Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ditelan

Puisi
 

Cantik sungguh buah kepayang,
     Masak sebiji di hujung dahan;
Ditelan pahit diluah sayang,
     Sakit sungguh tanggungan badan.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Gajah ditelan ular lidi.

Bermaksud :

Orang berkuasa dapat dialahkan oleh orang lemah; perempuan bangsawan yang diperisteri oleh orang kebanyakan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Gajah dialahkan oleh pelanduk, b. Gajah mati dicatuk katak, c. Mati dicatuk katak).

 

Lihat selanjutnya...(24)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
tertelan1. sudah ditelan, dgn tidak sengaja ditelan; 2. dapat ditelan: ubat itu tidak ~ olehnya kerana sangat pahit;Kamus Dewan Edisi Keempat
telan~ batu prb menyembunyikan rahsia; menelan 1. memasukkan (makanan dll) ke dlm perut melalui kerongkong: makanan itu pun dikunyahnya, kemudian barulah di­telannya; 2. memakan mangsa dll, melulur: ular itu kononnya sangat besar dan boleh ~ seekor kerbau; 3. ki memakai banyak-banyak (perbelanjaan dll), banyak memakan atau menggunakan: utk mengundang manusia seramai itu pun sudah ~ belanja yg besar juga; 4. ki mengambil sesuatu secara gelap atau haram (makan suap dll): sebahagian wang ini ditipu dan ditelan oleh pegawai-pegawai yg bertanggungjawab dlm lapang­an sosial; 5. ki menerima sesuatu yg tidak menye­nangkan (spt kekalahan dll): walau bagaimanapun orang Melayu terpaksa ~ kecaman yg sebegitu pedas; 6. menguasai (negeri dll), menakluki: dia memberitahu kerajaan bahawa orang asing itu akhirnya akan ~ Jepun; 7. ki menguasai, menghapus­kan, melenyapkan: sesungguhnya itu satu lagi warisan budaya yg patut sama-sama di­pe­li­hara agar tidak pupus begitu sahaja ditelan zaman; hendak ditelan termengkelan, hendak dilu­dah tiada keluar prb berhadapan dgn sesuatu masalah yg sangat sulit, berada dlm keadaan yg serba salah; tertelan 1. sudah ditelan, dgn tidak sengaja ditelan; 2. dapat ditelan: ubat itu tidak ~ olehnya kerana sangat pahit; penelanan perbuatan (proses dsb) menelan.Kamus Dewan Edisi Keempat
tertelansudah ditelan; menelan dgn tidak sengaja: Budak itu ~ tulang ikan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tertelansudah ditelan; menelan dgn tidak sengaja: Budak itu ~ tulang ikan.Kamus Pelajar
seteguksebanyak yg ditelan sekali (ttg air dsb).Kamus Pelajar Edisi Kedua
seteguksebanyak yg ditelan sekali (air): minta air barang ~ dan nasi barang sesuap;Kamus Dewan Edisi Keempat
seteguksebanyak yg ditelan sekali (ttg air dsb).Kamus Pelajar
ubat dalamubat yg ditelan atau dimakan;Kamus Dewan Edisi Keempat
tegukseteguk sebanyak yg ditelan sekali (air): minta air barang ~ dan nasi barang sesuap; meneguk minum (air, ubat, dll), menelan (air): mereka ~ kopi masing-masing; tegukan sesuatu yg diteguk; ketegukan ark tersedak, kesedakan; deguk.Kamus Dewan Edisi Keempat
termengkelantersangkut di kerongkong (makanan yg ditelan).Kamus Pelajar Edisi Kedua
1234567

Kembali ke atas