semakin ~ drpd pendengaran kami; 6. mati, mangkat, meninggal: adapun ia hidup kemudian drpd makzulnya sembilan tahun, setelah itu ia pun ~; ~ akal a) tidak boleh berfikir lagi, tidak tahu apa yg harus dibuat; b) agak gila (kerana hairan, kalah bertengkar, dll); ~ dara sudah tidak dara lagi (bkn gadis yg telah dinodai); ~ harapan tidak mempunyai harapan lagi; ~ hayat, padam jiwa mati; ~ ingatan = ~ fikiran = ~ arwah = ~ semangat a) pengsan; b) tidak berakal lagi; ~ malu tidak ada perasaan segan (melakukan pekerjaan yg hina lagi keji); ~ nyawa mati; ~-~ timbul a) tidak kelihatan (kedengaran) nyata; b) sebentar ada sebentar tiada; ~ adat tegal muafakat prb adat boleh diubah dgn persetujuan orang ramai; ~ bini boleh dicari ~ budi badan celaka prb fikiran yg jahat akan membahayakan diri sendiri; ~ dicari, terapung direnangi, terbenam diselami prb a) memeriksa sesuatu dgn cermat; b) menolong orang yg sedang kesusahan; ~ di mata, di hati jangan prb walaupun berjauhan tempat tinggal, tetapi selalu diingat dlm hati; ~ ikan dlm kerabu prb kejahatan akan hilang jahatnya apabila tiap-tiap orang ikut mengerjakannya; ~ jasa beliung, timbul jasa rimbas prb lain orang yg berbakti, lain pula orang yg dipuji; ~ kabus, teduh hujan prb mendapat kesenangan setelah menderita kesusahan; ~ kepala kura-kura ditelan oleh dadanya prb orang yg hina tetapi berilmu tetap akan dihormati ramai; ~ kilat dlm kilau prb kepandaian (kebesaran) seseorang tidak kelihatan apabila ia bergaul dgn para cerdik pandai (orang-orang besar); ~ pelanduk berganti kijang emas prb perempuan yg bercerai dgn suaminya yg hina kemudian berkahwin dgn lelaki yg mulia; ~ rona kena penyakit, ~ bangsa tidak berwang prb orang yg tidak berharta kurang dihargai ramai; ~ sepuh nampak senam prb kejahatan seseorang diketahui apabila terbuka rahsianya; ~ tak tentu rimbanya prb hilang tak berbekas; ~ tapak tukul, timbul tapak canai prb perbuatan baik atau jahat akan hilang dilindungi oleh perbuatan orang yg kemudian; ~ tentu rimbanya, mati tentu kuburnya prb sesuatu perkara yg tentu kesudahannya; ~ tukul ~lah pahat prb tidak dapat berbuat sesuatu kalau tidak berteman; patah tumbuh, ~ berganti prb terus-menerus ada gantinya; pertama ~, kedua terbilang prb berani melakukan pekerjaan berbahaya utk kepentingan umum; tonggang ~ berani mati prb sikap gagah berani (tidak gentar) utk menjalankan kewajiban; menghilang menyebabkan tidak nampak lagi, melenyapkan diri: orang yg menikamnya cabut lari dgn cepatnya lalu ~; menghilangkan menyebabkan jadi hilang, melenyapkan, menghapuskan, meniadakan: di kedai itu dia berhenti utk melepaskan lelahnya dan ~ dahaganya; ia pun ~ dirinya di dlm gelap dan menyusup balik ke biliknya; kehilangan 1. perihal hilangnya sesuatu, kematian: ~ seorang isteri atau seorang suami yg demikian tentulah membawa kpd kesedihan; 2. menderita kerana hilang sesuatu: jika orang itu gempar ~ kerbaunya katakan aku tahu bertenung menentukan di mana-mana tempat kerbau itu; ~ muka mendapat malu; ~ nama mendapat nama yg buruk; penghilangan perihal menghilangkan, penghapusan; penghilang yg atau utk menghilangkan: seteguk air ~ dahaga. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lupa I | 1. = ~ akan (kpd, pd) tidak timbul dlm fikiran, tidak ingat, tidak sedar: dulu kau ~ kepadanya, sekarang kau baru ingat; ~ akan dirinya tidak ingat akan dirinya (pengsan); 2. = ~ oleh tidak teringat, tidak diingat; 3. kurang ingat (akan), lali (akan), lengah (akan): jangan ~ akan pekerjaanmu; ~ daratan berbuat sesuatu yg melampaui batas (tidak berkira-kira); ~ diri tidak sedar, tidak insaf atau tidak ingat lagi akan keadaan (nasib) dirinya yg sebelum itu lebih susah, menderita dsb drpd yg dialami sekarang: paling mengecewakan ialah kemewahan yg telah diusahakannya telah melahirkan sifat ~ diri dan dia menjadi sombong; ingat-ingat ~ a) antara lupa dan ingat (tidak lupa tetapi kurang ingat); b) kurang baik atau lemah ingatannya (orang tua); ~ ketinggalan, terlelap kemalingan prb, Mn kalau kurang hati-hati tentu mendapat kerugian; ~ mengingatkan, terlelap menjagakan prb, Mn sikap ingat-mengingatkan (tolongmenolong) antara sahabat; melupai, mengelupai ark lupa akan (sesuatu): satu ciuman yg bersihir telah menyebabkan seorang putera raja ~ terus bakal isterinya; inilah wasiatku kpd kamu semua, hendaklah jangan kamu lupai; melupakan 1. lupa akan, tidak ingat akan: budi baiknya tidak dapat dilupakan; 2. menghilangkan drpd ingatan, menjadikan lupa: sukar hendak ~ peristiwa itu; 3. mengabaikan, melalaikan (kewajiban dll); terlupa lupa (dgn tiba-tiba), tidak teringat; lupaan sesuatu yg dilupakan: ada dua unsur yg dikemukakan utk menghuraikan bagaimana ~ berlaku; lupa-lupaan 1. buat-buat (pura-pura) lupa; 2. selalu lupa; kelupaan 1. perihal lupa: ia berasa malu kerana ~nya; 2. terlupa, ada yg tidak diingat: digaru-garunya kepalanya spt sedang ~ sesuatu; pelupa orang yg selalu atau mudah lupa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lupa | 1 kurang ingat; lalai: Dia ~ akan anak isterinya apabila berjudi. 2 tidak ingat; tidak sedar: Dia sudah ~ kpd semua rakannya. ~ akan dirinya tidak ingat akan dirinya; pengsan. ~ daratan berbuat sesuatu sehingga melampaui batas. melupakan 1 menghapuskan drpd ingatan: Ia mencuba ~ peristiwa yg buruk itu. 2 tidak ingat akan; lupa akan: Saya tidak akan ~ jasa-jasanya. 3 mengabaikan; melalaikan: Janganlah kamu ~ perintah Allah. 4 menyebabkan jadi lupa: Kesibukannya berpersatuan telah ~ dia terhadap tanggungjawabnya sbg isteri. terlupa tidak teringat; lupa (akan): Saya ~ akan nombor rumahnya. kelupaan 1 keadaan atau hal lupa. 2 ada yg dilupakan; terlupa. pelupa orang yg selalu atau mudah lupa. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lenyap | 1. tidak kelihatan lagi, ghaib, hilang: maka jurumudi anak orang Pulau Laut sudah ~ tidak ternampak lagi; maka ia berjalan ke darat lalu ~; 2. lena (tidur), nyenyak: ~ benar budak Ibrahim itu tidur; 3. sl jatuh hati, kasih: maka apabila dilihat oleh si Kembang Cina akan keelokan Awang Sulung Merah Muda yg teramat sangat itu ~lah ia kepadanya; ~ daratan hilang akal, lupa akan dirinya; melenyap menjadi lenyap: ia umpama kunang-kunang yg timbul sekali-sekala dan kemudian ~ dan dilupakan; melenyapkan menghilangkan, memusnahkan, merosakkan: ia berasa bimbang agama Islam akan ~ kekuasaannya yg besar itu; ~ angan-angan; kelenyapan perihal lenyap, kehilangan, kemusnahan; pelenyapan perihal (proses) melenyapkan sesuatu, penghapusan, penghilangan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |