beban | 1. barang yg dibawa (di atas kuda, keldai, dll) atau dipikul; kuda ~ kuda utk mengangkat beban, kuda muatan; 2. tanggungan (kewajiban) yg berat: dia menjadi ~ kpd kedua-dua orang tuanya; kenaikan harga barang merupakan satu ~ kpd orang ramai; 3. tanggungan drpd kenaikan cukai; ~ berat senggulung batu prb tanggungan yg sangat berat; ~ sudah di pintu prb beban sudah dekat utk dibawa (anak perempuan yg sudah patut dipersuamikan); besar senggulung drpd ~ prb besar belanja drpd pendapatan; ibarat ~ belum lepas dr bahu (kepala) prb belum lepas drpd tanggungan; seberat-berat ~, di atas kepala jua prb betapa pun berat tanggungan harus dipikul sendiri juga (orang lain hanya sekadar membantu); seberat-berat ~, laba jangan ditinggalkan prb walaupun sedang mengerjakan pekerjaan berat tetapi kalau ada jalan keuntungan, jangan dibiarkan lalu saja keuntungan itu; tiada ~ dicari ~, pergi ke pulau batu digalas prb mencampuri perkara orang dan beroleh kesusahan sendiri; membebani memberi beban (tanggungan yg berat) kpd, menyebabkan atau membuat seseorang menanggung beban: ~ murid dgn kerja rumah; kebanyakan mereka kini dibebani oleh tugas dan tanggungjawab yg berat;membebankan memberikan beban: tugas yg berat dibebankan kepadanya; kerja yg ~;bebanan beban;pembebanan perbuatan membebani atau membebankan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berusung | naik tandu; dipikul beramai-ramai dgn tandu; bertandu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
usung | naik tandu; dipikul beramai-ramai dgn tandu; bertandu. mengusung 1 membawa (seseorang) dgn menggunakan tandu; menandu: Penduduk-penduduk kampung itu telah ~ orang yg cedera ke ambulans. 2 mengangkat atau membawa beramai-ramai di atas bahu: Mereka telah ~ jenazah itu ke kubur. usungan 1 alat utk mengusung. 2 benda yg diusung: ~ itu sangat berat. pengusungan perbuatan atau hal mengusung. pengusung orang yg mengusung. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tanggungjawab | kewajiban yg dipikul oleh seseorang, segala yg wajib ditanggung: oleh sebab itu segala pegawai polis teramat berat ~nya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gandaran | barang (beban) yg dipikul, pikulan, kandaran: maka Laksamana pun meletakkan ~nya, lalu naiklah ia ke rumah saudagar itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
galas | 1. kayu yg dipikul di bahu utk mengandar (mengangkat, membawa) barang-barang, kandar, pengandar, gandar; 2. beban yg dikandar dgn galas (kayu); 3. barang jualan yg dijajakan dgn cara berkandar; ~ habis senggulung tandas, lamun dihitung rugi jua prb pekerjaan yg tidak menguntungkan; ~ terdorong kpd Cina prb sudah terlanjur dan tidak dapat ditarik balik; bagai menyandang ~ tiga berat tak berapa rintangnya yg lebih prb pekerjaan yg senang tetapi susah hendak melakukannya; dilihat ~ berlaba, dihitung pokok termakan prb zahirnya untung tetapi sebenarnya rugi; sambil menyerodok (menyorok) ~ lalu prb sambil bersenang-senang tercapai juga cita-cita (keuntungan dll); menggalas 1. memikul barang-barang dgn galas (kandar), mengandar; 2. menyandang (bungkusan dll) di atas bahu, memikul: ia ~ sebuah bungkusan dan tangannya membimbit beg; 3. menjajakan barang dagangan; orang ~ penjaja; 4. ki memikul atau menanggung (tanggungjawab, masalah, dsb): dia pulang ke rumah panjang ~ masalah di bahunya;penggalasan 1. perihal menggalas, perdagangan; 2. tempat berdagang;penggalas penjaja, pedagang kecil. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dagangan | barang-barang yg dipikul; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
usung | pergi dgn ditandu; naik tandu; dipikul beramai-ramai dgn tandu; bertandu. | Kamus Pelajar |
dagang II | Mn; mendagang memikul, mengusung; dagangan barang-barang yg dipikul; pedagang benda (spt kandar) yg digunakan utk memikul. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pikulan | 1. tongkat utk memikul sesuatu, galas, gandar; 2. beban atau muatan yg dipikul; | Kamus Dewan Edisi Keempat |