kabul pd | dipersetujui oleh, diluluskan oleh, diperkenankan oleh: Sultan Mansur Shah mohon kpd Batara Majapahit hendak kembali, maka ~lah pd Batara; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
termakbul | diterima atau dikabulkan (apa-apa yg dipinta); berhasil; diperkenankan: Mudah-mudahan ~ permintaan anakanda itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
surat rayuan | surat yg mengandungi rayuan (supaya diringankan hukuman, diperkenankan permohonan, dll) kpd pembesar-pembesar dll; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
anhu | Ar ark daripadanya (lelaki); radhiallahu~ diperkenankan Allah atasnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
makbul | = termakbul diterima atau dikabulkan (apa-apa yg dipinta); berhasil; diperkenankan: Mudah-mudahan ~ permintaan anakanda itu. memakbulkan menjadikan makbul; menyampaikan (maksud dll); memperkenankan: Semoga Allah ~ doa saya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
walakin | Ar 1. meskipun, walaupun, sungguhpun: kehendak yg suci itu diperkenankan oleh kepala kantor itu, ~ dgn hati berat; 2. akan tetapi, namun (demikian). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memperkenankan | mengizinkan, meluluskan, menyetujui, memakbulkan (bkn Tuhan): tidaklah dapat ia ~ permintaan Wirja; semoga doamu itu akan diperkenankan Tuhan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mustajab | 1 dpt menyembuhkan (bkn ubat); mujarab: Ubat itu sangat ~ utk pening kepala. 2 makbul (bkn doa, permintaan dll); diperkenankan. memustajabkan menjadikan makbul (bkn doa, permintaan dll); memakbulkan; memperkenankan: Semoga Allah ~ doanya itu. kemustajaban keadaan mustajab; kemujaraban. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
keramat | 1. kemuliaan (iaitu anugerah Allah kpd hamba-Nya yg dikasihi); 2. suci dan berkat drpd kemuliaan seseorang sehingga menyebabkan doanya diperkenankan Allah (spt penyembuhan penyakit dan perlindungan Allah): makam Habib Noh di Singapura diziarahi orang kerana dianggap makam yg ~; 3. tempat atau sesuatu yg suci dan (dipercayai) dapat mendatangkan hikmat: banyak orang yg pergi ke ~ utk meminta sesuatu dan bernazar; minta ~ minta berkat (restu) dr tempat yg keramat; 4. orang yg sangat warak, orang yg benar-benar soleh: jikalau sungguh mati Chau Pandan, sungguhlah tuan ~; ~ hidup orang yg berperangai baik, ikhlas, dan jujur serta tidak suka melakukan sesuatu yg menyakiti hati orang; mengkeramatkan menjadikan (menganggap) spt keramat, meletakkan pd kedudukan yg amat disanjung; kekeramatan sifat keramat, kesucian dan keberkatan: Pawang Kri masih percaya kpd ~ manteranya utk menewaskan buaya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kabul | 1. = terkabul terlaksana, tercapai, tertunai: permintaannya ~; 2. = ~ akan mempersetujui, setuju dgn, meluluskan: ~lah ia akan kehendak hamba; 3. = ~ pd dipersetujui oleh, diluluskan oleh, diperkenankan oleh: Sultan Mansur Shah mohon kpd Batara Majapahit hendak kembali, maka ~lah pd Batara; mengabulkan memperkenankan (permohonan doa, kehendak, dsb), mempersetujui, meluluskan: moga-moga Tuhan akan ~ permohonanku ini; pengabulan perihal mengabulkan (permintaan dll); pengabul bersifat sedia mengabulkan sesuatu doa, permintaan dsb (bkn Allah): Allah yg maha pengasih dan maha ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |