kensel | (kénsél) bp; dikensel dibatalkan, dimansuhkan: oleh sebab saya kurang awas, lesen saya ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memansuhkan | menjadikan tidak berlaku lagi; membatalkan: Peraturan itu telah dimansuhkan pd tahun lepas. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mansuh | tidak berlaku lagi; batal. memansuhkan menjadikan tidak berlaku lagi; membatalkan: Peraturan itu telah dimansuhkan pd tahun lepas. pemansuhan perihal (perbuatan) memansuhkan: ~ jawatan itu tidak disetujui oleh ahli-ahli. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
anarkisme | fahaman (pendirian) bahawa segala bentuk kerajaan atau pemerintahan bersifat menindas dan wajar dimansuhkan, penolakan segala bentuk kekuasaan atau kawalan paksaan: kejujuran Moleire terhadap pembentukan masyarakat Perancis ialah dgn membetulkan fatalisme dan ~ yg terdapat dlm masyarakat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bubar | 1 bercerai-cerai ke berbagai-bagai arah (ttg orang yg berkumpul dsb); berserak ke mana-mana: Selepas pertunjukan itu ditamatkan, penonton-penonton pun ~. 2 selesai (ttg mesyuarat, waktu sekolah dsb); tamat; habis: Dlm bulan puasa ini, sekolah-sekolah ~ lebih awal. 3 tamat (perjalanan sesebuah syarikat, pertubuhan dsb); dihentikan; dimansuhkan: Apabila badan itu ~, semua hartanya didermakan kpd rumah anak-anak yatim. membubarkan 1 menjadikan bubar; menyuruh bubar; mencerai-beraikan; menyuraikan: Pihak polis telah ~ orang-orang yg berpiket di hadapan pejabat pegawai daerah. 2 menghentikan atau menamatkan (sesuatu persidangan, mesyuarat dsb): Antara tugas baginda termasuklah memanggil dan ~ Parlimen. 3 menutup atau meniadakan (syarikat dsb); memansuhkan: Pihak kerajaan telah ~ semua parti politik yg berhaluan kiri. pembubaran perbuatan atau hal membubarkan. ~ Parlimen perihal membubarkan Parlimen utk membolehkan pilihan raya umum diadakan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bubar | 1. bercerai-cerai ke berbagai-bagai arah (ttg orang yg berkumpul dsb); berserak ke mana-mana: Selepas pertunjukan itu ditamatkan, penonton-penonton pun ~. 2. selesai (ttg mesyuarat, waktu sekolah dsb); tamat; habis: Dlm bulan puasa ini, sekolah-sekolah ~ lebih awal. 3. tamat (perjalanan sesebuah syarikat, pertubuhan dsb); dihentikan; dimansuhkan: Apabila badan itu ~, semua hartanya didermakan kpd rumah anak-anak yatim. membubarkan 1. menjadikan bubar; menyuruh bubar; mencerai-beraikan; menyuraikan. Pihak polis telah ~ orang-orang yg berpiket di hadapan pejabat pegawai daerah. 2. menghentikan atau menamatkan (sesuatu persidangan, mesyuarat dsb): Antara tugas baginda termasuklah memanggil dan ~ Parlimen. 3. menutup atau meniadakan (syarikat dsb); memansuhkan: Pihak kerajaan telah ~ semua parti politik yg berhaluan kiri. pembubaran perbuatan atau hal membubarkan. | Kamus Pelajar |