merangkapkan | 1. menjadikan berangkap: cadar yg lama nipis itu dirangkapkan pd kain tebal; 2. menyuruh (membiarkan) orang mengerjakan dua atau tiga pekerjaan: waktu ketiadaan Tun, Kementerian Pertahanan di-rangkapkan kpd Timbalan Menteri Dalam Negeri; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
merangkapkan | melekapkan supaya menjadi rangkap; mengembarkan dua tiga helai menjadi satu: Dua keping plastik dirangkapkan utk dibuat penutup kereta. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
gunting | 1 alat utk memotong kain dll yg terdiri drpd dua bilah logam yg dirangkapkan: mata ~ bahagian gunting yg tajam; ~ pokok gunting besar yg digunakan utk memotong (memangkas) daun dan ranting-ranting pokok. 2 potongan atau bentuk baju dsb: Baju ini elok ~nya. bergunting 1 menyuruh tukang gunting memotong rambut; memendekkan rambut dgn pertolongan tukang gunting: Saya hendak pergi ~. 2 dipotong dgn gunting: Kain seluarnya belum ~ lagi. menggunting 1 memotong dgn menggunakan gunting: Kakak sedang ~ baju di rumah. 2 ki mengenakan tipu daya; menipu. ~ hati menyakiti hati. guntingan 1 hasil drpd menggunting; barang yg telah digunting: ~ surat khabar itu ditampalkannya pd kulit fail. 2 ist gambar atau teks (komputer) yg telah dipotong atau disalin oleh pengguna drpd dokumen yg sedia ada utk digunakan dlm lukisan atau dokumen lain. penggunting 1 orang yg menggunting. 2 alat yg digunakan utk menggunting. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
merangkapkan | melekapkan supaya menjadi rangkap; mengembarkan dua tiga helai menjadi satu: Dua keping plastik dirangkapkan utk dibuat penutup kereta. | Kamus Pelajar |
gunting | 1. alat utk memotong kain (rambut, kertas, dll) yg terdiri drpd dua bilah logam yg dirangkapkan; ~ babi sj perangkap babi yg menggunakan pisau; ~ tiket alat untuk menebuk lubang pd tiket; tukang ~ rambut tukang potong rambut; 2. bentuk atau potongan (baju, rambut, dll): baju ~ Cina; rambut ~ GI; spt ~ makan di hujung prb mencapai sesuatu dgn diam-diam; bergunting 1. menyuruh potong (rambut) oleh tukang gunting: dia baru saja lepas ~; 2. dipotong dgn gunting: kain itu belum ~ lagi; menggunting 1. memotong dgn gunting,memangkas (rambut dll); 2. Id menipu,mencatut;~ hati menyakitkan hati orang; ~ dlm lipatan prb membinasakan sahabat (bangsa dll)sendiri;mengguntingkan menggunting (kain dll)utk dijadikan sesuatu (baju dll): kalau ya kasihkan kami guntingkan awan sehelai baju; guntingan 1. hasil drpd menggunting, potongan (karangan, akhbar, buku, dll); 2.(Komp) gambar atau teks yg telah dipotong atau disalin oleh pengguna drpd dokumen yg sedia ada utk digunakan dlm lukisan atau dokumen lain;penggunting 1. orang yg menggunting; 2.alat utk menggunting. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gunting | 1. alat utk memotong kain dll yg terdiri drpd dua bilah logam yg dirangkapkan: mata ~bahagian gunting yg tajam; ~ pokok gunting besar yg digunakan utk memotong (memangkas) daun dan ranting-ranting pokok. 2. potongan atau bentuk baju dsb: Baju ini elok ~nya. bergunting 1. menyuruh tukang gunting memotong rambut; memendekkan rambut dgn pertolongan tukang gunting: Saya hendak pergi ~ 2. dipotong dgn gunting: Kain seluarnya belum ~ lagi. menggunting memotong dgn menggunakan gunting: Kakak sedang ~ baju di rumah. 2. ki mengenakan tipu daya; menipu. ~ hati menyakiti hati orang. guntingan hasil drpd menggunting; barang yg telah digunting: ~ surat khabar itu ditampalkannya pd kulit fail. penggunting 1. orang yg menggunting. 2. alat yg digunakan utk menggunting. | Kamus Pelajar |
rangkap | 1 lipat dua (tiga, empat dst); dua tiga helai melekat menjadi satu: huruf ~ dua huruf (spt kh, ng, sy) yg melambangkan satu bunyi. 2 beberapa baris ayat yg merupakan sebuah pantun (sajak) yg lengkap. berangkap 1 berkembar; berpasangan. 2 bersajak: karangan ~ karangan dlm bentuk puisi. merangkap memegang dua tiga jawatan sekali; menjalankan dua tiga tugas sekali: guru besar ~ guru sains. merangkapkan melekapkan supaya menjadi rangkap; mengembarkan dua tiga helai menjadi satu: Dua keping plastik dirangkapkan utk dibuat penutup kereta. serangkap 1 sepasang: ~ lembing. 2 satu rangkap (pantun, sajak dll): ~ pantun. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
Rangkap | 1 lipat dua (tiga dan seterusnya); dua tiga helai melekat menjadi satu: huruf ~ dua huruf (spt kh, ng, sy dll) yg melambangkan satu bunyi. 2 Beberapa baris ayat yg merupakan sebuah pantun (sajak) yg lengkap berangkap 1 berkembar; berpasangan. 2 bersajak: karangan~ karangan dlm bentuk puisi. merangkap memegang dua tiga jawatan sekali; menjalankan dua tiga tugas sekali: guru besar ~ guru sains. merangkapkan melekapkan supaya menjadi rangkap; mengembarkan dua tiga helai menjadi satu: Dua keping plastik dirangkapkan utk dibuat penutup kereta. serangkap 1 sepasang: ~ lembing. 2 satu rangkap (pantun, sajak dll): ~ pantun. | Kamus Pelajar |
rangkap II | 1. lipat dua (tiga dll), dua tiga helai melekat menjadi satu, kembar; huruf ~ dua huruf yg melambangkan satu bunyi, mis gh, kh dan ng, digraf, dwihuruf, dwilambang; kelas ~ dua tiga kelas yg sedarjah; pintu ~ a) pintu dua lapis (deret, saf); b) pintu yg daun pintunya dua lapis; 2. beberapa baris (dlm pantun, sajak, dll) yg merupakan satu kesatuan: beberapa ~ ayat Quran; ~ pantun dua bait atau empat baris; 3. (Mat) rangkaian ilmu hisab yg mengandungi lambang-lambang dan boleh ditentukan nilainya (spt y = 3x4 – 4x3 + 12x2 + 6); serangkap 1. sepasang: lembing ~; 2. satu rangkap (pantun, sajak, dll); ~ pantun empat baris pantun; berangkap 1. berkembar, berpasangan; 2. bersajak: hendaklah kanak-kanak itu tertarik kpd karangan-karangan yg baik, sama ada drpd karangan natar atau ~; berangkap-rangkap berdua-dua, berpasang-pasang: berdansa ~; merangkap 1. memakai dua atau tiga lapis (baju dll), mengembarkan dua tiga helai menjadi satu: dua helai kain dirangkap utk penutup motokar ini; kuliah-kuliah itu boleh dirangkap beberapa kuliah disatukan; 2. yg juga (memegang dua atau tiga tugas sekali gus, atau mempunyai dua atau tiga fungsi sekali): Timbalan Perdana Menteri ~ Menteri Pertahanan; pengarah baru Proton ~ pengu-rus besar bahagian korporat; bilik tidur ~ bilik makan; bilang ~ Pr membilang dua-dua sekali (sekali sepasang); merangkapkan 1. menjadikan berangkap: cadar yg lama nipis itu dirangkapkan pd kain tebal; 2. menyuruh (membiarkan) orang mengerjakan dua atau tiga pekerjaan: waktu ketiadaan Tun, Kementerian Pertahanan di-rangkapkan kpd Timbalan Menteri Dalam Negeri; rangkapan sesuatu yg dirangkap(kan): ~ syair itu adalah petikan drpd naskhah Syair Panji Semirang; ayat ~ beberapa ayat yg dijadikan satu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |